.

Friday, March 16, 2012

MENYEBERANGI KEKALAHAN DI DALAM DIRI


Pertandingan Pembudayaan Keusahawanan 
Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2011

Johan Pertandingan Pembudayaan Keusahawanan 
Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Johor 2011
Tidak salah jika kita berani mencuba kerana sifat keberanian itu mendidik kita menjadi lebih yakin dalam semua tindakan. Namun tidak semua yang kita lalui akan berjalan dengan lancar, sudah pasti kita akan menemui aras kesukaran yang perlu ditempuhi. Seberapa banyak usaha yang kita pertaruhkan dalam menentukan matlamatnya sebanyak itulah juga yang terhasil. Seberapa besar impian dan harapan yang diletakkan..sebegitulah cabaran yang tergalas di bahu.

Tidak ada perkara yang boleh terjadi dengan sendiri melainkan kita yang merancang atas setiap perkara itu. Bukan semua perancangan kita akan menjadi realiti kecuali sifat berani kita mengatasi semua ketakutan yang berdiri sebagai halangan. Sebenarnya setiap kejayaan itu setelah kita berjaya MENYEBERANGI KEKALAHAN DI DALAM DIRI. Setiapkali kita memperbetulkan kesilapan dalam diri maka kita mencipta satu kekuatan yang tersembunyi..setiapkali kita mengakui kelemahan yang tersimpan, kita menukar kelemahan itu kepada kelebihan yang tidak dijangkakan. Setiapkali kita melihat sesuatu yang kecil itu sebagai benda yang besar maka kita telah melihat potensi dalam diri kita. Sebenarnya segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan perkara-perkara negatif yang berkaitan dengan diri kita adalah satu kekalahan jika kita biarkan sebaliknya jika kita menyeberangi kekalahan itu..kita telah mencipta sesuatu yang kita sendiri tidak terfikirkan.

Adakala kita tidak tahu sejauh mana kejayaan yang boleh kita gapai sehinggalah kita melakukannya tanpa rasa kalah..tanpa rasa berputus asa..tanpa mengenal erti tewas. Renangilah kekalahan dengan jiwa yang besar...kita akan tahu bila kita berani untuk berjalan..berani menyeberangi segala kekalahan dalam diri yang hanya menjadi halangan.