.

Wednesday, August 19, 2009

PoTret KejaYaaN...

"i oweZ think there is notHiNg impossible, wheN i want to achieve.."
everybody is somebody and i believe i can fLy..

" Wat i get is noThiNG..but to make Them ProuD of Me..is something.." I work hard to ProVe mYseLf how pRecious they are to Me because LovE aparT of mY Life..this how i show LovE with alot of sacrifiCe..thanks dad!!
"I am nOT walk aLoNe...i have my FreN togetHer wiTh Me de waY 2 sucCeSS..i LoVe 2 sHare the sweET moment..conGRate"
"She make me stRuggle to Get what i want..sumtym she be my sister, sumtym she as a moTher give me advises..looking into her eYes, i see how stRong she is...i learn aloT from her..thanks and congraTe!!
"They are apart oF mY LiFe who was waLk togetHer in Our JourneY to SuccEss...we did it...."
"We are in de same schoOL..take dis as a ChaLLengE..u are the greatesT..congRate!!!"
luvbieyuk wiTh PulsiNah Ogo.. luvbieyuk witH aiDa..
MASTER IN EDUCATION (CURRICULUM & PEDAGOGY)
UKM, BANGI 2009
"CONGRATULATIONs!!.."

Tuesday, July 28, 2009

..MeMaHaMi KepeRLUAN roHaNi..









Meletakkan diri pada satu sudut yang memerlukan ketenangan diri adalah satu pendekatan yang bijak dan tahap pemerolehan peralihan diri yang dituntut oleh jiwa yang kekosongan. Pada satu keadaan tertentu rohani kita perlu pengisian jiwa yang meruntun ketenangan di bawah sedar. Bukan semua persekitaran memberi satu kesegaran pada minda yang adakala berkecamuk dan terkeliru dengan segala bentuk tindakan yang kita hasilkan. Tuntunan jiwa membawa kita pada satu daerah yang menjadikan kita insan yang rendah diri sujud pada kesyukuran hamparan kehidupan yang tercetus pelbagai cabaran..Hidup perlu sentiasa dibentang oleh sejadah kesedaran...
Biar dihujani sepi di langit yang tinggi..biar terungkap sebening rasa kecewa..biarlah duka memayungi seribu kekesalan namun kelembutan hati tetap menjadi wadah melestari minda yang dihimpit rasa marah berbaur rindu. Yang terpendam mungkin segala rasa yang menjadi rahsia..tak semudah bahasa hati ini berkongsi..nurani tetap berdoa mengharap segala yang terjadi sebagai kekuatan yang menongkat kesedihan...Di suatu sudut yang sepi..seraut wajah ketenangan yang dicari...

..MeNuLis LaKaRAN HaTi..

Kehidupan ini sukar untuk diduga, terkadang penuh misteri yang semakin diselongkar semakin penuh rahsia yang tersembunyi. Namun selagi nafas belum terhenti, kita perlu akur untuk terus berjalan mencari keindahannya yang adakala dibiar tanpa rasa dipeduli. Ada yang tertulis pada suaratan kehidupan membangkitkan nada kebingungan pada masa depan yang belum pasti...sesungguhnya hanya akal yang mampu mencengkam hakikat yang mendatang bertamu di ruang hati. Setiap rahsia pasti ada keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri, setiap yang tersembunyi perlu ada rahsia untuk mencari sesuatu yang ingin ditemui...di bumi Tuhan ini, semuanya memerlukan U.S.A.H.A sebagai kunci yang boleh membuka segala pintu yang tertutup. Lakarkan segala yang berbuku di hati sebagai hasrat yang kita paparkan untuk mencapai matlamat yang selama ini terselindung...Kadang-kadang kita perlu juga menulis untuk melihat sejauh mana hati meluahkan kata-kata yang tak terluah. Mata pena akan menari mengikut rentak emosi yang secara tidak sengaja terpamer.

Tulisan mungkin tak seindah bahasa yang diwacanakan..namun tulisan punyai ringkasan penjelasan pada makna bicara yang terkadang sangat halus untuk dimengertikan...kerana terjemahannya terletak sebuah LAKARAN HATI..yang benar dan ikhlas.

Monday, July 27, 2009

..SeNTuHLah diRi anDa deNGaN MemBuKa PinTu Hati..

Dengan satu sentuhan di hati kita menilai sejauh mana kita menginsafi diri..Kesedaran dalaman akan memberi satu makna yang mendalam dan membuka ruang-ruang untuk kita M.U.H.A.S.A.B.A.H diri dengan rasa ikhlas.
Sentuhlah diri anda dengan mengatakan bahawa anda benar-benar ingin berjaya..berjaya dalam menuju destinasi hidup yang telah anda rancangkan. Tekadkan usaha dengan menyedari bahawa tiap-tiap sesuatu yang anda panjatkan dalam doa kudus itu tidak ada yang mustahil bagiNya.
Yakinlah!..apabila hati anda mudah sahaja tersentuh, rasa tangis bergema, rohani terdidik dan terbimbing oleh rasa keinsafan yang hadir bertamu di hujung sanubari. Airmata menjadi doa di sudut hati yang mengakui kekhilafan diri, mohonlah P.E.T.U.N.J.U.K agar cita-cita dan impian anda direstui. Sentuhlah diri anda dan berkata bahawa hasrat yang terpendam ini adalah keinginan untuk anda sesungguhnya berjaya dengan cemerlang. Kecemerlangan akan berada dalam genggaman jika kita percaya dan yakin potensi dan kebolehan diri kita boleh dibangunkan.
Doa restu ayah bonda adalah sentuhan yang pasti meruntun jiwa..kita akan disentap oleh pengorbanan yang mengingatkan kita akan erti kepayahan dan penat lelah mereka membesarkan kita dengan tanpa mengira waktu..sesungguhnya raut wajah itu membuat kita tidak akan lupa sampai bila-bila..hingga ke akhirnya..bila mana kita telah menggenggam kejayaan yang sedang kita hasratkan. Sentuhlah diri anda..katakan dengan sesungguhnya di dalam hati yang penuh tawaduq.."Kejayaan ini adalah pertaruhan dan pertarungan bagi orang-orang yang mempunyai hati yang kuat dan tabah...maka jadikanlah aku di antara orang-orang itu.."

Sunday, July 26, 2009

O.G.O.S
Suka berlawak. Mudah tertawan kepadanya. Sopan santun dan caring terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai pujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan.Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk relax. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih & penyayang. Suka mencari kawan.


S.E.P.T.E.M.B.E.R
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik..


O.K.T.O.B.E.R
Suka sembang. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jalan tengah. Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri .Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) .Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat.


N.O.V.E.M.B.E.R
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Bagus untuk jadi doktor. Cermat dan teliti. Personaliti dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya. Badan yang “tgh” (sasa). Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam. Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang. Suka duduk di rumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

D.I.S.E.M.B.E.R

Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak.Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.
A.P.R.I.L
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun
dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit di sekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


M.E.I
Kekerasan hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri) .Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.


J.U.N
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Otaknya aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat nak sembuh apabila terluka hati. Suka kepada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


J.U.L.A.I
Sangat seronok didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali diransang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa dengan semua orang .Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain dengan pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kawal tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja.

Friday, July 24, 2009

..KeNaLi aNDa MeLalui BuLAN keLAHIRAn ANda...

Salam bertemu lagi dalam segmen mengenali diri.. Kali ini anda di bawa untuk mengenali sikap keperibadian diri melalui bulan kelahiran anda. Namun begitu, informasi ini bukanlah meminta untuk anda mempercayai setiap apa yang ditulis kerana ianya hanyalah sebahagian daripada hasil dapatan kajian Dato' Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah terhadap kebanyakan orang yang telah dikaji berdasarkan bulan kelahiran. Setiap persamaan itu adalah secara kebetulan manakala yang menunjukkan perbezaan itu adalah kekurangan dan kelemahan hamba yang menerokai ilmu personaliti diri. Sesungguhnya, apa yang dipaparkan bukanlah bertujuan untuk dipegang sebagai satu kepercayaan tetapi mungkin cuba menyelami siapa anda berdasarkan kajian yang telah dilakukan..Apapun, keperibadian anda yang negatif boleh diubah menjadi positif..semuanya terletak di tangan ANDA...........

J.A.N.U.A.R.I
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Sensitif, berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali setelah dirangsang. Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badan sihat tetapi mudah diserang selesema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang kepada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segalanya. Rajin belajar dan kemahiran sosial. Sikap cemburu yang sangat tinggi.

F.E.B.U.A.R.I
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality dan abstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sanga sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

M.A.C
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalam bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu moody.


Di aTaS SeJADAH KesyuKuRaN

Hidup kita memerlukan garis panduan yang menjadi nadi pada sebuah perjuangan ke destinasi yang dituju. Adakala kita terumbang-ambing dihanyut gelora dan badai kehidupan yang alpa namun kita sering dikejutkan dengan jambangan kesedaran yang mengembalikan kita di atas sejadah kesyukuran. Tiap-tiap yang kita usahakan di atas bumi ini sesungguhnya adalah satu KURNIAANNYA...bermaksud ianya bersifat pinjaman dan tak mungkin kekal menjadi milik kita yang abadi..Percaya ataupun tidak sebenarnya setiap insan punyai kualiti keunikan diri tersendiri. Ciri-ciri keistimewaan yang dianugerahkan TUHAN kepada hambanya yang sentiasa mensyukuri atas segala pemberian tanpa rasa protes adalah kekuatan hambaNya yang cemerlang. Berterima kasihlah atas segala pemberian TUHAN...

Apa sahaja yang pernah kita miliki adalah hadiah kepada apa yang pernah kita usahakan. 'Hadiah' bermaksud pengiktirafan terhadap sumbangan yang diberi sama ada berbentuk jasa mahupun perkhidmatan. Apa pun kejayaan yang kita kecapi, bantulah mereka yang juga mempunyai keinginan yang sama iaitu untuk berjaya. Berbekalkan rasa kesyukuran di atas pemberianNya maka tidak salah kiranya kita menghulurkan rasa keikhlasan membantu insan yang meminta pertolongan. Apatah lagi insan itu mempunyai potensi diri yang boleh dibangunkan. Berilah sokongan kepada orang yang ingin berjaya dalam hidupnya. Percayalah setiap bantuan yang kita hulurkan diberi rahmat yang berganda dan hidup kita dilimpahi kurnia kebahagiaan yang tidak kita jangkakan..

Di bumi TUHAN ini, kita cuma insan kerdil yang serba kekurangan..namun kita telah diberi hak keistimewaan, atas usaha yang kita tanamkan maka kita berkemampuan dan berkesanggupan menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan..Tiada yang terbaik melainkan kita berusaha menjadi yang terbaik dan sesungguhnya kita perlu senantiasa menyedari bahawa tiap-tiap kelemahan yang kita lihat bukanlah satu petanda keburukan yang seharusnya kita hindari sebaliknya TUHAN ingin kita menerima segala kesulitan dan kesukaran yang sengaja didatangkan kepada kita untuk melihat sejauh mana kita sudi mendepani dengan rasa ikhlas. Di atas sejadah kesyukuran, kita tidak mampu menolak keikhlasan yang tertanam di dasar hati apabila kita memilih untuk melakukan kebaikan dengan meletakkan sifat-sifat positif dalam diri dan sentiasa bersangka baik. Percayalah, tiap-tiap kebaikan yang kita lakukan..TUHAN membalasnya dengan kebaikan juga..

MenGhaDaPi PepERIKsaaN DeNgan HaRApaN

MUTIARA KATA
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang KITA TIDAK MAMPU"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan"

"Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati"

''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''


"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"

Wednesday, July 8, 2009

..MengenaLi Diri Anda Melalui TariKH LahiR..



Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya individu ini bersifat pendiam dan konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia kelihatan mesra. Tapi individu yang lahir pada tarikh ini mudah terperasan. Sifatnya itu menyebabkan ramai yang tidak menyukainya. Namun begitu, dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadang-kadang dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah lama terjalin.

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai yang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut dan ramah. Dia paling benci cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang betul-betul dicintainya. Namun begitu, dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam tindakan. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya supaya tidak terus berfikiran pesimis.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi individu yang lahir pada tarikh ini. Tapi, jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong dalam kalangan orang yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modal utamanya dalam pergaulan. Tapi dalam soal cinta, dia merupakan pasangan yang sukar dimengertikan.

Tarikh Lahir pada 4 & 13
Individu yang lahir pada tarikh ini adalah individu yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta dia tergolong dalam pasangan yang sering bertukar-tukar pasangan dan digelar mata keranjang. Sifat ini membuatkan orang tak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab
Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah orang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punyai kecenderungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berpewatakan keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka memandang remeh terhadap orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
Tarik Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta, dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya sangat tinggi sehingga dia tidak mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
Tarik Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang berterus terang dan bersikap terbuka serta jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan jika pasangannya curang dia dengan mudah akan meninggalkannya.
Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Dalam kalangan rakan-rakan dia bersifat bijaksana dan lemah lembut. Namun begitu, dia tersisih daripada teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui rasa khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia adalah seorang yang tabah dan rela berkorban.
Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia merupakan seorang yang jujur dan tabah menghadapi dugaan dan kesukaran. Soal cinta, dia sangat setia dan mudah disenangi. Tapi dia seorang yang sangat cemburu. Kalau baik dia sangat baik, dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat yang ingin dipuji. Dia berharap setiap orang menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian kemas rapi. Dia sering membelanjakan wang untuk penampilannya. Dalam pergaulan harian, dia merupakan seorang yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam soal cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat yang romantis kepada individu yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam kalangan orang yang kurang serius, bersikap acuh tak acuh terhadap apa yang dilakukannya. Namun begitu dia seorang memfokus penuh perhatian bila menghadapi masalah. Dia sangat benci mendengar sesuatu yang mengusutkan yang boleh menimbulkan huru hara. Dalam hal percintaan dia menuntut diberi penuh perhatian sebaliknya dia jarang mengambil berat terhadap pasangannya. Namun, sikapnya memang disenangi oleh kawan-kawan.
Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana tingkahlakunya. Namun, kepada teman-teman dia merupakan orang yang penting. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri, jarang sekali menonjolkan diri dan kelebihannya kepada orang lain. Individu jenis ini terkenal dengan pujukrayu dan diberi jolokan seniman asmara.

Monday, July 6, 2009

..KeTaJamaN MaTa dan PeMikiRaN..





Mata adalah lambang pemikiran seseorang. Jika mata jarang berkedip, menandakan seseorang itu mempunyai pemikiran yang tajam dan jika matanya langsung tidak berkedip, ia menunjukkan bahawa dia sangat tajam dalam sesuatu bidang kerana konsentrasinya yang sangat komited. Orang seperti ini berpotensi dalam bidang saintis dan pakar dalam pelbagai bidang.

Jika renungan matanya tajam seperti renungan harimau, orang ini sangat bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pemikirannya juga sangat tajam. Ada dua sifat ekstrem iaitu sangat jahat atau sangat baik ketika melakukan sesuatu kerja.

Mata yang sering berkedip dan mudah dimasuki habuk bermakna orang katogeri ini mudah ditipu, kurang cerdas dan kurang bijak dalam melakukan sesuatu.

Renungan mata yang lemah menunjukkan orang ini kurang tajam pemikirannya atau dengan kata lain dia hanya berpotensi melakonkan watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem hindustan.

Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tidak berkedip, dan jika ada cahaya..orang ini sangat hebat juga memilki sifat ekstrem sama ada bijak dan sangat jahat ataupu bijak dan sangat baik serta berpotensi menjadi pakar.

Jika memiliki mata yang renungannya tidak tajam, namun renungan itu kelihatan sangat jauh dan mendalam, orang ini sangat unik dan berfikiran jauh, kebanyakannya memiliki sifat-sifat yang baik.

Jika mata sering kelihatan berkeliaran..orang ini boleh dikatakan suka membelit, bercakap bohong dan kurang bijak dalam setiap tindakan...

*BOLEH BACA TAPI KEBENARANNYA ATAS PENILAIAN ANDA

Sunday, July 5, 2009

..RaHsia PERSONALITI..



Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri sendiri adalah merupakan satu aset penting bagi memastikan kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita, maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi. Antara jenis personaliti tersebut ialah:

1. PERSONALITI PERIANG
Mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan orang lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup. Mereka biasanya:
a) Selesa dalam keramaian dan seronok nertemu dengan orang lain
b) Mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dalam dunia mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
c) Lebih suka berbincang dengan orang lain berbanding membuat keputusan sendiri
d) Lebih banyak bercakap dari mendengar
e) Berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
f) Hepi go Lucky

2. PERSONALITI PENDIAM
Bersifat:
a) Lebih suka menyendiri
b) Sanggup melakukan apa sahaja terhadap apa yang orang lain sukai
c) Mudah berasa diketepikan dalam keramaian
d) Lebih suka berfikir dan mencari jalan menyelesaikan permasalahan secara bersendirian
e) Menjadi pemerhati dan berfikir panjang sebelum melibatkan diri dengan seseorang
f) Seorang pendengar yang baik, tidak suka dipuji, tidak suka berbual dan mencampuri urusan orang lain

3. PERSONALITI PERASA
Bersifat:
a) Mahukan jawapan yang cepat dan tepat
b) Sukakan kerja yang berperaturan
e) Suka mengumpul banyak maklumat sebelum menghasilkan tindakan
f) Mementingkan fakta dan bukannya teori dan tiada masalah untuk berhadapan dengan perkara yang remeh temeh
g) Lebih suka melakukan sesuatu berbanding memikirkan sesuatu
h) Kurang mempunyai firasat

4.PERSONALITI PERAMAL
Bersifat:
a) Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
b) Sentiasa mempunyai jawapan bagi setiap persoalan dan bijak menggunakan peluang baru
c) Tidak suka perkara yang remeh temeh
d) Gemar belajar sesuatu yang baru tetapi kurang mengamalkan ilmu tersebut
e) Sering memberikan jawapan yang berbentuk umum
f) Gemarkan kerja yang lebih mencabar dan tidak suka melakukan kerja yang sama setiap masa
g) Banyak persoalan yang ditimbulkan semasa melakukan perbincangan
h) Suka menguji kebolehan orang lain

5. PERSONALITI PEMIKIR
Bersifat:
a) Mudah mengingat nombor berbanding wajah dan nama orang
b) Sentiasa mudah bertenang walaupun pada suasana orang lain sedang panik
c) Setiap sesuatu itu mesti benar pada setiap masa
d) Adakala kelihatan seperti seorang yang keras hati dan mudah mengkritik
e) Bijak merancang dan menguruskan kerja

6. PERSONALITI SENSITIF
Bersifat:
a) Sering membayangkan diri mereka ke dalam situasi yang dialami oleh orang lain
b) Apabila hendak membuat keputusan sering memikirkan apa yang orang lain rasa
c) Suka menolong orang lain walaupun tahu dipergunakan
d) Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
e) Akan melakukan apa sahaja yang tidak melukai perasaan orang lain..

..14 TiPs MemiLiKi MenTaL yanG BaiK..

Tips memiliki Mental yang baik ialah:
1. Luahkan/kongsi masalah dengan orang yang anda percaya
2. Luaskan pergaulan
3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama
4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berfaedah seperti bersukan, beriadah dan senggang
5. Membaca
6. Berkongsi hobi dengan orang lain
7. Jaga kesihatan diri
8. Bersenam selalu
9. Amalan makanan yang seimbang dan banyakkan minum air
10. Bersiar-siar, menonton wayang, makan di luar
11. Wujudkan hidup yang lebih ceria dan gembira
12. Berbincang dengan isu-isu semasa
13. Lakukan aktiviti bersama keluarga dan luangkan masa bersama keluarga
14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek

..RaHsia CeMeRLaNg DaLam PergaULaN..

Orang yang cemerlang adalah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar Motivasi tanah air Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang boleh menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kata-kata kita ialah:

1. Jaga solat dan ibadah khusus dan umum

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (Walaupun kita harus berwaspada pada setiap masa)

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita

4. Banyakkan bersedekah sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba ingat 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif pada setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain mual terhadap kita

9. Amalkan sunnah-sunnah harian. InsyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf apabila mengingati mati

11. Sentiasa syukur dan redha atas pemberian TUHAN

12. Sentiasa memberi salam atau ucap kepada orang lain, Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia

15. Sampaiakan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringilah perpisahan dengan doa

Bagi menarik perhatian orang lain mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri kita dan kelemahan diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj dan memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah tentang mereka..."

Tuesday, June 30, 2009

..Membangunkan GERGASI Dalam Diri..

Anda mempunyai keupayaan dan kekuatan terpendam yang anda mungkin tidak sedari. Anda sebenarnya telah dilahirkan dengan kekuatan ini. Namun, anda mungkin tidak pernah belajar mengenainya. Ia itulah sebaik-baik alat yang diberikan kepada makhlukNya; manusia - tidak kepada mana-mana makhluk yang lain. Apakah alat itu? Alat itu adalah MINDA yang membolehkan manusia berfikir, merancang dan mencapai apa juga yang manusia inginkan. Ianya adalah anugerah khas yang mempunyai keupayaan yang tidak ada tolok bandingnya dengan otak yang diberikan Tuhan kepada makhluk-makhlukNya yang lain.

'Our lives are not determined by what happens to us but how we react to what happens, not by what life brings o us, but by the attitude we bring to life. A positive attitude causes a chain reaction of positive thought, events, and outcomes. It is a catalyst, a spark that creates extraordinary results’

'He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’








Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya...

Masih tertanya-tanya arah dan halatuju diri anda?..masih meragui kemampuan dan kebolehan anda?..masih memikirkan masalah yang belum diselesaikan?..masih mengharapkan sesuatu yang belum pasti?..masih menunggu sesuatu yang hilang dan sudah pergi?..masih adakah 'HARAPAN' bagi setiap persoalan yang dikemukakan??????????...Tanda tanya ini hanya boleh dijawab oleh anda..kerana setiap persoalan sudah tentu ada jawapannya..Jika anda masih bertanya, bermakna anda masih belum pasti untuk membuat keputusan..dan jika anda bertangguh dari memutuskannya maka anda sedang ketinggalan kebelakang...untuk mara kehadapan anda perlu menjawab dan menyelesaikan segala persoalan yang bermain di minda ruang pemikiran anda dengan bijak dan terancang......

Setiap kesulitan pasti ada cara untuk menyelesaikannya. Tidak semua perkara di dunia ini adalah sangat sukar dan dipisahkan dengan tembok halangan sahaja kerana adakala kita akan berjalan dengan lancar, teratur dan adakala kita perlu mengatur langkah dengan penuh hati-hati. Apapun, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Andainya kita jatuh tersungkur..masih ada peluang untuk kita bangun semula mengatur langkah..andaikata kita tergelincir..juga masih ada peluang untuk kita memperbetulkan langkah..asalkan kita mahu...DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN..

Wednesday, June 24, 2009

..MariLaH ReNunGkaN SeJeNaK..


Mendekati bermaksud menghampiri atau berada bersama-sama manakala menjauhi bermaksud tidak suka bersama atau cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka. Jika perkara ini dirujukkan kepada guru maka seseorang murid itu perlulah menghampiri guru dalam proses pembelajaran. Mereka yang suka menjauhi guru ialah mereka yang tidak berminat untuk belajar dan tidak mahu dibimbing oleh guru.

Asalamualaikum cikgu!
“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.
Sudah menjadi kebiasaan murid-murid dan juga guru untuk merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan yang lalu sebagai sebahagian daripada proses mengkaji pembelajaran. Walau bagaimanapun ada juga segelintir murid yang menganggapkan ianya sebagai proses membuat ramalan. Lantas mereka akan hanya menumpukan pembelajaran berasaskan topik-topik yang terdapat dalam pada satu-satu kertas soalan sahaja.
Keseronokan belajar amat bergantung pada persekitaran terutamanya ketika berada di kelas. Keadaan yang bersih, kemas, tenang dan ceria mampu memberi keseronokan belajar. Manakala keadaan yang kotor, berselerak dan bising tidak dapat mewujudkan suasana belajar yang sempurna.
Bersikap positif bukanlah sesenang percakapan.
Ramai murid yang agak malu apabila dijemput untuk naik ke pentas atau diminta tampil di depan khalayak sama ada untuk berucap, berpidato atau membuat persembahan. Lazimnya, murid akan saling tolak-menolak menyuruh rakannya untuk ke hadapan. Alangkah ruginya murid itu kerana mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.

^ CiRi-ciRi PeLaJaR CeMeRLaNg^


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

OPTIMISTIK
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

TUMPUAN SEPENUH HATI
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

MULAKAN DARI AWAL
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

SENTIASA BERSEDIA
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

LENGKAPKAN PERALATAN
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

TEPATI WAKTU BELAJAR
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

DAPATKAN BANTUAN GURU
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

BERI PANDANGAN MEMBINA
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

BERBINCANG DENGAN RAKAN
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

TUBUHKAN 'GROUP STUDY'
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

LAKUKAN PEPERIKSAAN KENDIRI
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

SERTAI CERAMAH MOTIVASI
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

MAKANAN SEIMBANG
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

MALU BERTANYA SESAT JALAN
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

SEMBAHYANG
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama.

DOA
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

TAWAKKAL
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang

..MuTiaRa KaTa..(http//razzyy.com)


Koleksi Mutiara Kata


Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”. Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Tuesday, June 23, 2009

..BeLaJaR BerSikaP BeRaNi..

Dalam impian kita, kita semua mahu mencapai sesuatu yang hebat. Tetapi kebanyakan daripada kita tidak mencapai hasil seperti yang dihajatkan. Kita tidak memiliki wang yang begitu banyak, nilai percintaan yang mengasyikkan, kejayaan atau kegembiraan tidak begitu cukup untuk kita meneruskan kehidupan..Apakah yang telah menghalang kita dari terus memiliki semua itu?

Mungkin kita boleh menyenaraikan sebab-sebab mengapa kita tidak dapat membuktikan bahawa kita boleh melakukan apa yang ingin kita lakukan..apa sebenarnya yang kita mahu..apakah kita benar-benar tahu jauh di sudut hati kita, kita benar-benar tahu bahawa kita boleh melakukan kesemuanya ...kalaulah kita berani...?

Rasa takut telah menghalang kita untuk meneruskan langkah, membuntukan kita, menghakis harga diri kita dan meletakkan sekatan khayalan di laut pemikiran yang tidak berkesudahan. Rasa takut itu menghalang kita untuk bertindak, dan jika kita tidak bertindak, kita tidak akan dapat pergi lebih jauh daripada kedudukan kita sekarang..namun perasaan takut itu akan hilang apabila kita melawan dan mencapai apa sahaja yang kita mahukan...