.

Saturday, June 7, 2014

~TERLUKAKAH HATI?~

Setiapkali rasa tidak gembira ini singgah di hati..pasti terukir perasaan yang hiba. Mengapa rasa tidak gembira ini sering hadir sewaktu kegembiraan yang diharapkan memujuk jiwa yang keresahan....

Rasa tidak gembira ini sering sahaja membuatkan air mata mengalir....deras dan mengalir terus. Fahamkah yang bernama hati ini..apa maknanya kesedihan apabila memaksa air mata untuk memahaminya? Kerana rasa tidak gembira ini..jiwa dibelenggu rasa resah....kerana rasa tidak gembira ini juga...terlukakah hati?..

YA ALLAH Kau berikanlah aku kesabaran dan ketabahan menghadapi setiap ujian serta dugaanMU...

Sunday, May 5, 2013

KaLaU MeNcaRi TeMaN


BUKA MATA DAN BUKALAH HATI..


MOHON KEAMPUNAN..MU


Kehidupan ini tanpa disedari telah meninggalkan waktu. Tanpa kita sedari, masa yang direntasi juga sedang meninggalkan kita. Andai kita tahu harga sebuah masa dan waktu.. Andai kita tahu betapa bermaknanya detik-detik yang kita lalui...dan andainya kita tahu masa yang mendatang sedang menjenguk kita....

Berapa banyak kita mensyukuri setiap pemberianNya..Rezeki yang telah diturunkan kepada kita. Berapa banyak kita bersabar di atas ujianNya. Berapa banyak pula kita Redha dengan segala dugaan...moga-moga destinasai perjalanan kita seterusnya mendapat KeampunanNya. 

Sesungguhnya kita selalu terlupa atas dosa-dosa yang kita lakukan sebaliknya seringkali melahirkan ketidakpuasan hati bila dilanda musibah.

Percayalah kepada Iradat Ilahi, setiap sesuatu yang terjadi mempunyai sebab-sebabnya tersendiri. Di saat kita tersakiti...Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Tidak kira di waktu susah atau pun senang, bersyukurlah setiapkali kita berpeluang dan punya ruang untuk memperbaiki diri. Nafas ini akan terhenti pada bila-bila masa sahaja dan di saat itu nanti, kita akan menemuiNYA. Mohon Keampunan MU Ya Allah..

Tuesday, April 30, 2013

..^BuKaLaH Hati daN LaPaNGkaN DaDa..^


Adakala kita tidak dapat menerima kenyataan dalam kehidupan. Kita ingin menolak rasa kecewa yang tiba-tiba membuat kita berasa berputus asa dan ingin menyerah kalah. Apatah lagi bila harapan yang tinggi terhadap sesuatu yang kita impikan tidak dapat menjadi suatu realiti. Sesungguhnya setiap pemberian dari Allah SWT adalah satu anugerah, jika Dia tidak mengkehendaki kita memperolehinya maka sudah tentu ada HIKMAH yang kita sendiri tidak jangkakan. 

Tapi apakah kita boleh menerimanya dengan hati yang Redha? Memang sukar untuk melakukan sesuatu yang positif akibat dari kegagalan yang kita tangisi namun kita perlu sedar dan sentiasa keluar dari rasa sedih yang tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada diri kita. Setiap kepahitan itu sebenarnya adalah penawar bagi rasa kedukaan yang kita alami..maka sesekali janganlah kita hanya menghilangkan rasa pahit untuk menikmati rasa manis sahaja. Bukankah ubat itu rasanya pahit??.

.Hidup masih perlu diteruskan, melangkahlah terus kehadapan memandang jauh dan melihat dengan hati yang terbuka. InsyaAllah! niat dan hasrat yang baik, tulus dan ikhlas akan menghasilkan sesuatu yang terbaik. Percaya pada diri, bukalah hati dan lapangkan dada serta terus berdoa....

Jika kita rasa tidak mudah untuk berjalan, maka berlarilah..jika berlari pun kita berasa amat payah maka berjalanlah..jika masih tidak dapat melakukannya mohonlah kepadaNYa agar dipermudahkan segala urusan diberikan petunjuk dan berusahalah. 

Setiap usaha kita walau sebesar zarah sekali pun pasti diberi ganjaran. Untuk menjalani kehidupan ada banyak jalan yang boleh kita pilih, terpulanglah kepada kita sendiri bagaimana untuk mencorakkannya. Seandainya kita memilih jalan yang mudah mungkin halangannya akan lebih susah dan sekiranya kita memilih jalan yang sukar mungkin cabarannya lebih mudah untuk kita lepasi. 

Allah SWT bersifat adil dalam menguruskan urusan dunia kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa ke atas semua kejadian. Kita sendiri tidak akan dapat pastikan siapakah kita di masa akan datang tetapi kita boleh merancang untuk menentukan siapakah kita pada masa itu..Lebih mudah kita berputus asa..maka lebih mudahlah kita gagal. Kejayaan yang paling besar dalam diri kita ialah bila kita telah membina kekuatan untuk menghadapi kegagalan dan merempuh lagi halangan yang seterusnya sehingga kegagalan itu menjadi takut untuk berhadapan dengan kita. Bagaimana? Apabila anda beberapa kali dengan semangat keberanian yang tinggi menempuh kegagalan beberapa kali, akan ada KECEKALAN dalam diri anda...kecekalan inilah yang akan membuat kegagalan takut kepada anda maka KEJAYAAN dengan sendirinya menghampiri anda. 

Justeru..jadilah orang yang cekal hati, tabah dan sabar dengan semua ujian-ujian untuk berjaya. Jangan rasa rendah diri tetapi sentiasa mengkaji kelemahan diri untuk diperbaiki. Kita boleh rasa kesal, sedih, kecewa, marah asalkan kita sanggup bangkit semula. Untuk berada di suatu puncak...jalan mendaki puncak itu bukanlah lurus dan mudah...jadi untuk menjadi orang yang cemerlang..jalan menuju kecemerlangan itu tidak mungkin lurus juga sudah tentulah berliku, jika kita letakkan usaha yang tinggi dan berkesanggupan menempuh jalan berliku itu..tiada yang mustahil untuk kita kecapi di penghujung jalan itu nanti.

Senyumlah dengan hati yang tenang, bukan mudah untuk berasa gembira tatkala menghadapi kesukaran namun bukalah hati dan lapangkanlah dada. Setidak-tidaknya jika kita tidak gembira cubalah membuat orang lain gembira dan tersenyum pasti hati kita akan terubat..dan dengan sendirinya kita turut akan berasa gembira...Bila kita tersenyum melihat kegembiraan orang lain maka kita memiliki hati yang sangat tulus...dengan menggunakan hati yang sangat tulus ini, bolehkah kita bangun lagi dari rasa gagal?...Pasti Boleh!!! berazam dan berusaha...

Sunday, October 7, 2012

istikharah

Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
 "Ya Allah, aku memohon agar memilihkan mana yang terbaik menurut Engkau ya Allah dan aku memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahan Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agong kerana sesungguhnya Engkau yang berkuasa, sedang aku tidak tahu dan Engkau mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini baik bagi aku, maka berikanlah perkara ini kepadaku dan permudahkanlah ia bagiku, kemudianerikanlah aku keberkatan di dalamnya. Ya Allah, jika perkara ini tidak baik bagiku, bagi agamaku dan kehidupanku, dan tidak baikp akibatnya bagi aku, maka jauhkanlah aku darinya. Dan berikanlah kebaikan di mana saja aku berada, jadikanlah hamba orang yang redha atas anugerahMu.."
MAHA MELIHAT (OPIC FEAT AMANDA)
Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya
*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang
[ Maha Melihat (Feat. Amanda) lyrics found on http://lyrics.my ]
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penih dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang 
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih 
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya 
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata 


Wednesday, October 3, 2012

Perspektif Hidup..

Memandang ke dalam diri, adakalanya kita sedar apa yang sedang berlaku dan kita cuma membiarkan saja ianya terjadi. Sehinggalah suatu hari kita disentakkan oleh tangisan hati, ketika itu baru kita mengaku bahawa semua yang berlaku itu kerana kelalaian diri kita sendiri. Manusia memang selalu terlupa walau sudah diberi peringatan. Kita akan mencari cahaya apabila berdepan dengan kegelapan. Kenapa rasa bersalah? kenapa melakukan kesilapan?kenapa berada di atas jalan yang salah?kenapa memilih yang salah?kenapa mencipta kesilapan?kenapa memilih untuk menangis?bersedih?....bukankah kita sendiri yang membuat keputusan?

Dalam mengharungi kemelut hidup, setiap hari kita akan membuat keputusan terhadap persoalan hidup yang mungkin mudah dan adakalanya sukar. Sehebat mana pun kita, Allah menguji tanpa henti untuk menjadikan kita insan yang kuat dan cekal. Tatkala kita terpilih membuat keputusan yang salah, kita telah diuji dengan begitu hebat. Sengaja dititipkan rasa kecewa supaya adanya rasa keinsafan, rasa sabar, rasa syukur terhadap ujian hidup.

Menangislah...
semahu hati, sepenuh perasaan..Allah mendengar dan sentiasa bersama. Rupa-rupanya RAHSIA Allah terhadap hambaNya tidak tercapai oleh akal kita. Sewaktu kita sangat kecewa dan bersedih tiada siapa pun yang mendekati memujuk hati kita. Tak siapa pun menyedari yang kita sedang menangis...tidak ada sesiapapun yang dapat membaca gelojak hati yang tak menentu hala. Tapi Allah tahu..

Walaupun kita pernah memilih jalan yang salah, kita masih boleh berpatah balik menckari jalan yang betul agar tidak terus tersesat. Kita masih berpeluang membuat keputusan yang betul selepas membuat keputusan yang salah. Tiada siapa yang berhak untuk menghukum kita kecuali Allah SWT? Dia maha pengampun..menerima taubat hambanya yang tulus berdoa. Jangan terlalu bersedih kerana Allah mendatangkan ujian untuk memberi sesuatu yang lebih baik untuk kita. Kita mesti Redha..Redha mendidik hati kita menjadi lebih ikhlas. Betapa besar erti SABAR..hanya orang-orang yang sabar  akan diberi kehebatan hati.

Adakala kita dipertemukan dengan orang yang salah pada setiapkali. Barangkali orang yang dikatakan salah itu sebagai cabaran hidup untuk kita melihat kembali pada kekurangan diri. Tanpa kelemahan diri..kita tidak mungkin menjadi lebih sempurna. Kadang-kadang kita yakin kita tidak mungkin melakukan perkara yang tidak masuk akal kerana kita fikir kita adalah tergolong daripada golongan orang-orang terpelajar..tapi sebenarnya silap, status pendidikan belum menjamin kita akan selalu melakukan perkara yang betul. Itu rahsia Allah untuk memilih sesiapa sahaja untuk diuji..

Ketika kita meletakkan cinta pada manusia, kita selalu mengharapkan cinta itu boleh membahagiakan..cinta itu memberi satu makna dalam kehidupan. Kita rasakan cinta itu memberi kekuatan dan dorongan jiwa untuk meneruskan perjalanan hidup. Cinta seolah-olah telah mewarnai kehidupan yang selama ini dirasakan sepi. Itu cuma seketika...sewaktu kita sedang mengenali ..sewaktu kita sering dipuji..sewaktu kita sangat penting di sisinya..sewaktu kita begitu dihargai...cinta dijulang tinggi sehinggakan kita mengorbankan waktu untuk mengingatiNYA. ALPA Menikmati hari-hari yang begitu indah. Rupanya cinta yang kita rasakan itu hanyalah satu persimpangan hidup. Cinta sesama manusia hakikatnya bukanlah milik kita. Bila-bila masa sahaja akan ditarik kembali walaupun kuat mana kita simpulkan. Hidup ini sebagai pinjaman, kita akan kembalikan semula semua yang kita pinjam ini. Mungkin sewaktu kita meminjam itu, banyak yang telah kita laburkan dan menganggapnya milik kita. Sebenarnya bukan milik kita..milik Allah. Belajar menghargai pemberian kelak kita tidak kesal dengan apa yang telah berlaku.

Untuk menjadi seorang yang berjaya banyak liku-likunya..cabarannya...begitulah jua untuk menjadi ahli syurga. Redha setiap ujian yang diberikan akan menjadikan kita insan yang lebih baik. Kita kena yakin dengan pertolongan Allah selagi mana kita mengingatiNYA.Berjalanlah dengan hati yang redha..hidup ini adalah satu destinasi yang dibayangi perspektif hidup..