.

Wednesday, February 25, 2009

Sebelum kita berjaya, ada banyak liku dan cabaran kejayaan. Tanpa usaha tiada insan yang mampu mengatasi kelemahan diri..dengan hanya mengharapkannya. Orang yang selalu gagal mungkin mampu membina jalan penghubung antara kejayaan dan kecemerlangan sebaliknya orang yang selalu berjaya mungkin tidak mampu untuk merasai gagal walaupun hanya sekali. Oleh itu, apabila kita jatuh..jangan mudah berputus asa untuk bangun meneruskan lagi langkah..jangan mudah kecewa pada sesuatu yang belum pernah kita usahakan. Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda adalah cabaran kecemerlangan yang sedang dituju...Ingat..hanya orang yang kuat azam dan iltizamnya sahaja yang akan terus melangkah...