.

Tuesday, April 7, 2009

..MeRanCang Untuk Hidup SempuRna..

Saya suka mengambil petikan siri motivasi dari Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah mengenai hal-hal kehidupan, bagaimana untuk menghadapi kehidupan yang lebih bermakna. Suatu ketika dahulu saya pernah hampir berputus asa dan tercari-cari arah hidup yang tak pasti. Saya menangis setiap kali mengenang rasa sedih bersendirian. Saya merasakan semua orang di sekeliling saya tidak sayangkan saya dan juga tidak memerlukan saya. Ada ketika saya rasa kehadiran saya di dunia ini tidak punyai makna...saya juga pernah terfikir untuk memilih untuk tidak hidup lagi di alam yang sangat mencabar ini. Tiapkali saya bersedih saya selalu meluahkan rasa kecewa saya kepada 'Nya'..saya luah..luah...luah dengan bersungguh-sungguh sehingga air mata saya tak pernah kering membasahi pipi.. hinggalah saya akhirnya terbuka hati (dengan kehendakNya) melawan semua kesedihan dengan melakukan sesuatu yang boleh membantu untuk saya terus berjalan perlahan-lahan. Siri motivasi Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah banyak mendidik saya menjadi orang yang positif...Saya mula belajar tentang kekurangan dan kelemahan saya..dan mengakuinya. Saya melakukan transformasi dalam diri saya dengan belajar menerima hakikat kekurangan dan mengatasinya dengan jiwa yang terbuka...Alhamdulillah, doa dan harapan saya telah diperkenankan..Saya bersyukur kerana tidak terus membiarkan kehidupan saya menjadi sia-sia...saya sentiasa merancang untuk hidup sempurna dengan merancang untuk berjaya..
Saya ingin merumuskan apa yang saya baca melalui tulisan Dato' Dr Fadzilah Kamsah;
Sesungguhnya merancang untuk hidup sempurna adalah salah satu bagaimana kita meransang kejayaan dalam kehidupan kita. Jika kita ingin berjaya kita perlu merancang masa depan kita dengan bijak. Begitulah dengan cara kita belajar perlu 'study smart' bukan 'study hard'. Yang dikatakan 'study smart' itu ialah bagaimana kita menggunakan pendekatan ataupun strategi yang memudahkan kita memahami dan mengingat apa yang kita pelajari dalam masa yang singkat. Setiap apa yang kita lakukan perlu ada matlamat. Matlamat yang dirancang adalah sama dengan konsep 'study smart'. Gunakan akal ada bagi mendapatkan jalan yang paling cepat bagi mencapai matlamat. Dalam dunia ini tidak ada sesiapapun yang merancang untuk tidak menginginkan kehidupan sempurna kecuali orang-orang yang tidak merancang untuk berjaya kerana orang-orang tidak merancang untuk berjaya itu adalah orang-orang yang telah merancang untuk gagal tanpa dia menyedari.



Kebahagiaan, kasih sayang dan perhatian adalah fitrah manusia..so? apa perkaitannya dengan matlamat dan merancang untuk hidup lebih sempurna? Jawapannya..pendidikan dan ilmu..Pendidikan dan ilmu inilah sebagai satu jalan di mana kita mendapat kebahagiaan hidup dan merancang untuk hidup lebih sempurna. Jika hari ini kita tidak memainkan peranan belajar dengan bersungguh-sungguh mungkin pada masa yang mendatang hidup kita hanya sebagai satu penyesalan. Jika hari ini, kita tidak menggunakan peluang belajar ini dengan sebaik-baiknya..hari esok..lusa..mungkin hidup kita akan cuma menjadi kelam kabut, keluh kesah, gusar tidak terurus..tercari-cari jalan manakah yang perlu dituju kerana dunia hari ini..wang ringgit adalah segala-galanya..Lihatlah..kebanyakan kita mati disebabkan tidak dapat membayar hutang, tidak mempunyai kehidupan yang sempurna. Jika kita benar kita merancang kehidupan menjadi lebih sempurna..pendidikanadalah jalan perantara. Hidup yang sempurna perlu dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Apabila hari ini kita hidup dengan keadaan yang susah..berusahalah, agar kita tidak mewarisi keadaan yang susah itu. Setiap insan dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Paling rendah pun memimpin diri sendiri apabila tidak boleh memimpin orang lain. Oleh itu, mulakan dengan hari ini, belajarlah bersungguh-sungguh, dengan semangat dan azam bergabung padu, menjadikan halangan sebagai cabaran yang akhirnya menjanjikan sesuatu yang kita inginkan sebagai orang yang sempurna. Semuanya haruslah dirancang...

No comments:

Post a Comment