.

Sunday, July 5, 2009

..RaHsia PERSONALITI..



Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri sendiri adalah merupakan satu aset penting bagi memastikan kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita, maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi. Antara jenis personaliti tersebut ialah:

1. PERSONALITI PERIANG
Mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan orang lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup. Mereka biasanya:
a) Selesa dalam keramaian dan seronok nertemu dengan orang lain
b) Mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dalam dunia mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
c) Lebih suka berbincang dengan orang lain berbanding membuat keputusan sendiri
d) Lebih banyak bercakap dari mendengar
e) Berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
f) Hepi go Lucky

2. PERSONALITI PENDIAM
Bersifat:
a) Lebih suka menyendiri
b) Sanggup melakukan apa sahaja terhadap apa yang orang lain sukai
c) Mudah berasa diketepikan dalam keramaian
d) Lebih suka berfikir dan mencari jalan menyelesaikan permasalahan secara bersendirian
e) Menjadi pemerhati dan berfikir panjang sebelum melibatkan diri dengan seseorang
f) Seorang pendengar yang baik, tidak suka dipuji, tidak suka berbual dan mencampuri urusan orang lain

3. PERSONALITI PERASA
Bersifat:
a) Mahukan jawapan yang cepat dan tepat
b) Sukakan kerja yang berperaturan
e) Suka mengumpul banyak maklumat sebelum menghasilkan tindakan
f) Mementingkan fakta dan bukannya teori dan tiada masalah untuk berhadapan dengan perkara yang remeh temeh
g) Lebih suka melakukan sesuatu berbanding memikirkan sesuatu
h) Kurang mempunyai firasat

4.PERSONALITI PERAMAL
Bersifat:
a) Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
b) Sentiasa mempunyai jawapan bagi setiap persoalan dan bijak menggunakan peluang baru
c) Tidak suka perkara yang remeh temeh
d) Gemar belajar sesuatu yang baru tetapi kurang mengamalkan ilmu tersebut
e) Sering memberikan jawapan yang berbentuk umum
f) Gemarkan kerja yang lebih mencabar dan tidak suka melakukan kerja yang sama setiap masa
g) Banyak persoalan yang ditimbulkan semasa melakukan perbincangan
h) Suka menguji kebolehan orang lain

5. PERSONALITI PEMIKIR
Bersifat:
a) Mudah mengingat nombor berbanding wajah dan nama orang
b) Sentiasa mudah bertenang walaupun pada suasana orang lain sedang panik
c) Setiap sesuatu itu mesti benar pada setiap masa
d) Adakala kelihatan seperti seorang yang keras hati dan mudah mengkritik
e) Bijak merancang dan menguruskan kerja

6. PERSONALITI SENSITIF
Bersifat:
a) Sering membayangkan diri mereka ke dalam situasi yang dialami oleh orang lain
b) Apabila hendak membuat keputusan sering memikirkan apa yang orang lain rasa
c) Suka menolong orang lain walaupun tahu dipergunakan
d) Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
e) Akan melakukan apa sahaja yang tidak melukai perasaan orang lain..

No comments:

Post a Comment