.

Wednesday, April 22, 2009

..JaDiLaH Diri Sendiri...

Kenapa perlu berpura-pura menjadi seseorang dan bukan menjadi diri sendiri? Mengapa perlu meniru gaya orang lain daripada memiliki gaya tersendiri?...Tiapkali kita berusaha mengubah menjadi orang lain tiapkali itulah kita gagal mengenali diri kita sendiri..Ramai dalam kalangan kita suka mencipta personaliti orang lain dalam diri kita..cuba menjadi glamor kerana orang yang glamor..cuba menarik perhatian..tahukah anda personaliti yang ditiru itu cuma bayang-bayang yang tak pasti yang wujudnya cuma sementara. 

Malah kita langsung tidak mempunyai identiti diri yang jelas tentang diri kita sebenar. Cuba anda fikirkan dan renungkan dari pengalaman lalu anda..peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku dalam kehidupan anda, jika tidak ada orang lain yang mempengaruhi anda kecuali anda sendiri, anda akan tahu keputusan yang diambil baik atau buruk adalah datangnya dari diri anda sendiri. Impian anda dengan orang lain tidak sama..jika anda meminati Ziana Zain, tak perlulah jadi seperti Ziana Zain, memiliki apa yang Ziana Zain ada..sedangkan anda tidak pernah tahu apakah impian hidup Ziana Zain..

Anda adalah lebih unik bila anda menjadi diri sendiri, mempunyai karakter tersendiri tanpa meniru apa yang ada pada orang lain. Mungkin Ziana Zain dikenali kerana dia seorang penyanyi yang hebat, karakternya sebagai seorang penyanyi membuat kita rasa minat, namun pernahkah anda tahu bahawa jika anda membina karakter ada sendiri tanpa anda sedari anda juga boleh diminati..adakalanya anda sendiri tidak pernah tahu betapa ada orang yang menyanjungi anda kerana anda adalah diri anda. Oleh itu berhentilah berpura-pura dan mulalah menjadi diri sendiri..

No comments:

Post a Comment