.

Saturday, June 6, 2009

..BiNa PerSeKiTaRaN Baru..

Kita mungkin akan lebih rasa tertekan jika berada dalam keadaan yang lama iaitu keadaan yang sama, tidak ada apa-apa perubahan. Pemikiran yang sama, emosi yang sama, melakukan perkara yang sama setiap hari sudah tentu amat membosankan. Malah jika kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya, kejayaan yang kita perolehi juga adalah cuma kejayaan yang sama yang mungkin sudah tidak begitu membanggakan..

sebaliknya jika kita dalam kalangan orang yang gagal, tiada perubahan yang berlaku..keadaannya cuma sama dan mendatar sahaja. Hal ini sangat meletihkan dan tidak memberi apa-apa kesan dalam kehidupan kita yang sentiasa menuntut pembaharuan dan perubahan. Sebagai orang yang berfikiran jauh, bercita-cita tinggi, mempunyai impian, mempunyai harapan dan berdaya maju..lakukanlah transformasi dalam diri anda. Kita perlu membina persekitaran yang baru bagi membangkitkan perasaan inginkan sesuatu yang baru. Semngat ingin mencuba sesuatu yang baru merupakan prinsip orang yang sentiasa ingin menimba pengalaman tidak kiralah pengalaman itu nanti adalah satu pengalaman yang menarik ataupun sebaliknya. Pengalaman merupakan guru yang terbaik kepada seseorang yang sentiasa mengambil ia sebagai satu pengajaran yang berkesan dalam kehidupan.

Dengan membina satu persekitaran baru, kita sebenarnya telah memberi nafas semula kepada cara kehidupan kita agar lebih bersedia menghadapi perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Malah kita menjadi lebih bersemangat dan berkeyakinan menempuh cabaran-cabaran yang bakal kita lalui..Membina persekitaran yang baru ibarat membina satu personaliti baru yang berketrampilan lebih segar dan yakin. Kita akan memandang setiap persekitaran yang kita wujudkan dengan azam dan usaha untuk menjadi lebih berjaya, menjadi lebih membanggakan diri kita sendiri. Jadi, tidak salah jika kita dapat melakukan satu perubahan dengan membina persekitaran yang baru.

No comments:

Post a Comment