.

Wednesday, October 3, 2012

Perspektif Hidup..

Memandang ke dalam diri, adakalanya kita sedar apa yang sedang berlaku dan kita cuma membiarkan saja ianya terjadi. Sehinggalah suatu hari kita disentakkan oleh tangisan hati, ketika itu baru kita mengaku bahawa semua yang berlaku itu kerana kelalaian diri kita sendiri. Manusia memang selalu terlupa walau sudah diberi peringatan. Kita akan mencari cahaya apabila berdepan dengan kegelapan. Kenapa rasa bersalah? kenapa melakukan kesilapan?kenapa berada di atas jalan yang salah?kenapa memilih yang salah?kenapa mencipta kesilapan?kenapa memilih untuk menangis?bersedih?....bukankah kita sendiri yang membuat keputusan?

Dalam mengharungi kemelut hidup, setiap hari kita akan membuat keputusan terhadap persoalan hidup yang mungkin mudah dan adakalanya sukar. Sehebat mana pun kita, Allah menguji tanpa henti untuk menjadikan kita insan yang kuat dan cekal. Tatkala kita terpilih membuat keputusan yang salah, kita telah diuji dengan begitu hebat. Sengaja dititipkan rasa kecewa supaya adanya rasa keinsafan, rasa sabar, rasa syukur terhadap ujian hidup.

Menangislah...
semahu hati, sepenuh perasaan..Allah mendengar dan sentiasa bersama. Rupa-rupanya RAHSIA Allah terhadap hambaNya tidak tercapai oleh akal kita. Sewaktu kita sangat kecewa dan bersedih tiada siapa pun yang mendekati memujuk hati kita. Tak siapa pun menyedari yang kita sedang menangis...tidak ada sesiapapun yang dapat membaca gelojak hati yang tak menentu hala. Tapi Allah tahu..

Walaupun kita pernah memilih jalan yang salah, kita masih boleh berpatah balik menckari jalan yang betul agar tidak terus tersesat. Kita masih berpeluang membuat keputusan yang betul selepas membuat keputusan yang salah. Tiada siapa yang berhak untuk menghukum kita kecuali Allah SWT? Dia maha pengampun..menerima taubat hambanya yang tulus berdoa. Jangan terlalu bersedih kerana Allah mendatangkan ujian untuk memberi sesuatu yang lebih baik untuk kita. Kita mesti Redha..Redha mendidik hati kita menjadi lebih ikhlas. Betapa besar erti SABAR..hanya orang-orang yang sabar  akan diberi kehebatan hati.

Adakala kita dipertemukan dengan orang yang salah pada setiapkali. Barangkali orang yang dikatakan salah itu sebagai cabaran hidup untuk kita melihat kembali pada kekurangan diri. Tanpa kelemahan diri..kita tidak mungkin menjadi lebih sempurna. Kadang-kadang kita yakin kita tidak mungkin melakukan perkara yang tidak masuk akal kerana kita fikir kita adalah tergolong daripada golongan orang-orang terpelajar..tapi sebenarnya silap, status pendidikan belum menjamin kita akan selalu melakukan perkara yang betul. Itu rahsia Allah untuk memilih sesiapa sahaja untuk diuji..

Ketika kita meletakkan cinta pada manusia, kita selalu mengharapkan cinta itu boleh membahagiakan..cinta itu memberi satu makna dalam kehidupan. Kita rasakan cinta itu memberi kekuatan dan dorongan jiwa untuk meneruskan perjalanan hidup. Cinta seolah-olah telah mewarnai kehidupan yang selama ini dirasakan sepi. Itu cuma seketika...sewaktu kita sedang mengenali ..sewaktu kita sering dipuji..sewaktu kita sangat penting di sisinya..sewaktu kita begitu dihargai...cinta dijulang tinggi sehinggakan kita mengorbankan waktu untuk mengingatiNYA. ALPA Menikmati hari-hari yang begitu indah. Rupanya cinta yang kita rasakan itu hanyalah satu persimpangan hidup. Cinta sesama manusia hakikatnya bukanlah milik kita. Bila-bila masa sahaja akan ditarik kembali walaupun kuat mana kita simpulkan. Hidup ini sebagai pinjaman, kita akan kembalikan semula semua yang kita pinjam ini. Mungkin sewaktu kita meminjam itu, banyak yang telah kita laburkan dan menganggapnya milik kita. Sebenarnya bukan milik kita..milik Allah. Belajar menghargai pemberian kelak kita tidak kesal dengan apa yang telah berlaku.

Untuk menjadi seorang yang berjaya banyak liku-likunya..cabarannya...begitulah jua untuk menjadi ahli syurga. Redha setiap ujian yang diberikan akan menjadikan kita insan yang lebih baik. Kita kena yakin dengan pertolongan Allah selagi mana kita mengingatiNYA.Berjalanlah dengan hati yang redha..hidup ini adalah satu destinasi yang dibayangi perspektif hidup..


No comments:

Post a Comment