.

Tuesday, June 30, 2009

..Membangunkan GERGASI Dalam Diri..

Anda mempunyai keupayaan dan kekuatan terpendam yang anda mungkin tidak sedari. Anda sebenarnya telah dilahirkan dengan kekuatan ini. Namun, anda mungkin tidak pernah belajar mengenainya. Ia itulah sebaik-baik alat yang diberikan kepada makhlukNya; manusia - tidak kepada mana-mana makhluk yang lain. Apakah alat itu? Alat itu adalah MINDA yang membolehkan manusia berfikir, merancang dan mencapai apa juga yang manusia inginkan. Ianya adalah anugerah khas yang mempunyai keupayaan yang tidak ada tolok bandingnya dengan otak yang diberikan Tuhan kepada makhluk-makhlukNya yang lain.

'Our lives are not determined by what happens to us but how we react to what happens, not by what life brings o us, but by the attitude we bring to life. A positive attitude causes a chain reaction of positive thought, events, and outcomes. It is a catalyst, a spark that creates extraordinary results’

'He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’








Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya...

Masih tertanya-tanya arah dan halatuju diri anda?..masih meragui kemampuan dan kebolehan anda?..masih memikirkan masalah yang belum diselesaikan?..masih mengharapkan sesuatu yang belum pasti?..masih menunggu sesuatu yang hilang dan sudah pergi?..masih adakah 'HARAPAN' bagi setiap persoalan yang dikemukakan??????????...Tanda tanya ini hanya boleh dijawab oleh anda..kerana setiap persoalan sudah tentu ada jawapannya..Jika anda masih bertanya, bermakna anda masih belum pasti untuk membuat keputusan..dan jika anda bertangguh dari memutuskannya maka anda sedang ketinggalan kebelakang...untuk mara kehadapan anda perlu menjawab dan menyelesaikan segala persoalan yang bermain di minda ruang pemikiran anda dengan bijak dan terancang......

Setiap kesulitan pasti ada cara untuk menyelesaikannya. Tidak semua perkara di dunia ini adalah sangat sukar dan dipisahkan dengan tembok halangan sahaja kerana adakala kita akan berjalan dengan lancar, teratur dan adakala kita perlu mengatur langkah dengan penuh hati-hati. Apapun, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Andainya kita jatuh tersungkur..masih ada peluang untuk kita bangun semula mengatur langkah..andaikata kita tergelincir..juga masih ada peluang untuk kita memperbetulkan langkah..asalkan kita mahu...DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN..

Wednesday, June 24, 2009

..MariLaH ReNunGkaN SeJeNaK..


Mendekati bermaksud menghampiri atau berada bersama-sama manakala menjauhi bermaksud tidak suka bersama atau cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka. Jika perkara ini dirujukkan kepada guru maka seseorang murid itu perlulah menghampiri guru dalam proses pembelajaran. Mereka yang suka menjauhi guru ialah mereka yang tidak berminat untuk belajar dan tidak mahu dibimbing oleh guru.

Asalamualaikum cikgu!
“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.
Sudah menjadi kebiasaan murid-murid dan juga guru untuk merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan yang lalu sebagai sebahagian daripada proses mengkaji pembelajaran. Walau bagaimanapun ada juga segelintir murid yang menganggapkan ianya sebagai proses membuat ramalan. Lantas mereka akan hanya menumpukan pembelajaran berasaskan topik-topik yang terdapat dalam pada satu-satu kertas soalan sahaja.
Keseronokan belajar amat bergantung pada persekitaran terutamanya ketika berada di kelas. Keadaan yang bersih, kemas, tenang dan ceria mampu memberi keseronokan belajar. Manakala keadaan yang kotor, berselerak dan bising tidak dapat mewujudkan suasana belajar yang sempurna.
Bersikap positif bukanlah sesenang percakapan.
Ramai murid yang agak malu apabila dijemput untuk naik ke pentas atau diminta tampil di depan khalayak sama ada untuk berucap, berpidato atau membuat persembahan. Lazimnya, murid akan saling tolak-menolak menyuruh rakannya untuk ke hadapan. Alangkah ruginya murid itu kerana mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.

^ CiRi-ciRi PeLaJaR CeMeRLaNg^


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

OPTIMISTIK
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

TUMPUAN SEPENUH HATI
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

MULAKAN DARI AWAL
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

SENTIASA BERSEDIA
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

LENGKAPKAN PERALATAN
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

TEPATI WAKTU BELAJAR
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

DAPATKAN BANTUAN GURU
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

BERI PANDANGAN MEMBINA
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

BERBINCANG DENGAN RAKAN
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

TUBUHKAN 'GROUP STUDY'
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

LAKUKAN PEPERIKSAAN KENDIRI
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

SERTAI CERAMAH MOTIVASI
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

MAKANAN SEIMBANG
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

MALU BERTANYA SESAT JALAN
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

SEMBAHYANG
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama.

DOA
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

TAWAKKAL
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang

..MuTiaRa KaTa..(http//razzyy.com)


Koleksi Mutiara Kata


Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”. Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Tuesday, June 23, 2009

..BeLaJaR BerSikaP BeRaNi..

Dalam impian kita, kita semua mahu mencapai sesuatu yang hebat. Tetapi kebanyakan daripada kita tidak mencapai hasil seperti yang dihajatkan. Kita tidak memiliki wang yang begitu banyak, nilai percintaan yang mengasyikkan, kejayaan atau kegembiraan tidak begitu cukup untuk kita meneruskan kehidupan..Apakah yang telah menghalang kita dari terus memiliki semua itu?

Mungkin kita boleh menyenaraikan sebab-sebab mengapa kita tidak dapat membuktikan bahawa kita boleh melakukan apa yang ingin kita lakukan..apa sebenarnya yang kita mahu..apakah kita benar-benar tahu jauh di sudut hati kita, kita benar-benar tahu bahawa kita boleh melakukan kesemuanya ...kalaulah kita berani...?

Rasa takut telah menghalang kita untuk meneruskan langkah, membuntukan kita, menghakis harga diri kita dan meletakkan sekatan khayalan di laut pemikiran yang tidak berkesudahan. Rasa takut itu menghalang kita untuk bertindak, dan jika kita tidak bertindak, kita tidak akan dapat pergi lebih jauh daripada kedudukan kita sekarang..namun perasaan takut itu akan hilang apabila kita melawan dan mencapai apa sahaja yang kita mahukan...

Friday, June 12, 2009

..Berusaha, Berdoa dan Bertawakal..

zwani.com myspace graphic comments
Setiap usaha yang kita lakukan walau sebesar zarah sekalipun InsyaAllah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Kita perlu bertawakal setelah meletakkan usaha dan harapan untuk memperolehi kejayaan. Bermohonlah kepadaNya dan jangan melupakanNya ketika kita sedang bersandar pada sebuah harapan yang begitu tinggi. Tiada perkara yang mustahil bagiNya untuk dikurniakan kepada hambaNya yang sentiasa berdoa dan memohon pertolongan dariNya...

Ingatlah, apa sahaja yang dikehendakiNya adalah kuasa yang tidak boleh disangkal. Percayalah kepada Tuhanmu yang memberi rezeki dan kejayaan yang kau ingin kecapi. Doa itu satu permintaan hamba yang menyedari dan menginsafi keagungan kasih Tuhan yang memberi..Berusahalah ke jalan Allah..jalan menuju kejayaan..
janganlah kau sombong di atas kejayaan yang diberikan sebaliknya sebarkan ilmu untuk dimanfaatkan bersama dengan umat yang lain, berkongsilah kejayaanmu, ikhlaskanlah perjuanganmu, jadilah orang yang berjaya dan bersifat sederhana..
InsyaAllah segala usahamu akan menemui kejayaan yang telah kau harapkan dan moga kau menjadi orang yang berjaya dan disanjungi ramai..moga Allah permudahkan...InsyaAllah!

Thursday, June 11, 2009

..MeniTiP HaRaPaN UnTuk BerJaYa..


Langkah tidak akan goyah jika kita melangkah dengan penuh harapan. Sesuatu yang ingin kita capai ialah sesuatu yang kita harapkan dan pinta ia hadir dalam sejarah kehidupan kita. Kita selalu mengaitkan CINTA bersama HARAPAN. Perasaan cinta penuh mengharapkan kebahagiaan yang disulami angan-angan yang belum pasti terjadi, namun harapan sedemikianlah yang membuat kita berusaha dalam mengekalkan perhubungan yang kita anggap sangat bermakna.

Begitulah jua apabila kita menitipkan harapan untuk berjaya. Alangkah kecewanya rasa hati pabila harapan yang tersandar di bahu kita menemui jalan kegagalan...Untuk menjadi seorang pencinta yang baik kita perlu tanamkan sifat jujur, ikhlas dan setia..walaupun suatu hari nanti kita mungkin ditinggalkan, kita tidak akan rasa bersalah sebaliknya menganggap hubungan yang dijalinkan tidak berjodoh. Membina harapan untuk berjaya memerlukan sifat keberanian yang tinggi. Kita harus menjadi berani untuk menjadikan harapan sebagai sebuah kenyataan. Sifat berani melakukan apa sahaja demi memenuhi harapan ini akan membuatkan kita lebih berani menyeberangi cabaran yang mungkin boleh menyebabkan kita gagal...Untuk menjadi seorang yang sangat berani kita perlu tanamkan sifat cekal, tabah dan sabar..walaupun menemui kegagalan, kita tidak akan terus berhenti di situ sebaliknya menganggap kegagalan cuma suatu halangan yang perlu kita lepasi...

KEJAYAAN juga boleh diibaratkan seperti cinta, ianya amat bermakna bagi orang-orang yang menghargai nilainya. Maka letakkanlah harapan yang menggunung untuk memilikinya. Kejayaan sebenar sukar dimiliki oleh semua orang, hanya orang yang benar-benar memahami dan mengerti kepayahan menuju jalannya sahaja dapat menghargai kejayaan-kejayaan yang diperolehi. Sebelum kita mencintai orang lain cintailah diri kita sendiri, sebelum kita mengharapkan kejayaan orang lain, kita terlebih dahulu perlu berjaya supaya orang lain percaya dan meyakini setiap apa yang kita perkatakan.

Harapan perlu dipenuhi untuk tidak berasa kecewa..jika anda berharapkan kejayaan maka berusahalah untuk mendapatkannya sebagaimana anda mengejar cinta....

^MeNJadiKaN KegagaLaN Sebagai PenDoRong, MeleTakKaN KeJayaanN sebaGai InSpiRasi^

Berhadapan dengan usaha-usaha untuk menghasilkan kejayaan adalah satu proses yang rumit dan meresahkan. Adakala usaha itu sia-sia sahaja bila hasilnya tidak membanggakan malah menyebabkan kita tidak boleh mengukir senyuman pun. Masa yang diperuntukkan pula adalah tambatan tempoh yang kadang-kadang meragukan sama ada ia mampu memberi pulangan seperti yang diharapkan ataupun sebaliknya. 

Sementara modal yang kita habiskan mempertaruhkan untung atau rugi terhadap apa yang kita usahakan. Sesungguhnya walau seberat mana keluhan yang kita lepaskan, tiada jalan lain yang boleh memudahkan urusan anda jika memang 'kejayaan' yang anda kejarkan. Semuanya memang bergantung kepada kesanggupan usaha anda melakukannya sehingga anda berjaya. 

Dalam proses menjadi orang yang berjaya sudah tentulah tidak semudah membancuh air kopi..ia memerlukan terlalu banyak pengorbanan dan perjuangan. Kejayaan anda dalam peperiksaan belum boleh membuktikan anda telah berjaya dalam hidup anda tetapi ia merupakan proses permulaan anda melangkah merancang kejayaan yang ditentukan berdasarkan matlamat hidup anda. Erti kejayaan bukan sekadar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi bagaimana kelulusan anda mampu membuat anda menjadi seseorang berpandangan jauh dan mempunyai kerjaya cemerlang dan seterusnya memimpin orang-orang di sekeliling anda turut menjadi orang yang berjaya itulah erti kejayaan sebenar.

Jika dikaji keseluruhannya, di negara kita berapa ramai pelajar yang mendapat bilangan A dalam setiap mata pelajaran yang diambil semasa peperiksaan SPM, STPM, Sarjana Muda, Sarjana telah berjaya dalam hidupnya? Di peringkat Universiti, berapa ramai graduan yang mempunyai pekerjaan tetap?Ada juga yang mendapat keputusan gagal dalam SPM dan STPM tetapi mempunyai pekerjaan tetap malah mengambil peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk memajukan dirinya. 'Kejayaan' seseorang secara terperincinya tidak diukur dengan berapa bilangan A yang kita perolehi dalam peperiksaan-peperiksaan awam yang kita duduki tetapi sejauhmana usaha yang kita letakkan dalam proses membina kejayaan itu. Jika usaha itu membuahkan hasil maka itu adalah satu input yang perlu menjalani satu proses kemenjadian yang dinamakan produk. Maka hasil produk itulah 'kejayaan' yang menunjukkan kualitinya. 

Ramai dalam kalangan kita hari ini mempunyai sikap bangga memperolehi kelulusan cemerlang dan berhenti di situ. Kejayaan tidak akan berada di genggaman anda jika anda tidak berusaha mendapatkannya. Orang yang berjaya memasuki universiti belum dikira berjaya..orang yang memperolehi straight A's dalam SPM dan STPM juga belum berjaya...

Biarlah keputusan peperiksaan anda tidak cemerlang, janganlah putus harapan. Peluang itu sentiasa ada jika anda bijak mencari. Kelulusan yang anda miliki bukan sebagai aras penanda limit kejayaan yang anda boleh capai. Pada dasarnya orang akan melihat semua yang menjadi guru itu mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang namun orang tidak melihat hakikat kepada sesetengah guru itu bahawa ada dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah gagal dalam peperiksaan SPM, STPM dan juga di peringkat universiti. Apakah rahsia mereka yang gagal itu boleh menjadi seorang guru? Meletakkan usaha yang bersungguh-sungguh, bersedia menghadapi kesukaran, menjadikan kegagalan sebagai satu pendorong adalah rahsia kekuatan meletakkan orang yang gagal memperolehi kejayaan. Bagi orang yang pernah gagal, kegagalan bukanlah mimpi ngeri malah mereka berterima kasih atas kegagalan yang mendorong mereka menjadi lebih berjaya...

Berapa lama tempoh untuk berjaya itu tidak dapat ditentukan dengan tepat dan betul. Semuanya bergantung kepada komitmen dan usaha seseorang. Ada yang melakukannya dalam tempoh 5 tahun dan ada juga yang mempertaruhkan sehingga 10 tahun. Pahit maungnya melalui kesukaran, kepayahan, kesusahan dan kesulitan mencari kejayaan akan menjadi manis dan bahagia di akhirnya. Semuanya akan menjadi mudah apabila kita berada di peralihan kejayaan dan sesungguhnya kejayaan yang kita miliki itu sudah pasti akan menjadi sumber inspirasi kepada kita untuk terus melangkah dan berjaya dalam setiap apa yang kita lakukan..hinggalah suatu masa kita tidak percaya yang kita sudah melangkah sejauh itu. Oleh itu berazamlah dari sekarang, merancang menjadi orang yang berjaya...

Saturday, June 6, 2009

..BiNa PerSeKiTaRaN Baru..

Kita mungkin akan lebih rasa tertekan jika berada dalam keadaan yang lama iaitu keadaan yang sama, tidak ada apa-apa perubahan. Pemikiran yang sama, emosi yang sama, melakukan perkara yang sama setiap hari sudah tentu amat membosankan. Malah jika kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya, kejayaan yang kita perolehi juga adalah cuma kejayaan yang sama yang mungkin sudah tidak begitu membanggakan..

sebaliknya jika kita dalam kalangan orang yang gagal, tiada perubahan yang berlaku..keadaannya cuma sama dan mendatar sahaja. Hal ini sangat meletihkan dan tidak memberi apa-apa kesan dalam kehidupan kita yang sentiasa menuntut pembaharuan dan perubahan. Sebagai orang yang berfikiran jauh, bercita-cita tinggi, mempunyai impian, mempunyai harapan dan berdaya maju..lakukanlah transformasi dalam diri anda. Kita perlu membina persekitaran yang baru bagi membangkitkan perasaan inginkan sesuatu yang baru. Semngat ingin mencuba sesuatu yang baru merupakan prinsip orang yang sentiasa ingin menimba pengalaman tidak kiralah pengalaman itu nanti adalah satu pengalaman yang menarik ataupun sebaliknya. Pengalaman merupakan guru yang terbaik kepada seseorang yang sentiasa mengambil ia sebagai satu pengajaran yang berkesan dalam kehidupan.

Dengan membina satu persekitaran baru, kita sebenarnya telah memberi nafas semula kepada cara kehidupan kita agar lebih bersedia menghadapi perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Malah kita menjadi lebih bersemangat dan berkeyakinan menempuh cabaran-cabaran yang bakal kita lalui..Membina persekitaran yang baru ibarat membina satu personaliti baru yang berketrampilan lebih segar dan yakin. Kita akan memandang setiap persekitaran yang kita wujudkan dengan azam dan usaha untuk menjadi lebih berjaya, menjadi lebih membanggakan diri kita sendiri. Jadi, tidak salah jika kita dapat melakukan satu perubahan dengan membina persekitaran yang baru.

Thursday, June 4, 2009

..^HiLaNGKaN KeBimBanGaN, JauHKaN PRaSaNGka..^

Kebimbangan ialah suatu kebangkitan perasaan yang menunjukkan rasa cemas, ketakutan, kerisauan, keresahan, kegelisahan dan semua rasa yang merisaukan. Perasaan ini terlahir akibat rasa terancam oleh persekitaran yang mendesaknya bertindak atau bereksperesi sesuatu yang berada di luar kemampuannya. 

Perasaan bimbang ini juga akan menyebabkan seseorang menjadi sangat rendah diri, hilang keyakinan, gemuruh dan gugup serta menjadi takutkan kegagalan. Masalah kebimbangan boleh membawa kepada tahap kemurungan apabila rasa bimbang yang keterlaluan tidak dapat diatasi dan ditangani dengan baik. Biasanya kita akan mudah berasa bimbang bila rasa takut menguasai diri kita. Takutkan sesuatu yang masih dalam bayangan fikiran kita yang belum pasti kebenarannya adalah keadaan yang patut dihindarkan. Adakala perasaan bimbang juga dapat membantu kita menjadi lebih bersedia mengahadapi sesuatu kemungkinan dan membuat persiapan yang sewajarnya....Namun begitu peratus sebenar rasa bimbang ialah lebih kepada membawa kepada hasil yang negatif....
Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan berlakunya rasa bimbang ialah dengan cuba mengatasi perasaan itu melalui kaedah paling positif. Sudah menjadi lumrah pemikiran manusia ..yang suka membuat andaian, mempunyai prasangka dan juga mengesyaki sesuatu yang belum pernah berlaku atau pun tidak pernah langsung berlaku. 

Kebimbangan yang terjadi adakala hanya sia-sia kerana bimbang pada perkara yang tidak terjadi. Hilangkan perasaan bimbang pada setiapkali dengan menunggu sehingga ia benar-benar terjadi. Sekiranya kita tidak mahu berdepan dengan situasi yang membimbangkan itu maka langkah mengatasinya ialah membuat persediaan supaya ianya tidak akan terjadi. 

Contohnya dalam situasi sekarang kita sangat bimbang dengan peperiksaan SPM yang hampir tiba, bimbang kerana pencapaian kita masih di tahap yang tidak memuaskan..bimbang tidak dapat melanjutkan pelajaran seterusnya..bimbang masa depan kabur..bimbang dimarahi ibu bapa atau guru..bimbang dengan pandangan masyarakat..bimbang gagal..jalan penyelesaiannya janganlah membiarkannya dengan bimbang-bimbang sahaja sebaliknya lakukan sesuatu yang kita sudah pasti akibatnya..atasi kebimbangan itu dari sekarang sebelum apa yang kita bimbangkan benar-benar terjadi.

 Orang yang bimbang tapi tidak melakukan apa-apa untuk menghilangkan rasa bimbang itu ialah orang yang sangat penakut, sangat menyerah pada kerisauan seterusnya mencipta sebuah kegagalan. Binalah satu jati diri..berkesanggupan melakukan sesuatu yang boleh kita banggakan iaitu..jadi insan yang berjaya...Jauhi kebimbangan..

Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Prasangka beerti membuat keputusan sebelum mengetahui fakta yang relevan mengenai objek tersebut. Awalnya istilah ini merujuk pada penilaian berdasar ras seseorang sebelum memiliki informasi yang relevan yang bisa dijadikan dasar penilaian tersebut. Selanjutnya prasangka juga diterapkan pada bidang lain selain ras. Pengertiannya sekarang menjadi sikap yang tidak masuk akal yang tidak terpengaruh oleh alasan rasional.

" Hidup dengan berprasangka terhadap orang lain adalah membatasi fikiran ke arah yang positif. Syak wasangka hanya memberi sangkaan yang tidak baik walhal kita belum pasti apakah prasangka kita itu benar-benar pasti sehingga memberi penilaian yang tidak wajar seterusnya membuat kesimpulan yang menghukum.. 

Bebaskan rasa prasangka dalam diri yang hanya menjauhkan kita dari pemikiran-pemikiran yang bersih dan mulia. Manusia ibarat sebuah kulit buku..kadangkala di luaran kulit buku itu memaparkan sesuatu yang menarik dan indah untuk dipandang namun di dalamnya belum tentu mempunyai isi yang menarik dan hebat. Betapa pula kulit buku yang di luarannya nampak buruk, tidak indah untuk dipandang namun jika ditelaah di dalamnya mempunyai isi yang hebat penuh berinformasi. 

Untuk melihat sesuatu kebaikan orang lain bukan dengan hanya memandang dan mendengar cerita-cerita buruk tentangnya tetapi mengkaji apakah yang kita lihat dan dengar itu mempunyai kebenaran..

Allah SWT benci kepada orang yang mudah berprasangka..kerana punca pergaduhan dan pertelingkahan manusia bermula dengan prasangka atau syak wasangka. Bila kita meragui orang lain, orang itu juga akan meragui kita. Keraguan dan perasaan mengesyaki ini sudah tentulah satu budaya yang tidak sihat dan boleh menyebabkan kita berpecah belah.

 Apabila kita menjadi orang yang suka berprasangka maka dalam tidak sedar, kita telah memiliki KEBENCIAN dan DENDAM di hati. Mari menjauhkan prasangka kita terhadap orang lain dengan berbuat baik kepada sesiapa sahaja tanpa ada rasa benci. InsyaAllah kita tergolong dari orang-orang berjaya yang disegani dan disanjungi bukan orang-orang berjaya yang angkuh dan sombong.." Jauhkan prasangka yang membelenggu diri kita.."

..^BuKaLah HaTi daN LaPaNGkaN DaDa..^


Adakala kita tidak dapat menerima kenyataan dalam kehidupan. Kita ingin menolak rasa kecewa yang tiba-tiba membuat kita berasa berputus asa dan ingin menyerah kalah. Apatah lagi bila harapan yang tinggi terhadap sesuatu yang kita impikan tidak dapat menjadi suatu realiti. Sesungguhnya setiap pemberian dari Allah SWT adalah satu anugerah, jika Dia tidak mengkehendaki kita memperolehinya maka sudah tentu ada HIKMAH yang kita sendiri tidak jangkakan. 

Tapi apakah kita boleh menerimanya dengan hati yang Redha? Memang sukar untuk melakukan sesuatu yang positif akibat dari kegagalan yang kita tangisi namun kita perlu sedar dan sentiasa keluar dari rasa sedih yang tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada diri kita. Setiap kepahitan itu sebenarnya adalah penawar bagi rasa kedukaan yang kita alami..maka sesekali janganlah kita hanya menghilangkan rasa pahit untuk menikmati rasa manis sahaja. Bukankah ubat itu rasanya pahit??.

.Hidup masih perlu diteruskan, melangkahlah terus kehadapan memandang jauh dan melihat dengan hati yang terbuka. InsyaAllah! niat dan hasrat yang baik, tulus dan ikhlas akan menghasilkan sesuatu yang terbaik. Percaya pada diri, bukalah hati dan lapangkan dada serta terus berdoa....

Jika kita rasa tidak mudah untuk berjalan, maka berlarilah..jika berlari pun kita berasa amat payah maka berjalanlah..jika masih tidak dapat melakukannya mohonlah kepadaNYa agar dipermudahkan segala urusan diberikan petunjuk dan berusahalah. 

Setiap usaha kita walau sebesar zarah sekali pun pasti diberi ganjaran. Untuk menjalani kehidupan ada banyak jalan yang boleh kita pilih, terpulanglah kepada kita sendiri bagaimana untuk mencorakkannya. Seandainya kita memilih jalan yang mudah mungkin halangannya akan lebih susah dan sekiranya kita memilih jalan yang sukar mungkin cabarannya lebih mudah untuk kita lepasi. 

Allah SWT bersifat adil dalam menguruskan urusan dunia kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa ke atas semua kejadian. Kita sendiri tidak akan dapat pastikan siapakah kita di masa akan datang tetapi kita boleh merancang untuk menentukan siapakah kita pada masa itu..Lebih mudah kita berputus asa..maka lebih mudahlah kita gagal. Kejayaan yang paling besar dalam diri kita ialah bila kita telah membina kekuatan untuk menghadapi kegagalan dan merempuh lagi halangan yang seterusnya sehingga kegagalan itu menjadi takut untuk berhadapan dengan kita. Bagaimana? Apabila anda beberapa kali dengan semangat keberanian yang tinggi menempuh kegagalan beberapa kali, akan ada KECEKALAN dalam diri anda...kecekalan inilah yang akan membuat kegagalan takut kepada anda maka KEJAYAAN dengan sendirinya menghampiri anda. 

Justeru..jadilah orang yang cekal hati, tabah dan sabar dengan semua ujian-ujian untuk berjaya. Jangan rasa rendah diri tetapi sentiasa mengkaji kelemahan diri untuk diperbaiki. Kita boleh rasa kesal, sedih, kecewa, marah asalkan kita sanggup bangkit semula. Untuk berada di suatu puncak...jalan mendaki puncak itu bukanlah lurus dan mudah...jadi untuk menjadi orang yang cemerlang..jalan menuju kecemerlangan itu tidak mungkin lurus juga sudah tentulah berliku, jika kita letakkan usaha yang tinggi dan berkesanggupan menempuh jalan berliku itu..tiada yang mustahil untuk kita kecapi di penghujung jalan itu nanti.

Senyumlah dengan hati yang tenang, bukan mudah untuk berasa gembira tatkala menghadapi kesukaran namun bukalah hati dan lapangkanlah dada. Setidak-tidaknya jika kita tidak gembira cubalah membuat orang lain gembira dan tersenyum pasti hati kita akan terubat..dan dengan sendirinya kita turut akan berasa gembira...Bila kita tersenyum melihat kegembiraan orang lain maka kita memiliki hati yang sangat tulus...dengan menggunakan hati yang sangat tulus ini, bolehkah kita bangun lagi dari rasa gagal?...Pasti Boleh!!! berazam dan berusaha...