.

Monday, January 18, 2010

new place with new heart..SMK Dato' Syed Esa

Perpustakaan Sekolah

Buku Simbiosis (Panduan guru)

Bilik Guru
Kantin guru









PERJALANAN YANG JAUH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA


Dalam kehidupan, kita sentiasa berfikir untuk membuat bermacam-macam pilihan dan keputusan. Ketika kita berfikir untuk membuat pilihan dan keputusan, kita tidak berfikir secara bebas dan merdeka. Pemikiran kita sering dipengaruhi persekitaran sama ada kita sedar atau pun tidak. Setiap hari pemikiran kita cuba dipengaruhi oleh pelbagai individu dan pihak. Mereka tidak akan membiarkan kita sendiri. Pasti ada pihak yang berusaha keras supaya kita menukar sikap dan cara-cara berfikir serta mengikut kehendak mereka. Mereka mempunyai banyak alasan, tujuan dan matlamat supaya kita mengubah fikiran, seterusnya sikap dan keputusan-keputusan kita. Adakalanya mereka gagal, tetapi selalu sahaja mereka berjaya..Perjalanan yang jauh bermula dari langkah pertama. Untuk mencapai sasaran dalam kehidupan kita perlu memulakan dengan perancangan yang kemas. Sudah pasti, dalam menuju destinasi yang jauh itu, akan ada prsimpangan dan cabaran



 'Mulakan dengan langkah pertama agar kita akan terus berjalan..(Langkah pertama adalah permulaan untuk meneroka perjalanan seterusnya, biar pedih namun menjadi pemangkin yang ampuh!'-En Mohd Noor Lamat)-Anda sopan, orang segan..

Monday, January 11, 2010

..S.a.L.a.M 1 M.a.L.a.Y.s.i.a

Salam satu Malaysia untuk lembaran 2010. Semoga tahun baru pembuka tirai ceritera hidup yang masih panjang. Walau di mana kita berada, hidup selalu ada C.A.B.A.R.A.N..sekali lagi terpulang kepada diri kita sama ada ingin menempuh cabaran itu sebagai pencetus motivasi dan suntikan usaha yang menjanjikan genggam-genggam kejayaan di tangan anda. Hari ini masih berlalu seperti hari-hari semalam yang pernah kita TERJAH..suka atau pun tidak semalam telah melepasi waktu yang pastinya menjanjikan hari esok pula. Senyum ataupun tangis, esok adalah kerana hari ini yang sedang kita lalui..Pahit atau manis semuanya menjadi asam garam kehidupan yang penuh berperisa adakala menjadi kenangan yang sukar dipadamkan oleh minda.

Anda adalah penulis yang melakar kehidupan anda. Anda merupakan penerbit yang menyediakan peluang untuk hidup anda menjadi lebih berwarna warni. Pensejarahan kisah kehidupan yang unik pada setiap individu adalah pengalaman yang mampu anda berikan untuk diri anda..Mungkin tanpa anda sedari waktu yang berlalu hanya sekadar waktu yang pergi dan datang namun jauh di kota masa yang merentasi zaman, waktu yang datang dan pergi adalah titik sejarah yang sedang kita bina. Anda sebenarnya satu PRODUK kehidupan yang paling berkualiti di atas muka bumi Tuhan ini. Kualiti itulah yang menjadikan anda satu imej yang berprestij di pasaran kehidupan tidak terduga.

Mulakan hari anda dengan permulaan yang menarik, satu permulaan yang penuh azam dan cita-cita...permulaan yang tidak dikalahkan dengan erti kata 'putus asa'. Anda adalah sebutir permata yang terkadang menjadi hiasan di tempat-tempat tertentu..anda tetap menyerlah dan bersinar jika anda meletakkan diri anda bukan semata-mata untuk hiasan. Percayalah pada kebolehan diri anda, dan keluarlah dari kotak minda yang kecil yang selalu sahaja menutup ruang untuk anda berfikir dan bertindak. Beranilah berfikir dan bertindak sebagai penulis, penerbit dan sebutir permata yang bernilai.

Anda adalah diri anda yang selalu anda fikirkan, mahukan dan ciptakan. Kejayaan anda melepasi sesuatu adalah usaha yang telah dimaknakan. Kejayaan tidak tercetus dengan sendirinya..malah kehidupan ini adalah satu perjalanan yang panjang....