.

Sunday, April 5, 2009

..MeNangaNi EmOsi deNgaN Baik..

Apa itu emosi!? Menurut Megat, Emosi adalah satu keadaan dimana rohani dan fisiologikal bersekutu dengan pelbagai perasaan, pemikiran dan juga kelakuan. 

Ia juga menjadi penentu utama dalam permainan perasaan semulajadi manusia dan kelihatan sentiasa memainkan peranan terhadap aktiviti-aktiviti kemanusian. 

Oleh kerana ianya terlalu subjektif, maka agak kontroversi untuk kita mendefinisikan maksud sebenar dan bagaimana emosi boleh berlaku.

Untuk pengetahuan kita bersama, sebenarnya emosi bersangkut paut dengan perasaan kita sendiri. Emosi boleh terjadi tanpa kita sedari, seringkali terjadi mengikut rentak perasaan yang wujud ketika itu. Emosi adalah satu fenomena dimana kadang-kadang ia terkeluar dari kawalan pemikiran kita.

Siapa yang tidak pernah beremosi!? Jika benar anda tidak pernah beremosi bermakna anda dicipta tanpa hati yang mengeluarkan pelbagai bentuk perasaan. Sebenarnya ia lebih kepada bagaimana anda mengawal emosi anda dalam keadaan anda punyai kewarasan dan logikal fikiran yang mampu mengatasi emosi.

Emosi yang tidak stabil menghasilkan pelbagai rasa yang tidak menentu dan ia bergantung sejauh mana anda melayani emosi anda. Jika anda terlalu melayani emosi anda maka anda menjadi lemah, fikiran anda tidak menentu dan sentiasa tertekan.

Jadi apa yang anda harus lakukan ialah sentiasa berfikiran positif dan cuba mencari jalan atau punca setiap masalah yang menyebabkan emosi anda terganggu. Mungkin anda perlukan teman untuk meluahkan atau membicarakan tentangnya. Mungkin juga anda perlu mencari suasana yang lebih tenteram dan damai untuk anda seperti bercuti atau keluar beriadah bersama-sama teman atau keluarga.

Jika anda berjaya menangani emosi anda..maka anda merupakan orang yang berjaya mengeluarkan diri anda dari kotak pemikiran yang negatif..dan orang yang membangkitkan emosi seseorang itu adalah orang yang amat memahami emosi orang lain. 
Kita akan berasa puas apabila dapat melepaskan emosi yang betul pada situasi yang betul dan dalam keadaan yang betul sebaliknya kita akan rasa ralat dan terkilan apabila terlalu bermain dengan emosi menjadi punca kemurungan hidup dan tersalah langkah menjalani kehidupan yang bermakna...

Adakala emosi akan memberi kesan yang positif, bergantung pada keadaan..Sebagai contoh, pada hari ini semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam kelas, saya telah membangkitkan pelbagai emosi dalam kalangan pelajar. 

Saya telah menghukum pelajar-pelajar yang tidak menyiapkan latihan, tidak membawa buku nota dan latihan..dengan mengarahkan pelajar-pelajar itu melakukan tekan tubi 3o kali, ketuk ketampi 3o kali dan lari ulang alik 30 kali. Seperti yang diramalkan..ada di antara pelajar-pelajar yang didenda itu menunjukkan reaksi muka yang dangkal..emosi pelajar-pelajar dalam kelas terganggu..ada emosinya yang takut, resah, gelisah, bimbang, marah, bengang, sedih, dan berbagai rasa berkemungkinan...

Walaupun menyedari emosi mereka, saya tetap meneruskan kerana saya sangat percaya bahawa emosi manusia boleh berubah-ubah..dan kita yang mengawalnya. Sungguhpun saya telah mendenda mereka namun hakikatnya saya percaya 'denda' atau hukuman yang dijatuhkan bukan menjadi persoalannya..tetapi soal mendidik adakala memerlukan ketegasan dan kesenian tersendiri. 

Seorang guru yang berjaya mengajar, mendidik dan membimbing adalah seorang guru yang berjaya menumpahkan konteks pembelajaran yang sempurna di jiwa anak didiknya. Apakah kepuasan bila orang yang pada mulanya membenci kita sedikit demi sedikit mula menghargai dan menyedari bahawa kita sangat penting baginya. Emosi benci boleh bertukar menjadi sayang..emosi boleh bertukar bentuk..boleh dipositifkan...

Bukan semua keadaan membolehkan kita menangani emosi dengan baik..sesekali tercetus rasa pemberontakan dalam jiwa bercampur amarah menggila...nama pun emosi bukan...namun percayalah anda di luar sana apabila anda dalam keadaan beremosi cara yang paling perlahan ialah luahkan emosi anda dalam bentuk karya dan penulisan.. 

Kita belum pasti mendapat seseorang yang boleh memahami emosi kita..seseorang yang dapat mendengar luahan emosi yang kita alami...tapi bila emosi kita dapat diterjemahkan dalam bentuk karya dan penulisan ia adalah satu kesenian jiwa yang terdalam yang bila dibaca semula..merupakan satu keikhlasan perasaan yang terbit dari dalam sanubari penuh bermakna. 

Adakala emosi mampu membentuk diri kita menjadi orang yang berjiwa kental..InsyaAllah. Siramlah emosi marah dengan air hujan kesabaran yang boleh menyejukkan perasaan...Hanya orang yang berjaya menangani emosinya dengan baik dapat merancang kejayaan yang diimpikan dalam kehidupan..Belajarlah perlahan-lahan...:)

No comments:

Post a Comment