.

Sunday, May 10, 2009

..PerSePsi PeLaJaR terHadaP Masa DepaN..

Bolehkah kawasan berbatu ini satu hari nanti menjadi kawasan peranginan tumpuan pelancong?..
Setiap perubahan yang dilakukan adalah satu penghijrahan yang jihad..

Individu yang prihatin terhadap masa depan adalah individu yang mempunyai wawasan hidup. Perubahan perlu dilakukan dengan mengubah semua bentuk Kelemahan diri yang kita miliki kepada membina Kekuatan

Satu anjakan dalam diri untuk mewujudkan suatu kehidupan yang lebih terancang dan bermatlamat harus diperlengkap bagi menghadapi persediaan itu. Melihat kekurangan dan kemiskinan keluarga misalnya boleh menjadi pendorong dan pendokong mengapa anjakan paradigma perlu dilakukan. Perubahan merupakan satu penghijrahan yang Jihad bagi orang-orang yang memandang KEJAYAAN sebagai sesuatu yang mesti dicapai. Mungkin ketika berada di alam persekolahan, PERSEPSI pelajar terhadap masa depan kabur..serta bercelaru. 

Namun, jika diteliti 'impian' adalah jangkaan masa depan yang boleh diusahakan untuk dicapai...dan sebenarnya tiada jalan lain yang boleh membantu kita untuk berjaya selain daripada melakukan perubahan di dalam diri. Ubahlah sikap yang tidak boleh membawa kepada kejayaan kepada sikap-sikap yang dapat membantu kita mengecapi erti kejayaan..
Masa depan yang dapat dilihat dari sudut imaginasi anda menunjukkan anda mempunyai visi dan wawasan terhadap tanggungjawab kehidupan. 


Lihatlah lontaran idea bekas perdana menteri kita yang ke 4, Tun Dr Mahathir Mohammad mengenai wawasan 2020. Kita sedari bahawa wawasan 2020 menghasratkan negara mencapai sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia ini. Melangkah ke arah itu, pelbagai arus kemodenan telah diusahakan dan dijalankan malah apa yang kita nikmati hari ini merupakan usaha berterusan negara merobah kedudukan Malaysia di mata dunia sebagai negara yang gemilang dan terbilang. Pernahkah anda fikirkan di manakah kedudukan anda 10 tahun akan datang?..

Menurut Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, untuk meningkatkan kualiti akademik, kita perlu sentiasa membantu guru-guru krana sikap sebegini akan merapatkan hubungan kita dengan guru. Imam Shafie berpesan, antara cara mudah memperoleh ilmu adalah bersahabat dengan guru. 

Bukan bermaksud apabila bersahabat dengan guru bererti kita boleh melakukan apa sahaja seperti kita lakukan kepada teman-teman sepermainan. Ia bermaksud, anda mempunyai hubungan yang rapat dengan guru-guru, sentiasa membantu apabila diperlukan dan berbincang pelbagai masalah supaya dapat mencari jalan penyelesaiannya. 

Hubungan sebegini memberi peluang kepada anda supaya lebih mudah menerima bantuan daripada guru apabila diperlukan. Anda perlu ingat bahawa guru juga manusia biasa..sudah tentu setiap insan lebih mudah berurusan dengan orang yang lebih baik dengannya...

No comments:

Post a Comment