.

Saturday, May 23, 2009


Kunci-kunci kejayaan itu adalah terpulang kepada anda bagaimana anda boleh mendapatkannya dengan usaha anda sendiri. Kunci ini boleh membuka pintu hati anda agar menerima kunjungan tetamu khas iaitu "Kejayaan yang anda bina dalam hidup anda"...Percayalah, bahawa apa yang anda fikirkan pada hari ini..adalah anda pada hari esok..

MuwaSaFat TarBiYah..





Bagi orang-orang yang hidupnya BERPUTUS ASA, sebenarnya dia telah menutup jalan penyelesaian dan sesungguhnya dia dalam kalangan orang yang gagal merancang untuk berjaya...

Saturday, May 16, 2009

..Tirai PendidikaN..

Saat kau melewati zaman kanak-kanakmu
jiwamu kosong belum diisi ilmu
kau masih berharap daripada yang bernama 'guru'
menangis, bergaduh, merajuk bermain tak jemu
kerana kau masih dirimu...

Saat kau meneruskan langkah ke alam remaja
kau belajar untuk menjadi lebih sempurna
Kau diberi pendidikan budaya membaca
biar hidup tidak menjadi gelita
biar hidup panduannya bermakna
tidak terserah kepada jenayah dunia
dibimbing oleh insan yang tak pernah berkira
Guru Pembina Negara Bangsa...

Saat kau menentukan tentang erti dewasa diri
dunia yang luas sedang kau terokai
tirai pendidikan sebagai jambatan hari
melangkah lah dikau membentuk peribadi yang tinggi
Sedarkah kau hari-hari yang telah dilewati?
Meninggalkan semalam dalam memori..
Insan yang terdidik oleh guru bestari

..SeLaMaT Hari GuRu..

Dalam keangkuhan masa
redahi ruang waktu yang cemburu
mencari susur jalan berliku
menguak pintu ilmu yang bersatu
di tabir hatimu seorang guru...

Di situ kau memberi makna
setulus hati mendidik bicara
pacak keikhlasan laungkan suara
membentuk satu masyarakat bangsa
akur berdiri megah dan bangga
kerana kau ibarat wira....

walau tubuhmu beku dan kaku
jasamu bergabung berpadu
bersama sisipan indahnya waktu
celoteh dan aksimu membuatku rindu..
Wahai guru pendidik bangsa
keranamu......
bangsamu berjaya!..

Monday, May 11, 2009

PuisI ^BicaRa^

Seketika bicaramu diseka kenangan lalu
Memintal kata-kata yang terukir
Mengisi keegoan bahasa hati
lantas terkeliru minda mencetak erti..

Adakala suaramu disusur semalam yang berlalu
Mengetuk pintu hati yang disentuh
Mengajak memori berlabuh
lantas akal gagal mengawal emosi yang jatuh..
Kadang-kadang gerak perbuatanmu yang dulu
Menjemput rindu sekali-sekali menjengah
Membakar kasih sayang kembali menyala
lantas tersisih aku di satu daerah..

Daerah yang terasing..
Daerah yang bising..
Daerah yang genting..
Daerah itu sepi dan bisu..
tak siapa yang tahu...

^Hendak Seribu Daya, Mahu seribu Cara^

To be the best, i must be crazy: "crazy to be the best"
kita sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan..
For things to change, i must change first..
Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda..
Kepada seluruh warga SMK Lutong selamat menjawab peperiksaan dan semoga berjaya!

..Get PosiTive FreNs, noT neGatIVe FreNs..

Bersikap positif bermakna kita meyakini bahawa apa sahaja yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, biasanya akan membuahkan hasil. bersikap negatif pula bermaksud walau sebanyak mana pun usaha yang dicurahkan, kita meragui hasil yang diperoleh..
give everything you have to, everything you do..
Pilihlah rakan yang positif. Mereka turut meyakini kebolehan kita, selalu memberi semangat dan akan bersama-sama berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Sikap saling sokong menyokong ini dapat mematangkan kita untuk menghadapi cabaran yang lebih besar dalam hidup ini....


never let it rest, till your good is better and your better is best..

The secret of success is TRY HARDER!..
Siapa kawan anda pada hari ini akan menentukan siapa anda pada hari esok. Kawan amat berpengaruh ke atas pembentukan peribadi kita. Kawan yang baik akan membantu..jadi, siapa kawan kita hari ini turut menentukan siapa diri kita pada hari esok. Kawan yang baik akan mendorong kita ke arah aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan pada masa yang sama menghalang kita daripada melibatkan diri dengan perkara-perkara yang berunsur negatif..

Apa yang kita fikir, apa yang kita tahu, atau apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting kerana yang lebih penting ialah APA YANG KITA LAKUKAN berdasarkan apa yang kita fikir, tahu dan percaya....
If it's to be it's up to me..

SUCCESS depends on what you do with you..
I must believe that i can succeed if i am to succeed..Apabila kita membuat sesuatu kerja tetapi meragui sama ada kerja itu mampu dilakukan dengan cemerlang atau tidak, maka kita tidak berupaya memberikan sepenuh tenaga atau sepenuh hati terhadap kerja yang dilakukan, oleh itu untuk berjaya, kita haruslah meyakini sepenuhnya kebolehan diri sendiri sebab untuk berjaya kita hendaklah lebih percaya bahawa kita boleh berjaya...

Sunday, May 10, 2009

..KunCi-KunCi KeJaYaaN..

It is not the mountain that we conquer but ourselves..
Pada mulanya semua perkara SUSAH sebelum menjadi SENANG!
Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah
Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil..
(robert kennedy)

Mempunyai sikap positif dan keyakinan diri serta tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan lebih baik. Dengan memiliki sifat-sifat begitu, kita lebih bersedia menghadapi bermacam-macam kemungkinan. Perkara yang kelihatan payah dan sukar juga mustahil bagi orang lain akan menjadi mudah pada kita. Berbeza dengan orang yang tidak bermotivasi biarpun perkara itu mudah untuk dihadapi ia tetap sukar dan mustahil baginya..
'KEMAHUAN' adalah laksana beliung tajam yang mampu merintis jalan
di hutan yang tebal......
(charles dicken)

'Hutan tebal' ibarat hidup yang penuh dengan pancaroba. Ia penuh dengan cabaran dan halangan serta liku-liku. Kita perlu bersaing dengan orang lain untuk kehidupan yang lebih selesa. 'Beliung tajam' dikaitkan dengan kemahuan..hutan yang tebal dapat ditempuhi dengan mudah jika kita menggunakan beliung tajam. Asalkan kita mempunyai kemahuan yang kental untuk melakukan sesuatu, apapun dapat diperoleh berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai kemahuan, hidup akan menjadi lebih sukar ibarat menggunakan beliung yang tumpul berjalan ke dalam hutan yang tebal. Bukan sahaja maksud tidak tercapai, tenaga yang dicurahkan pun tidak membawa pulangan yang diharapkan.

Saya tidak kalah apabila berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya
tidak BANGUN semula...

Sekali jatuh, tidak bangun-kalah. Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun-tidak kalah. Setiap orang pernah jatuh. Hanya mereka yang bangun selepas setiap kejatuhan, akhirnya akan menjadi juara...jika selepas sekali peperiksaan yang menggagalkan anda, sudah berputus asa, sudah pasti anda akan gagal selama-lamanya. Kekalahan hanya akan berlaku sekiranya kita tidak bangun semula selepas jatuh..

Kemenangan bermula dari dalam fikiran...

Percayalah, jika kita menyertai apa jua aktiviti yang mencabar minda dan kemampuan dan memulakan sebarang tugas dengan bersikap pesimis, nescaya kita akan kecundang kerana kemenangan sebenarnya bermula dari dalam akal fikiran. Ini bermakna apabila kita berhadapan dengan apa-apa tugas sekalipun, kita hendaklah terlebih dahulu meyakini kemampuan diri dan sentiasa optimis kita akan berjaya. Walaupun pendirian seperti ini belum menjamin kejayaan sepenuhnya, namun ini penting jika ingin berjaya...

To get the best I always give my very best..
Sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus dan benar-benar bersedia mengahadapi sesuatu cabaran nescaya kemampuan yang kita miliki akan meningkat dengan lebih ketara. Lagi kuat kita berusaha, maka lagi baiklah nasib kita. Hasil yang kita peroleh adalah selaras dengan usaha yang dicurahkan..

Kejayaan bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan,
tetapi mencuba sekali lagi dengan lebih baik setiapkali
setelah membuat kesilapan...

Orang yang tidak pernah atau takut melakukan sebarang kesilapan jarang berjaya. Apabila kita melakukan sesuatu kerja yang besar, kita berkemungkinan membuat beberapa kesilapan-kesilapan besar atau kecil. Selagi kita belajar dari kesilapan tersebut, kita boleh maju kehadapan. Bagi mereka yang takut membuat kesilapan, takut kegagalan dan takutkan perpisahan..mereka hanya membataskan diri mereka membuat kerja-kerja biasa sahaja. Kejayaan yang diperolehi juga cuma kejayaan yang biasa sahaja..

Do what you can with what you have right where you are..
Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada, di mana sahaja anda berada. Jika kita hendak melakukan sesuatu kerja janganlah menunggu masa, tempat dan situasi yang ideal. Pada ketika kita berusaha, ketika itulah yang dikatakan masa dan tempat yang ideal. Kalau kita hanya berpeluk tubuh sahaja dan menunggu sehingga maklumat, peralatan dan bantuan mencukupi baru hendak memulakan sesuatu kerja, sampai bilapun kerja tidak akan menjadi...
The largest room in the world is room for
SELF-IMPROVEMENT

Ruang yang paling besar di dunia ini ialah ruang untuk memperbaiki diri sendiri. Kecemerlangan diri sebenarnya tidak ada had atau batasan. Sejauh manapun sangkaan kita terhadap kehebatan diri, masih ada banyak ruang lagi untuk memperbaiki diri sendiri. Justeru, kita hendaklah sentiasa mencari jalan memperbaiki prestasi diri sendiri. Bermakna usaha untuk memperbaiki diri sendiri tidak ada sempadan. Walau hebat macam mana sekalipun pencapaian kita setakat ini, ia tetap boleh diperbaiki, walaupun sedikit dan jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada...

..PerSePsi PeLaJaR terHadaP Masa DepaN..

Bolehkah kawasan berbatu ini satu hari nanti menjadi kawasan peranginan tumpuan pelancong?..
Setiap perubahan yang dilakukan adalah satu penghijrahan yang jihad..

Individu yang prihatin terhadap masa depan adalah individu yang mempunyai wawasan hidup. Perubahan perlu dilakukan dengan mengubah semua bentuk Kelemahan diri yang kita miliki kepada membina Kekuatan

Satu anjakan dalam diri untuk mewujudkan suatu kehidupan yang lebih terancang dan bermatlamat harus diperlengkap bagi menghadapi persediaan itu. Melihat kekurangan dan kemiskinan keluarga misalnya boleh menjadi pendorong dan pendokong mengapa anjakan paradigma perlu dilakukan. Perubahan merupakan satu penghijrahan yang Jihad bagi orang-orang yang memandang KEJAYAAN sebagai sesuatu yang mesti dicapai. Mungkin ketika berada di alam persekolahan, PERSEPSI pelajar terhadap masa depan kabur..serta bercelaru. 

Namun, jika diteliti 'impian' adalah jangkaan masa depan yang boleh diusahakan untuk dicapai...dan sebenarnya tiada jalan lain yang boleh membantu kita untuk berjaya selain daripada melakukan perubahan di dalam diri. Ubahlah sikap yang tidak boleh membawa kepada kejayaan kepada sikap-sikap yang dapat membantu kita mengecapi erti kejayaan..
Masa depan yang dapat dilihat dari sudut imaginasi anda menunjukkan anda mempunyai visi dan wawasan terhadap tanggungjawab kehidupan. 


Lihatlah lontaran idea bekas perdana menteri kita yang ke 4, Tun Dr Mahathir Mohammad mengenai wawasan 2020. Kita sedari bahawa wawasan 2020 menghasratkan negara mencapai sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia ini. Melangkah ke arah itu, pelbagai arus kemodenan telah diusahakan dan dijalankan malah apa yang kita nikmati hari ini merupakan usaha berterusan negara merobah kedudukan Malaysia di mata dunia sebagai negara yang gemilang dan terbilang. Pernahkah anda fikirkan di manakah kedudukan anda 10 tahun akan datang?..

Menurut Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, untuk meningkatkan kualiti akademik, kita perlu sentiasa membantu guru-guru krana sikap sebegini akan merapatkan hubungan kita dengan guru. Imam Shafie berpesan, antara cara mudah memperoleh ilmu adalah bersahabat dengan guru. 

Bukan bermaksud apabila bersahabat dengan guru bererti kita boleh melakukan apa sahaja seperti kita lakukan kepada teman-teman sepermainan. Ia bermaksud, anda mempunyai hubungan yang rapat dengan guru-guru, sentiasa membantu apabila diperlukan dan berbincang pelbagai masalah supaya dapat mencari jalan penyelesaiannya. 

Hubungan sebegini memberi peluang kepada anda supaya lebih mudah menerima bantuan daripada guru apabila diperlukan. Anda perlu ingat bahawa guru juga manusia biasa..sudah tentu setiap insan lebih mudah berurusan dengan orang yang lebih baik dengannya...

Saturday, May 9, 2009

..DoA dan ResTu iBu MemBuka PinTu KeJaYaaN..


Setiap kejayaan kita di dunia ini berkat dari restu Doa ibu dan ayah. Tanpa mereka siapalah kita di atas dunia ini. Tidak kiralah siapapun mereka di mata masyarakat, tanpa mereka tidak wujudlah kita...

Setiap langkah perjalanan yang kita atur menyusur kehidupan, jangan lupa di belakang kita ada orang yang bertanggungjawab telah mendewasakan kita dengan keringat dan susah payah mencari rezeki memberi kita kehidupan. Jika hari ini kita telah berjaya dalam hidup dan dilimpahi rezeki mencurah, sesungguhnya jangan dilupa kepada insan yang melahirkan kita ke dunia. 

Mungkin adakala kita terasa mereka tidak berpengetahuan tinggi namun pengorbanan mereka tak terbanding dengan seluas lautan mana pun..ada ketikanya kita malu dengan rakan-rakan kita kerana mereka mungkin tidak setaraf namun dorongan dan sokongan mereka sejak kita kecil hingga dewasa tak terbalas walau dengan selautan air mata. 

Kasih ibu tak terungkap dengan kata-kata, air mata ibu membesarkan kita tanpa kita ketahui besar jiwanya menyimpan rasa duka di hati dan ingin melihat kita gembira dan dewasa dengan sempurna..pernahkah kita sedar ketika kita jatuh sakit..kesedihan hati ibu tak terluah..gundah..kita ditatang bagai minyak yang penuh. Setiap permintaan kita cuba dipenuhi adakala tak tercapai, kita memberontak dengan hati yang penuh marah. Pernahkah kita lihat wajah ibu kita ketika dia sedang nyenyak tidur? 

Wajah yang tak terpadam di hati yang pasti dirindu jika ditakdirkan sudah tiada lagi. Pernahkah kita memerhati air mukanya yang tampak risau, resah berdepan dengan situasi yang sukar yang tak pernah kita ketahui? Pernahkah kita membaca hatinya terhadap harapan yang disandarkan kepada seorang ya bernama anak? 

Adakah kita sedar doa dan permintaannya terhadap kesihatan dan kebahagiaan hidup yang diinginkan terhadap anak-anaknya? Sebenarnya, hakikatnya sebagai anak kita sering terlupa..terlupa berterima kasih jauh sekali untuk membalas pengorbanan ibu. Kita sering menyakiti hatinya, melukakan perasaannya, mengecewakan permintaannya dan tidak mempedulikan segala nasihatnya. Kita sangat susah menunaikan hasrat ibu walau hasrat itu sekadar ingin kita menjadi anak yang baik. 

Percayalah kasihnya ibu bukan sekadar kasih kepada anak...walau kita melakukan kesilapan dan kesalahan sebesar mana sekalipun kasihnya ibu tidak pernah luntur, dia tidak akan pernah membiarkan kita hidup susah walaupun berkali-kali kita meletakkan ibu dalam kesusahan. Kita tidak akan sedar betapa agungnya cinta dan kasih seorang ibu sehingga suatu hari nanti kita merasai KEHILANGANNYA...
Doa dan restu ibu adalah permulaan bagi setiap kejayaan yang kita rancang...
Kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia..SELAMAT HARI IBU..

^ I BELIEVE I CAN FLY ^

I Believe I Can Fly
I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love


I'm leaning on the everlasting arms
If I can see it,


then I can do it
If I just believe it,
there's nothing to it

(chorus)
I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door


I believe I can fly (3x)
See I was on the verge of breaking down

Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh
If I can see it,
then I can be it
If I just believe it,
there's nothing to it

(chorus)
Hey, cause I believe in me, oh
If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

(chorus)
Hey, if I just spread my wings
I can flyI can flyI can fly,
hey
If I just spread my wings
I can flyFly-eye-eye
If I just spread my wings
(I can fly)I can fly
(I can fly)I can fly
(I can fly)I can fly
(I can flyIf I just spread my wings (I can fly)

lagu kehidupan luvbieyuk...i believe in myself..i believe i can do..i'm always believe to success..

Tuesday, May 5, 2009

^Puisi^ ..Rindu HambaNya...

selautan makna rindu ini
tidak tumpah masih terisi
biarpun melimpah ke sisi
besar ertinya tak diketepi
harumnya tak hilang lagi
warna tak pudar cerah begini...
bergelora sayu di jiwa
makna kasih sayang walaupun hampa
teguh di hati yang kukuh perkasa
begitulah diriku seorang hamba..........
hasil nukilan: luvbieyuk

PuIsi..Mengintai Dari Tirai Waktu..

Bila yang tertulis untuk ku
terukir abadi sebagai
satu kenangan..
aku tak mudah tuk melupakan

biarpun
rasa benci..
rasa marah..
rasa kecewa..

rasa rindu...
rasa sayang..
rasa cinta..
rasa terluka..
semua rasa itu..

adalah rasa yang telah tertinggal di hati

Dada waktu
tidak sesaatpun berhenti
dan nafas ini terus berhembus

biarpun
dengan langkah yang berat
dengan hati yang lemah
dengan jiwa yang kaku
dengan perasaan yang rapuh
semua itu..

adalah masa yang entah berapa lama tertinggal..
Mengintai dari tirai waktu
pasrah aku menghitungnya
redha aku menerimanya
rela aku menempuhinya
kerana tak pernah aku terfikir
semuanya suratan Ilahi..

tak daya untuk kumelupakan
telah terpahat di lubuk hatiku
dan ingin kunyatakan..
rindu yang berbisik di hati ini
kekal di sini...

hasil nukilan: luvbieyuk

Friday, May 1, 2009

^MemPuNyai ImPiaN^


Setiap orang pasti mempunyai impian masing-masing. Ada yang mengimpikan hidup yang mewah, memiliki rumah besar, kereta besar atau mempunyai cita-cita yang besar. Apa pun impian kita, kesungguhan dan usaha itu yang akan merealisasikan impian menjadi realiti. Merealisasikan impian tidak semudah mempunyai impian kerana hanya orang yang benar-benar menyedari bahawa IMPIAN adalah sesuatu yang sukar digapai bila kita menjadikannya cuma sebagai angan-angan sahaja. Semasa saya berusia 10 tahun, saya mempunyai cita-cita menjadi seorang penulis buku, setiap hari saya akan menulis apa sahaja pengalaman yang dilalui oleh teman-teman. Apa sahaja luahan teman-teman saya akan terjemahkan semula dalam bentuk cerita. Saya mempunyai IDOLA iaitu seorang kakak di sekolah saya. Saya selalu kagum dengan kejayaannya baik dari segi pelajaran mahupun bidang kepimpinan malah dia juga sangat aktif dalam sukan. Ketika idola saya menerima anugerah pelajar cemerlang, pelakon perempuan terbaik dan tokoh pelajar terbaik, saya berasa sangat CEMBURU...


Suatu hari, saya berkesempatan berkongsi cerita dan bertukar-tukar pendapat dengan idola saya dan sehingga hari ini saya tidak melupakan pertanyaan pertama yang dikemukakan kepada saya "Apakah impian adik?" Pada waktu itu saya memang tidak mengerti mengenai cita-cita dan impian...maka saya diam dan tidak menjawab soalannya. Tetapi dia menjawab bagi pihak saya, menjelaskan tentang kejayaan, harapan dan kesungguhan. Saya melihat dia sebagai seorang yang sangat bermotivasi tinggi dan saya sangat kagum dengan keberanian, keyakinan serta ciri-ciri yang ada dalam dirinya. Dia pernah menasihati saya bahawa hidup perlu ada impian kerana dengan impian itulah kita akan berusaha untuk menjadikannya sebagai satu realiti.
Hari ini, setiapkali saya memandu kereta impian saya 'VIOS'..saya akan rasa teruja. Jika anda pernah berjaya memenuhi impian anda..jalan menuju impian itu tidaklah mudah. Kita perlukan banyak pengorbanan dan perjuangan. Sebelum memiliki kereta impian saya, banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi..hanya dengan kesungguhan dan USAHA sahaja kita mampu melakukannya. Di sebalik memiliki kereta impian ini juga ia merupakan hadiah yang sangat bermakna kerana saya telah menghadiahkan KERETA IMPIAN ini kepada diri saya sendiri setelah saya menamatkan pengajian dalam bidang sarjana tahun lalu. Ini bermakna sebelum saya berjaya memiliki kereta impian, saya perlu berusaha mencapai impian memiliki sarjana untuk meneruskan cita-cita dan impian saya seterusnya...Jika kita memandang halangan sebagai batu penghalang, memang tidak ada jalan untuk kita teruskan perjalanan sebaliknya jika kita memandang halangan sebagai cabaran, InsyaAllah jalan menuju IMPIAN akan menjadi kenyataan....