.

Sunday, May 10, 2009

..KunCi-KunCi KeJaYaaN..

It is not the mountain that we conquer but ourselves..
Pada mulanya semua perkara SUSAH sebelum menjadi SENANG!
Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah
Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil..
(robert kennedy)

Mempunyai sikap positif dan keyakinan diri serta tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan lebih baik. Dengan memiliki sifat-sifat begitu, kita lebih bersedia menghadapi bermacam-macam kemungkinan. Perkara yang kelihatan payah dan sukar juga mustahil bagi orang lain akan menjadi mudah pada kita. Berbeza dengan orang yang tidak bermotivasi biarpun perkara itu mudah untuk dihadapi ia tetap sukar dan mustahil baginya..
'KEMAHUAN' adalah laksana beliung tajam yang mampu merintis jalan
di hutan yang tebal......
(charles dicken)

'Hutan tebal' ibarat hidup yang penuh dengan pancaroba. Ia penuh dengan cabaran dan halangan serta liku-liku. Kita perlu bersaing dengan orang lain untuk kehidupan yang lebih selesa. 'Beliung tajam' dikaitkan dengan kemahuan..hutan yang tebal dapat ditempuhi dengan mudah jika kita menggunakan beliung tajam. Asalkan kita mempunyai kemahuan yang kental untuk melakukan sesuatu, apapun dapat diperoleh berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai kemahuan, hidup akan menjadi lebih sukar ibarat menggunakan beliung yang tumpul berjalan ke dalam hutan yang tebal. Bukan sahaja maksud tidak tercapai, tenaga yang dicurahkan pun tidak membawa pulangan yang diharapkan.

Saya tidak kalah apabila berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya
tidak BANGUN semula...

Sekali jatuh, tidak bangun-kalah. Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun-tidak kalah. Setiap orang pernah jatuh. Hanya mereka yang bangun selepas setiap kejatuhan, akhirnya akan menjadi juara...jika selepas sekali peperiksaan yang menggagalkan anda, sudah berputus asa, sudah pasti anda akan gagal selama-lamanya. Kekalahan hanya akan berlaku sekiranya kita tidak bangun semula selepas jatuh..

Kemenangan bermula dari dalam fikiran...

Percayalah, jika kita menyertai apa jua aktiviti yang mencabar minda dan kemampuan dan memulakan sebarang tugas dengan bersikap pesimis, nescaya kita akan kecundang kerana kemenangan sebenarnya bermula dari dalam akal fikiran. Ini bermakna apabila kita berhadapan dengan apa-apa tugas sekalipun, kita hendaklah terlebih dahulu meyakini kemampuan diri dan sentiasa optimis kita akan berjaya. Walaupun pendirian seperti ini belum menjamin kejayaan sepenuhnya, namun ini penting jika ingin berjaya...

To get the best I always give my very best..
Sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus dan benar-benar bersedia mengahadapi sesuatu cabaran nescaya kemampuan yang kita miliki akan meningkat dengan lebih ketara. Lagi kuat kita berusaha, maka lagi baiklah nasib kita. Hasil yang kita peroleh adalah selaras dengan usaha yang dicurahkan..

Kejayaan bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan,
tetapi mencuba sekali lagi dengan lebih baik setiapkali
setelah membuat kesilapan...

Orang yang tidak pernah atau takut melakukan sebarang kesilapan jarang berjaya. Apabila kita melakukan sesuatu kerja yang besar, kita berkemungkinan membuat beberapa kesilapan-kesilapan besar atau kecil. Selagi kita belajar dari kesilapan tersebut, kita boleh maju kehadapan. Bagi mereka yang takut membuat kesilapan, takut kegagalan dan takutkan perpisahan..mereka hanya membataskan diri mereka membuat kerja-kerja biasa sahaja. Kejayaan yang diperolehi juga cuma kejayaan yang biasa sahaja..

Do what you can with what you have right where you are..
Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada, di mana sahaja anda berada. Jika kita hendak melakukan sesuatu kerja janganlah menunggu masa, tempat dan situasi yang ideal. Pada ketika kita berusaha, ketika itulah yang dikatakan masa dan tempat yang ideal. Kalau kita hanya berpeluk tubuh sahaja dan menunggu sehingga maklumat, peralatan dan bantuan mencukupi baru hendak memulakan sesuatu kerja, sampai bilapun kerja tidak akan menjadi...
The largest room in the world is room for
SELF-IMPROVEMENT

Ruang yang paling besar di dunia ini ialah ruang untuk memperbaiki diri sendiri. Kecemerlangan diri sebenarnya tidak ada had atau batasan. Sejauh manapun sangkaan kita terhadap kehebatan diri, masih ada banyak ruang lagi untuk memperbaiki diri sendiri. Justeru, kita hendaklah sentiasa mencari jalan memperbaiki prestasi diri sendiri. Bermakna usaha untuk memperbaiki diri sendiri tidak ada sempadan. Walau hebat macam mana sekalipun pencapaian kita setakat ini, ia tetap boleh diperbaiki, walaupun sedikit dan jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada...

No comments:

Post a Comment