.

Sunday, March 8, 2009

MeLiHaT PoTenSi dan KeMamPuaN Diri


Anda adalah apa yang anda hasilkan..apabila anda bersedia di kritik atau menerima kelemahan diri dengan hati yang terbuka, anda belajar bagaimana memperbaiki ruang dalam diri anda agar menjadi lebih sempurna..Mencipta satu kekuatan dalam kelemahan itu adalah mencabar keegoan diri anda..

Tidak salah jika anda meruntuhkan tembok yang menghalang anda melihat potensi diri yang menjadikan anda seorang yang berkemampuan..Yakinlah setiap orang mempunyai potensi diri..terpulang kepada cara masing-masing untuk melihat sejauh mana potensi diri anda dapat dibangunkan oleh diri anda sendiri..

Apabila anda ingin melakukan sesuatu..setiap yang anda lakukan pastikan tidak ragu-ragu dan teragak-agak. Lontarkan semua perkara yang sering anda fikirkan MUSTAHIL atau TIDAK MUNGKIN kerana ia hanya menjadi halangan untuk anda memulakan langkah. Anda tidak akan mendapat jawapan bagi semua persoalan sehingga anda sendiri mengalaminya sama ada gagal ataupun berjaya..Jika anda sentiasa ingin mencabar kemampuan diri..anda adalah seseorang yang sentiasa melihat sejauh mana potensi diri...
Tidak ada yang mustahil..InsyaAllah..semuanya bermula dari hati..

No comments:

Post a Comment