.

Friday, May 1, 2009

^MemPuNyai ImPiaN^


Setiap orang pasti mempunyai impian masing-masing. Ada yang mengimpikan hidup yang mewah, memiliki rumah besar, kereta besar atau mempunyai cita-cita yang besar. Apa pun impian kita, kesungguhan dan usaha itu yang akan merealisasikan impian menjadi realiti. Merealisasikan impian tidak semudah mempunyai impian kerana hanya orang yang benar-benar menyedari bahawa IMPIAN adalah sesuatu yang sukar digapai bila kita menjadikannya cuma sebagai angan-angan sahaja. Semasa saya berusia 10 tahun, saya mempunyai cita-cita menjadi seorang penulis buku, setiap hari saya akan menulis apa sahaja pengalaman yang dilalui oleh teman-teman. Apa sahaja luahan teman-teman saya akan terjemahkan semula dalam bentuk cerita. Saya mempunyai IDOLA iaitu seorang kakak di sekolah saya. Saya selalu kagum dengan kejayaannya baik dari segi pelajaran mahupun bidang kepimpinan malah dia juga sangat aktif dalam sukan. Ketika idola saya menerima anugerah pelajar cemerlang, pelakon perempuan terbaik dan tokoh pelajar terbaik, saya berasa sangat CEMBURU...


Suatu hari, saya berkesempatan berkongsi cerita dan bertukar-tukar pendapat dengan idola saya dan sehingga hari ini saya tidak melupakan pertanyaan pertama yang dikemukakan kepada saya "Apakah impian adik?" Pada waktu itu saya memang tidak mengerti mengenai cita-cita dan impian...maka saya diam dan tidak menjawab soalannya. Tetapi dia menjawab bagi pihak saya, menjelaskan tentang kejayaan, harapan dan kesungguhan. Saya melihat dia sebagai seorang yang sangat bermotivasi tinggi dan saya sangat kagum dengan keberanian, keyakinan serta ciri-ciri yang ada dalam dirinya. Dia pernah menasihati saya bahawa hidup perlu ada impian kerana dengan impian itulah kita akan berusaha untuk menjadikannya sebagai satu realiti.
Hari ini, setiapkali saya memandu kereta impian saya 'VIOS'..saya akan rasa teruja. Jika anda pernah berjaya memenuhi impian anda..jalan menuju impian itu tidaklah mudah. Kita perlukan banyak pengorbanan dan perjuangan. Sebelum memiliki kereta impian saya, banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi..hanya dengan kesungguhan dan USAHA sahaja kita mampu melakukannya. Di sebalik memiliki kereta impian ini juga ia merupakan hadiah yang sangat bermakna kerana saya telah menghadiahkan KERETA IMPIAN ini kepada diri saya sendiri setelah saya menamatkan pengajian dalam bidang sarjana tahun lalu. Ini bermakna sebelum saya berjaya memiliki kereta impian, saya perlu berusaha mencapai impian memiliki sarjana untuk meneruskan cita-cita dan impian saya seterusnya...Jika kita memandang halangan sebagai batu penghalang, memang tidak ada jalan untuk kita teruskan perjalanan sebaliknya jika kita memandang halangan sebagai cabaran, InsyaAllah jalan menuju IMPIAN akan menjadi kenyataan....

No comments:

Post a Comment