.

Thursday, June 4, 2009

..^HiLaNGKaN KeBimBanGaN, JauHKaN PRaSaNGka..^

Kebimbangan ialah suatu kebangkitan perasaan yang menunjukkan rasa cemas, ketakutan, kerisauan, keresahan, kegelisahan dan semua rasa yang merisaukan. Perasaan ini terlahir akibat rasa terancam oleh persekitaran yang mendesaknya bertindak atau bereksperesi sesuatu yang berada di luar kemampuannya. 

Perasaan bimbang ini juga akan menyebabkan seseorang menjadi sangat rendah diri, hilang keyakinan, gemuruh dan gugup serta menjadi takutkan kegagalan. Masalah kebimbangan boleh membawa kepada tahap kemurungan apabila rasa bimbang yang keterlaluan tidak dapat diatasi dan ditangani dengan baik. Biasanya kita akan mudah berasa bimbang bila rasa takut menguasai diri kita. Takutkan sesuatu yang masih dalam bayangan fikiran kita yang belum pasti kebenarannya adalah keadaan yang patut dihindarkan. Adakala perasaan bimbang juga dapat membantu kita menjadi lebih bersedia mengahadapi sesuatu kemungkinan dan membuat persiapan yang sewajarnya....Namun begitu peratus sebenar rasa bimbang ialah lebih kepada membawa kepada hasil yang negatif....
Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan berlakunya rasa bimbang ialah dengan cuba mengatasi perasaan itu melalui kaedah paling positif. Sudah menjadi lumrah pemikiran manusia ..yang suka membuat andaian, mempunyai prasangka dan juga mengesyaki sesuatu yang belum pernah berlaku atau pun tidak pernah langsung berlaku. 

Kebimbangan yang terjadi adakala hanya sia-sia kerana bimbang pada perkara yang tidak terjadi. Hilangkan perasaan bimbang pada setiapkali dengan menunggu sehingga ia benar-benar terjadi. Sekiranya kita tidak mahu berdepan dengan situasi yang membimbangkan itu maka langkah mengatasinya ialah membuat persediaan supaya ianya tidak akan terjadi. 

Contohnya dalam situasi sekarang kita sangat bimbang dengan peperiksaan SPM yang hampir tiba, bimbang kerana pencapaian kita masih di tahap yang tidak memuaskan..bimbang tidak dapat melanjutkan pelajaran seterusnya..bimbang masa depan kabur..bimbang dimarahi ibu bapa atau guru..bimbang dengan pandangan masyarakat..bimbang gagal..jalan penyelesaiannya janganlah membiarkannya dengan bimbang-bimbang sahaja sebaliknya lakukan sesuatu yang kita sudah pasti akibatnya..atasi kebimbangan itu dari sekarang sebelum apa yang kita bimbangkan benar-benar terjadi.

 Orang yang bimbang tapi tidak melakukan apa-apa untuk menghilangkan rasa bimbang itu ialah orang yang sangat penakut, sangat menyerah pada kerisauan seterusnya mencipta sebuah kegagalan. Binalah satu jati diri..berkesanggupan melakukan sesuatu yang boleh kita banggakan iaitu..jadi insan yang berjaya...Jauhi kebimbangan..

Menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Prasangka beerti membuat keputusan sebelum mengetahui fakta yang relevan mengenai objek tersebut. Awalnya istilah ini merujuk pada penilaian berdasar ras seseorang sebelum memiliki informasi yang relevan yang bisa dijadikan dasar penilaian tersebut. Selanjutnya prasangka juga diterapkan pada bidang lain selain ras. Pengertiannya sekarang menjadi sikap yang tidak masuk akal yang tidak terpengaruh oleh alasan rasional.

" Hidup dengan berprasangka terhadap orang lain adalah membatasi fikiran ke arah yang positif. Syak wasangka hanya memberi sangkaan yang tidak baik walhal kita belum pasti apakah prasangka kita itu benar-benar pasti sehingga memberi penilaian yang tidak wajar seterusnya membuat kesimpulan yang menghukum.. 

Bebaskan rasa prasangka dalam diri yang hanya menjauhkan kita dari pemikiran-pemikiran yang bersih dan mulia. Manusia ibarat sebuah kulit buku..kadangkala di luaran kulit buku itu memaparkan sesuatu yang menarik dan indah untuk dipandang namun di dalamnya belum tentu mempunyai isi yang menarik dan hebat. Betapa pula kulit buku yang di luarannya nampak buruk, tidak indah untuk dipandang namun jika ditelaah di dalamnya mempunyai isi yang hebat penuh berinformasi. 

Untuk melihat sesuatu kebaikan orang lain bukan dengan hanya memandang dan mendengar cerita-cerita buruk tentangnya tetapi mengkaji apakah yang kita lihat dan dengar itu mempunyai kebenaran..

Allah SWT benci kepada orang yang mudah berprasangka..kerana punca pergaduhan dan pertelingkahan manusia bermula dengan prasangka atau syak wasangka. Bila kita meragui orang lain, orang itu juga akan meragui kita. Keraguan dan perasaan mengesyaki ini sudah tentulah satu budaya yang tidak sihat dan boleh menyebabkan kita berpecah belah.

 Apabila kita menjadi orang yang suka berprasangka maka dalam tidak sedar, kita telah memiliki KEBENCIAN dan DENDAM di hati. Mari menjauhkan prasangka kita terhadap orang lain dengan berbuat baik kepada sesiapa sahaja tanpa ada rasa benci. InsyaAllah kita tergolong dari orang-orang berjaya yang disegani dan disanjungi bukan orang-orang berjaya yang angkuh dan sombong.." Jauhkan prasangka yang membelenggu diri kita.."

No comments:

Post a Comment