Bagaimana STRESS boleh merealisasikan impian kita?Bolehkan anda percaya stress mampu menjadikan impian anda sebagai suatu kenyataan? Jika anda tidak percaya, pujuklah hati anda supaya percayakannya kerana selagi anda tidak mempercayai diri sendiri bagaimana anda boleh mempercayai orang lain?...Saya bagi contoh yang paling mudah menerima stress. Menghadapi peperiksaan adalah suasana stress yang sering berlaku kepada setiap individu termasuklah diri saya sendiri. Kita menduduki peperiksaan untuk pengukuran dan penilaian, menilai tahap kemampuan dan kebijaksanaan kita dalam sesuatu bidang yang kita pelajari. Jadikan stress sebagai ancaman untuk kita gagal...tentu kita tidak mahu gagal kan?...so bertindaklah melakukan sesuatu ke atas stress itu supaya ia tidak lagi berbentuk ancaman. Jika anda bersedia menerima ancaman tanpa rasa takut bermakna anda telah menyelesaikan masalah anda dengan baik. Begitu juga dengan stress...asalkan anda berani mengambil risiko, anda pasti akan cemerlang. Sama lah juga bila kita memulakan perniagaan, perkara utama yang perlu kita fikirkan ialah risiko kerugian....jika kita tidak sanggup mengambil risiko sampai bila-bila pun kita akan selalu fikirkan berniaga itu akan menyebabkan kita rugi...betul kan? Bersedia menerima stress bermakna kita sedang merealitikan impian....selamat mencuba!!
Monday, October 11, 2010
StRess MeReaLiTiKaN ImPiaN

Sunday, October 10, 2010
BesarKan Hati BesarKan Jiwa
Hidup ini tidak selalunya tenang, adakala dilambung ombak terdampar di tepian..terbiar sepi tidak diendahkan. Jika kita berasa kita bersendirian, sebenarnya ramai lagi yang senasib dengan kita malah ada juga yang terpaksa mengisi ruang kekosongan dengan serpihan-serpihan luka kecewa. Jika kita memandang hanya dari satu aspek, memanglah kita merasakan semua 'rasa' hanya kita sahaja yang ada tanpa memikirkan betapa orang lain juga meniti jambatan yang sama cuma kadang-kadang kita tak melihat kerana kita cuma memikirkan diri kita sahaja...Bila kita keseorangan, kesedihan adalah teman yang paling dekat..
Bila kita kesepian, tangisan adalah tempat di mana kita mengadu..
Bila kita kerinduan, ingatan adalah kenangan yang berpadu....
Kehidupan ini sudah tentulah ada geloranya, sesekali tenang di sapa badai yang mengusik jiwa. Bukankah tiap-tiap sesuatu yang berlaku itu kerana bersebab?...Kenapa kita jarang memikirkan sebab-sebab itu dan menjadikan setiap yang bersebab itu sebagai satu renungan ke dalam diri kita sendiri? Andainya bicara kita pernah melukakan hati insan lain, maka tidak mustahil lah bila sesekali kita dilukai...andainya sikap kita pernah menerbitkan rasa benci di hati orang lain maka sudah tentulah kita juga mempunyai rasa yang sama....tidak semua perkara di atas dunia ini baik-baik semuanya dan tidak semua yang tidak baik itu tidak berguna kepada kita. Jika kita belajar bagaimana untuk memperbaiki diri, kita mungkin tak mudah melatah...setiap ujian yang didatangkan kepada kita pasti ditempuhi dengan hati yang penuh sabar, tidak kiralah betapa besar pun ujian itu. Kadang-kadang kita ego untuk mengaku bahawa kita pernah rasa bersalah..pernah melakukan kesilapan..disebabkan keegoan itulah kita mengekalkan rasa dendam di dalam hati sehingga sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita. Bila kita menyimpan rasa marah terhadap seseorang...memang kita menerbitkan rasa benci seterusnya tidak pernah menyukai apa-apa pun yang orang itu lakukan walaupun untuk tujuan kebaikan. Pernahkah kita betul-betukl mengenali diri kita sendiri sebelum kita menghukum orang lain?...
Dalam hidup ini, cabaran yang paling besar adalah bersabar....hanya insan yang berjiwa besar akan mampu mengenepikan semua rasa yang tak baik di dalam hatinya...hanya insan yang berhati besar yang sanggup melalui jambatan ujian ini dengan sebaik-baik perjalanan..maka bila ditimpakan kepadamu sesuatu halangan, rintangan, kesusahan....besarkan lah hatimu..besarkan jiwamu untuk menempuhinya...
Subscribe to:
Comments (Atom)