.

Monday, July 27, 2009

..SeNTuHLah diRi anDa deNGaN MemBuKa PinTu Hati..

Dengan satu sentuhan di hati kita menilai sejauh mana kita menginsafi diri..Kesedaran dalaman akan memberi satu makna yang mendalam dan membuka ruang-ruang untuk kita M.U.H.A.S.A.B.A.H diri dengan rasa ikhlas.
Sentuhlah diri anda dengan mengatakan bahawa anda benar-benar ingin berjaya..berjaya dalam menuju destinasi hidup yang telah anda rancangkan. Tekadkan usaha dengan menyedari bahawa tiap-tiap sesuatu yang anda panjatkan dalam doa kudus itu tidak ada yang mustahil bagiNya.
Yakinlah!..apabila hati anda mudah sahaja tersentuh, rasa tangis bergema, rohani terdidik dan terbimbing oleh rasa keinsafan yang hadir bertamu di hujung sanubari. Airmata menjadi doa di sudut hati yang mengakui kekhilafan diri, mohonlah P.E.T.U.N.J.U.K agar cita-cita dan impian anda direstui. Sentuhlah diri anda dan berkata bahawa hasrat yang terpendam ini adalah keinginan untuk anda sesungguhnya berjaya dengan cemerlang. Kecemerlangan akan berada dalam genggaman jika kita percaya dan yakin potensi dan kebolehan diri kita boleh dibangunkan.
Doa restu ayah bonda adalah sentuhan yang pasti meruntun jiwa..kita akan disentap oleh pengorbanan yang mengingatkan kita akan erti kepayahan dan penat lelah mereka membesarkan kita dengan tanpa mengira waktu..sesungguhnya raut wajah itu membuat kita tidak akan lupa sampai bila-bila..hingga ke akhirnya..bila mana kita telah menggenggam kejayaan yang sedang kita hasratkan. Sentuhlah diri anda..katakan dengan sesungguhnya di dalam hati yang penuh tawaduq.."Kejayaan ini adalah pertaruhan dan pertarungan bagi orang-orang yang mempunyai hati yang kuat dan tabah...maka jadikanlah aku di antara orang-orang itu.."

No comments:

Post a Comment