.

Sunday, April 5, 2009

^ JaNGaN MeNGaKU KaLAH ^

Salah satu ciri orang yang cemerlang ialah bila dia tak pernah kenal erti kekalahan dalam hidupnya walaupun dia selalu menerima kekalahan..

orang seperti ini sentiasa ada kemahuan dan sering mencuba selagi dia mahu. Jangan mengaku kalah biarpun jauh di lubuk hati kita tersimpan rasa luka yang amat dalam dan kecewa yang sangat mencengkam perasaan akibat kekalahan. 

Mungkin...kita kalah di mata orang lain, namun hanya kita saja yang tahu betapa besar jiwa yang kita miliki apabila tak pernah berserah pada kekalahan yang ada. Bukan mudah untuk mengharungi kekalahan dengan hati yang pasrah..rela. 

Namun andai kita telah membuka hati kita memberi laluan pada kekalahan itu sebagai renungan..lama kelamaan kita juga dapat menewaskan kekalahan-kekalahan yang lalu. Jika ada orang di sekeliling kita menjadi pendorong pada kekalahan itu...berdepanlah dengan jiwa yang besar..jiwa yang gagah mengharungi..jiwa yang kental..jiwa yang tak boleh diperkecil-kecilkan. 

Kita perlu terus mendaki untuk berada di atas tempat yang tinggi. Kita tak boleh mengharapkan ada orang lain yang akan membawa kita ke tempat yang tinggi itu..kerana destinasi dan perjalanan kita dengan orang lain itu tak sama.
Kenapa mahu mengalah??..kenapa mesti ada rasa kalah??..Pecahkan tembok kekurangan yang ada dalam diri kita agar kita dapat melihat dengan lebih luas di sebalik tembok kekalahan yang menghantui perasaan. 

Binalah tangga-tangga yang membawa kita menuju ke puncak kegemilangan. Hidup ini tak panjang..juga tak pasti penghujungnya bila..selagi kita bernafas, berilah ruang dan peluang untuk kita merasai kemenangan bertarung dengan pengalaman-pengalaman yang pernah menggagalkan kita. Walau emosi kita bagai dituntun runtuh..himpunkan segala kekuatan yang anda ada...teruslah berjalan selagi terdaya, jangan rebah..jatuh tersungkur menyerah takdir. 

Selagi kita berusaha selagi itulah kita mampu mencapai apa yang kita mahu....
Usahlah kalah dengan keadaan dan situasi yang selalu menduga dan menguji kita. Dugaan mahupun ujian adalah satu kekuatan yang mesti kita tempuhi kerana rahsianya tersimpan resepi-resepi kejayaan yang belum kita adun menjadi sebati.

Detik waktu yang berlalu..biarlah tersembunyi segala harapan, yang pasti kita tidak menyerah kalah..kita tidak membiarkan kekalahan terus bermukim di ruang kekurangan yang kita ada kerana kita punyai semangat yang membakar keyakinan. 

Hidup ni satu cabaran, cabaran yang menampar rasa kesabaran yang sesekali tersentuh rasa pedih terluka..kecewa..dan jangan mudah berputus asa.. Sejauh mana kita melawan emosi..begitulah tanda kita tidak mengaku kalah untuk merancang menjadi orang yang berjaya...

No comments:

Post a Comment