.

Thursday, April 16, 2009

MeMiLiki MinDa YanG SihaT..


Berdepan dengan situasi yang stres dan konflik adalah amat sukar. Setiap orang pasti menghadapi ketegangan terutama apabila berada di puncak kegelisahan yang tinggi. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk meluahkan apa yang pernah terpendam di hati lebih-lebih lagi bila kita merupakan orang yang tidak suka berkongsi apa yang kita rasa dengan orang lain.
Namun..perkara yang kita tidak pernah lakukan adakalanya dapat membantu..contohnya, jika kita tidak pernah memiliki seorang kawan yang betul-betul rapat dengan kita..kita akan ada tempat mengadu dan meluahkan rasa tidak puas hati bila kita memberi ruang untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan yang paling rapat dengan kita. Paling tidak pun..kita ada tempat untuk berbicara walaupun tidak mahu berkongsi masalah dengannya. Percayalah..mempunyai minda yang sihat akan melahirkan pemikiran yang positif dan seterusnya membolehkan kita bertindak secara rasional dan optimis.

Kita tidak akan jumpa persekitaran yang selesa, positif dan memenuhi citarasa kita seandainya kita hanya mengharapkannya tanpa melakukan apa-apa pun. Dalam dunia ini, setiap sesuatu yang kita cita-citakan perlu diwujudkan dengan usaha yang tanpa henti. Bila kita berasa sedih kita tak boleh mengharapkan rasa sedih itu akan bertukar dengan sendiri menjadi gembira..kita yang perlu merancang bagaimana untuk hidup gembira. 

Kita tak akan pernah mampu menangani stres jika terus berada dalam lingkungan stres itu sendiri. Minda kita perlu digerak aktifkan, berfikir bagaimana situasi yang menekan itu dapat dineutralkan semula. Hanya melalui minda, tindakan kita dapat digeneralisasikan..maka mempunyai minda yang sihat akan menghasilkan tindakan yang berunsur sihat...




Ramai orang tidak pernah mengambil tahu bahawa jika kita memiliki mindayang tidak sihat, kita akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang lebih menjerumus ke arah yang negatif. Oleh kerana itu lah, adalah sangat penting bagi kita mempunyai pemikiran rasional dan mempunyai pertimbangan yang wajar. Bayangkan orang yang sentiasa berfikiran negatif..hanya penuh dengan rasa was-was dan syak wasangka. Kita akan selalu mencari kelemahan dan kekurangan orang lain. Kita menjadi tidak senang bila melihat orang lain lebih gembira dan bahagia berbanding kita sedangkan jika kita berfikir dengan positif dan sihat kita akan rasa bagaimana untuk mencontohi mereka yang gembira dan bahagia itu...

Sebenarnya apa yang membebani fikiran kita ialah bila kita tidak dapat berfikir secara waras, rasional dan positif. Minda kita menjadi tidak sihat dengan pemikiran-pemikiran kosong yang lebih berunsurkan negatif. Kenapa kita perlu saratkan pemikiran kita dengan perkara-perkara yang remeh temeh. Keterbukaan minda berfikir secara efisien apabila pemikiran yang kita ada lebih berunsurkan pengetahuan. Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan kita suka mendengar tentang kisah atau hal orang lain berbanding memikirkan tentang kebenaran dan fakta yang diterima. Sesungguhnya Allah SWT memberi kurnia akal supaya ia dapat berfungsi dan digunakan sebaiknya.. maka gunakanlah dengan jiwa yang tulus.



Minda yang sihat mencerminkan pemikiran yang berkualiti, yang mampu mewujudkan suasana kehidupan yang lebih gembira, ceria, bermakna, lebih berharga walaupun hakikat kehidupan ini dipenuhi situasi stres dan konflik. Hadapilah stres dengan tenang dengan fikiran yang terbuka...hadapilah konflik dengan sabar..dengan pemikiran yang mampu meleraikan segala persoalan yang tidak terus membebani fikiran anda..

No comments:

Post a Comment