.

Thursday, June 11, 2009

..MeniTiP HaRaPaN UnTuk BerJaYa..


Langkah tidak akan goyah jika kita melangkah dengan penuh harapan. Sesuatu yang ingin kita capai ialah sesuatu yang kita harapkan dan pinta ia hadir dalam sejarah kehidupan kita. Kita selalu mengaitkan CINTA bersama HARAPAN. Perasaan cinta penuh mengharapkan kebahagiaan yang disulami angan-angan yang belum pasti terjadi, namun harapan sedemikianlah yang membuat kita berusaha dalam mengekalkan perhubungan yang kita anggap sangat bermakna.

Begitulah jua apabila kita menitipkan harapan untuk berjaya. Alangkah kecewanya rasa hati pabila harapan yang tersandar di bahu kita menemui jalan kegagalan...Untuk menjadi seorang pencinta yang baik kita perlu tanamkan sifat jujur, ikhlas dan setia..walaupun suatu hari nanti kita mungkin ditinggalkan, kita tidak akan rasa bersalah sebaliknya menganggap hubungan yang dijalinkan tidak berjodoh. Membina harapan untuk berjaya memerlukan sifat keberanian yang tinggi. Kita harus menjadi berani untuk menjadikan harapan sebagai sebuah kenyataan. Sifat berani melakukan apa sahaja demi memenuhi harapan ini akan membuatkan kita lebih berani menyeberangi cabaran yang mungkin boleh menyebabkan kita gagal...Untuk menjadi seorang yang sangat berani kita perlu tanamkan sifat cekal, tabah dan sabar..walaupun menemui kegagalan, kita tidak akan terus berhenti di situ sebaliknya menganggap kegagalan cuma suatu halangan yang perlu kita lepasi...

KEJAYAAN juga boleh diibaratkan seperti cinta, ianya amat bermakna bagi orang-orang yang menghargai nilainya. Maka letakkanlah harapan yang menggunung untuk memilikinya. Kejayaan sebenar sukar dimiliki oleh semua orang, hanya orang yang benar-benar memahami dan mengerti kepayahan menuju jalannya sahaja dapat menghargai kejayaan-kejayaan yang diperolehi. Sebelum kita mencintai orang lain cintailah diri kita sendiri, sebelum kita mengharapkan kejayaan orang lain, kita terlebih dahulu perlu berjaya supaya orang lain percaya dan meyakini setiap apa yang kita perkatakan.

Harapan perlu dipenuhi untuk tidak berasa kecewa..jika anda berharapkan kejayaan maka berusahalah untuk mendapatkannya sebagaimana anda mengejar cinta....

No comments:

Post a Comment