.

Sunday, May 5, 2013

KaLaU MeNcaRi TeMaN


BUKA MATA DAN BUKALAH HATI..


MOHON KEAMPUNAN..MU


Kehidupan ini tanpa disedari telah meninggalkan waktu. Tanpa kita sedari, masa yang direntasi juga sedang meninggalkan kita. Andai kita tahu harga sebuah masa dan waktu.. Andai kita tahu betapa bermaknanya detik-detik yang kita lalui...dan andainya kita tahu masa yang mendatang sedang menjenguk kita....

Berapa banyak kita mensyukuri setiap pemberianNya..Rezeki yang telah diturunkan kepada kita. Berapa banyak kita bersabar di atas ujianNya. Berapa banyak pula kita Redha dengan segala dugaan...moga-moga destinasai perjalanan kita seterusnya mendapat KeampunanNya. 

Sesungguhnya kita selalu terlupa atas dosa-dosa yang kita lakukan sebaliknya seringkali melahirkan ketidakpuasan hati bila dilanda musibah.

Percayalah kepada Iradat Ilahi, setiap sesuatu yang terjadi mempunyai sebab-sebabnya tersendiri. Di saat kita tersakiti...Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Tidak kira di waktu susah atau pun senang, bersyukurlah setiapkali kita berpeluang dan punya ruang untuk memperbaiki diri. Nafas ini akan terhenti pada bila-bila masa sahaja dan di saat itu nanti, kita akan menemuiNYA. Mohon Keampunan MU Ya Allah..

Tuesday, April 30, 2013

..^BuKaLaH Hati daN LaPaNGkaN DaDa..^


Adakala kita tidak dapat menerima kenyataan dalam kehidupan. Kita ingin menolak rasa kecewa yang tiba-tiba membuat kita berasa berputus asa dan ingin menyerah kalah. Apatah lagi bila harapan yang tinggi terhadap sesuatu yang kita impikan tidak dapat menjadi suatu realiti. Sesungguhnya setiap pemberian dari Allah SWT adalah satu anugerah, jika Dia tidak mengkehendaki kita memperolehinya maka sudah tentu ada HIKMAH yang kita sendiri tidak jangkakan. 

Tapi apakah kita boleh menerimanya dengan hati yang Redha? Memang sukar untuk melakukan sesuatu yang positif akibat dari kegagalan yang kita tangisi namun kita perlu sedar dan sentiasa keluar dari rasa sedih yang tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada diri kita. Setiap kepahitan itu sebenarnya adalah penawar bagi rasa kedukaan yang kita alami..maka sesekali janganlah kita hanya menghilangkan rasa pahit untuk menikmati rasa manis sahaja. Bukankah ubat itu rasanya pahit??.

.Hidup masih perlu diteruskan, melangkahlah terus kehadapan memandang jauh dan melihat dengan hati yang terbuka. InsyaAllah! niat dan hasrat yang baik, tulus dan ikhlas akan menghasilkan sesuatu yang terbaik. Percaya pada diri, bukalah hati dan lapangkan dada serta terus berdoa....

Jika kita rasa tidak mudah untuk berjalan, maka berlarilah..jika berlari pun kita berasa amat payah maka berjalanlah..jika masih tidak dapat melakukannya mohonlah kepadaNYa agar dipermudahkan segala urusan diberikan petunjuk dan berusahalah. 

Setiap usaha kita walau sebesar zarah sekali pun pasti diberi ganjaran. Untuk menjalani kehidupan ada banyak jalan yang boleh kita pilih, terpulanglah kepada kita sendiri bagaimana untuk mencorakkannya. Seandainya kita memilih jalan yang mudah mungkin halangannya akan lebih susah dan sekiranya kita memilih jalan yang sukar mungkin cabarannya lebih mudah untuk kita lepasi. 

Allah SWT bersifat adil dalam menguruskan urusan dunia kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa ke atas semua kejadian. Kita sendiri tidak akan dapat pastikan siapakah kita di masa akan datang tetapi kita boleh merancang untuk menentukan siapakah kita pada masa itu..Lebih mudah kita berputus asa..maka lebih mudahlah kita gagal. Kejayaan yang paling besar dalam diri kita ialah bila kita telah membina kekuatan untuk menghadapi kegagalan dan merempuh lagi halangan yang seterusnya sehingga kegagalan itu menjadi takut untuk berhadapan dengan kita. Bagaimana? Apabila anda beberapa kali dengan semangat keberanian yang tinggi menempuh kegagalan beberapa kali, akan ada KECEKALAN dalam diri anda...kecekalan inilah yang akan membuat kegagalan takut kepada anda maka KEJAYAAN dengan sendirinya menghampiri anda. 

Justeru..jadilah orang yang cekal hati, tabah dan sabar dengan semua ujian-ujian untuk berjaya. Jangan rasa rendah diri tetapi sentiasa mengkaji kelemahan diri untuk diperbaiki. Kita boleh rasa kesal, sedih, kecewa, marah asalkan kita sanggup bangkit semula. Untuk berada di suatu puncak...jalan mendaki puncak itu bukanlah lurus dan mudah...jadi untuk menjadi orang yang cemerlang..jalan menuju kecemerlangan itu tidak mungkin lurus juga sudah tentulah berliku, jika kita letakkan usaha yang tinggi dan berkesanggupan menempuh jalan berliku itu..tiada yang mustahil untuk kita kecapi di penghujung jalan itu nanti.

Senyumlah dengan hati yang tenang, bukan mudah untuk berasa gembira tatkala menghadapi kesukaran namun bukalah hati dan lapangkanlah dada. Setidak-tidaknya jika kita tidak gembira cubalah membuat orang lain gembira dan tersenyum pasti hati kita akan terubat..dan dengan sendirinya kita turut akan berasa gembira...Bila kita tersenyum melihat kegembiraan orang lain maka kita memiliki hati yang sangat tulus...dengan menggunakan hati yang sangat tulus ini, bolehkah kita bangun lagi dari rasa gagal?...Pasti Boleh!!! berazam dan berusaha...