.

Tuesday, March 10, 2009

MeNcaRi KeKuaTaN DaRi KEGAGALAN

Ada orang berjaya kerana pernah gagal dalam kehidupannya..Ada juga yang sukses kerana banyak kali bangun dari kegagalan. Tidak mustahil ramai dalam kalangan cendiakawan, para ilmuan, ahli-ahli akademik merupakan orang-orang yang pernah gagal..

Benarkah Kegagalan merupakan permulaan bagi sebuah Kejayaan?? Jika anda pernah merancang untuk berjaya anda pasti merasai bagaimana pedih melaksanakan misi kejayaan itu. Setidak-tidaknya anda tentu berasa cemas, kecewa, hampa dan mungkin berputus asa apabila rancangan anda gagal..

Bukannya mudah apabila kita perlu menerima hakikat bahawa kita telah "GAGAL"..Tiada sesiapa pun di dunia ini yang dengan terbuka hati menerima kegagalan. Erti kegagalan adalah pengalaman yang amat menakutkan bagi setiap orang yang memiliki impian untuk berjaya. 

Ia mungkin menjadi mimpi ngeri bagi orang yang tidak mahukan kekalahan dengan menerima dirinya telah pun gagal..Hari ini misalnya, sewaktu keputusan peperiksaan STPM diumumkan..lihatlah wajah-wajah yang sedang merenung keputusan yang diperolehi..sambil bercakap dengan hatinya sendiri..
"aku gagal..aku dah jangka"
"aku dah cuba tapi apa boleh buat", 
"kenapa aku gagal?", 
"wah..hebatnya aku gagal semua mata pelajaran" ...


Tahukah anda kegagalan anda dalam apa jua bidang yang anda ceburi secara sedar mahupun tidak sedar adalah dirancang. Anda merancang untuk gagal apabila anda tidak melakukan apa-apa pun untuk berjaya..anda tidak ada perancangan untuk mencipta kejayaan bermakna anda telah merancang untuk gagal. 

Orang yang mempunyai cita-cita yang sangat tinggi tetapi hanya menyatakannya tidak mungkin dapat memenuhi cita-citanya. Setiap apa yang kita mahukan mestilah disusuli dengan tindakan yang dihasilkan oleh rancangan yang sangat teliti...

Adalah mustahil seseorang yang sedang lapar boleh kenyang dengan sendiri tanpa menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Dan ketika menyuapkan makanan itu pun anda perlu tahu bagaimana makanan itu dapat kita perolehi..makan pun perlu dirancang supaya kita kenyang..

Jika hari ini anda gagal..tidak mengapa..kerana proses kejayaan perlu ada banyak kegagalan. Ketika anda masih kecil...setiap pergerakan lokomotor anda penuh dengan kegagalan..anda jatuh ketika belajar berdiri..adakah selepas jatuh..dan menangis anda terus tidak pandai berjalan? 

Ketika belajar berlari..anda terjatuh dan luka..adakah anda serik lagi untuk mencuba lagi? Lihatlah ke dalam diri anda...sejak kecil hingga anda dewasa..tanpa anda sedari anda telah membina kekuatan yang sangat luar biasa..kenapa? kerana anda tidak berputus asa mempelajari semua kemahiran berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. Walaupun tercedera, terluka anda masih terus mencuba..sehingga anda menjadi dewasa anda menjadi seorang atlit berlari yang hebat..bermula dari asas kawalan motor perkembangan lokomotor sejak anda masih seorang bayi..

Jika hari ini anda gagal, anda perlu bangun kerana orang yang gagal itu adalah orang yang terjatuh...jadi bangkitlah untuk terus berjalan..anda cuma perlu kuatkan kaki anda untuk berdiri supaya anda mampu berjalan semula. Gagal bukan bermakna anda sudah tidak boleh melakukan tetapi gagal memberi kekuatan untuk anda mencari kelemahan dan memperbaiki kesilapan diri. Orang yang berani berdepan dengan kegagalan adalah orang yang sangat hebat berbanding orang yang berjaya..Cuba anda bayangkan orang yang menang setelah bangkit dari kekalahan?...

Kekuatannya sgt luar biasa...dan kita akan ada kuasa yang luar biasa dalam diri kita apabila kita telah mengalami kegagalan.
Apabila anda telah menjumpai kekuatan dari kegagalan-kegagalan yang pernah anda alami..anda sebenarnya mengkaji kelemahan diri anda. 

Anda akan belajar menilai kesabaran, mengumpul ketabahan dan berusaha dengan gigih untuk mengejar matlamat sebenarnya...anda akan bersedia menempuh semua kesukaran, kepayahan dan halangan dengan lebih bersedia..anda sebenarnya sedang merancang untuk berjaya...Oleh itu jangan takutkan KEGAGALAN kerana di dalamnya ada kekuatan...


No comments:

Post a Comment