.

Monday, October 11, 2010

StRess MeReaLiTiKaN ImPiaN

Selalunya bila kita stress, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan mengikut kewarasan akal dan fikiran. Pemikiran menjadi buntu..kepala menjadi migrain dan kita tidak dapat menghabiskan kerja yang terbengkalai. Bukan mudah sebenarnya mengatasi stress, semuanya bergantung kepada diri individu itu sendiri. 'Nak atau tak nak ' seperti kata penulis terkenal tanah air kita dalam judul bukunya Dr. HM Tuah Iskandar. Apa kata kali ini bila kita mengalami stress kita menghadapi stress itu dengan "MEREALITIKAN IMPIAN"... sebagai contoh, bila tugasan yang diberikan kepada kita itu menyebabkan kita stress, kita terima rasa stress itu dengan make it slumber meaning that anggap stress itu sebagai challenger...if we can fight with the stress..we are consider win. Lawan stress dengan berani mengambil risiko...in other word just try first..then we see the result how...Dengan menggunakan kaedah eksperimen, kita lihat hasilnya...keberkesanannya. Biasanya bila kita bersungguh-sungguh melakukan tugasan dalam keadaan stress kita akan dapat menghasilkan sesuatu yang menakjubkan...Pernahkah mencubanya? Jika belum, saya mencadangkan anda bolehlah mencubanya bila menghadapi situasi stress ini. Jika anda takut gagal mengawal stress, cubalah dengan stress yang kecil dahulu. Tahukan anda proses 'try and error'? Dalam programming kita selalu 'run' program atau perisian yang kita cipta untuk configure sama ada program kita run successful atau pun tidak, biasanya jika ada error kita akan configure dan try lagi sehingga lah berjaya. Alangkah baiknya jika formula yang sama itu kita guna pakai dalam kehidupan kita. Jadikan stress sebagai faktor kita menetapkan matlamat yang boleh memenuhi impian kita.

Bagaimana STRESS boleh merealisasikan impian kita?Bolehkan anda percaya stress mampu menjadikan impian anda sebagai suatu kenyataan? Jika anda tidak percaya, pujuklah hati anda supaya percayakannya kerana selagi anda tidak mempercayai diri sendiri bagaimana anda boleh mempercayai orang lain?...Saya bagi contoh yang paling mudah menerima stress. Menghadapi peperiksaan adalah suasana stress yang sering berlaku kepada setiap individu termasuklah diri saya sendiri. Kita menduduki peperiksaan untuk pengukuran dan penilaian, menilai tahap kemampuan dan kebijaksanaan kita dalam sesuatu bidang yang kita pelajari. Jadikan stress sebagai ancaman untuk kita gagal...tentu kita tidak mahu gagal kan?...so bertindaklah melakukan sesuatu ke atas stress itu supaya ia tidak lagi berbentuk ancaman. Jika anda bersedia menerima ancaman tanpa rasa takut bermakna anda telah menyelesaikan masalah anda dengan baik. Begitu juga dengan stress...asalkan anda berani mengambil risiko, anda pasti akan cemerlang. Sama lah juga bila kita memulakan perniagaan, perkara utama yang perlu kita fikirkan ialah risiko kerugian....jika kita tidak sanggup mengambil risiko sampai bila-bila pun kita akan selalu fikirkan berniaga itu akan menyebabkan kita rugi...betul kan? Bersedia menerima stress bermakna kita sedang merealitikan impian....selamat mencuba!!

Sunday, October 10, 2010

BesarKan Hati BesarKan Jiwa


Hidup ini tidak selalunya tenang, adakala dilambung ombak terdampar di tepian..terbiar sepi tidak diendahkan. Jika kita berasa kita bersendirian, sebenarnya ramai lagi yang senasib dengan kita malah ada juga yang terpaksa mengisi ruang kekosongan dengan serpihan-serpihan luka kecewa. Jika kita memandang hanya dari satu aspek, memanglah kita merasakan semua 'rasa' hanya kita sahaja yang ada tanpa memikirkan betapa orang lain juga meniti jambatan yang sama cuma kadang-kadang kita tak melihat kerana kita cuma memikirkan diri kita sahaja...

Bila kita keseorangan, kesedihan adalah teman yang paling dekat..
Bila kita kesepian, tangisan adalah tempat di mana kita mengadu..
Bila kita kerinduan, ingatan adalah kenangan yang berpadu....
Kehidupan ini sudah tentulah ada geloranya, sesekali tenang di sapa badai yang mengusik jiwa. Bukankah tiap-tiap sesuatu yang berlaku itu kerana bersebab?...Kenapa kita jarang memikirkan sebab-sebab itu dan menjadikan setiap yang bersebab itu sebagai satu renungan ke dalam diri kita sendiri? Andainya bicara kita pernah melukakan hati insan lain, maka tidak mustahil lah bila sesekali kita dilukai...andainya sikap kita pernah menerbitkan rasa benci di hati orang lain maka sudah tentulah kita juga mempunyai rasa yang sama....tidak semua perkara di atas dunia ini baik-baik semuanya dan tidak semua yang tidak baik itu tidak berguna kepada kita. Jika kita belajar bagaimana untuk memperbaiki diri, kita mungkin tak mudah melatah...setiap ujian yang didatangkan kepada kita pasti ditempuhi dengan hati yang penuh sabar, tidak kiralah betapa besar pun ujian itu. Kadang-kadang kita ego untuk mengaku bahawa kita pernah rasa bersalah..pernah melakukan kesilapan..disebabkan keegoan itulah kita mengekalkan rasa dendam di dalam hati sehingga sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita. Bila kita menyimpan rasa marah terhadap seseorang...memang kita menerbitkan rasa benci seterusnya tidak pernah menyukai apa-apa pun yang orang itu lakukan walaupun untuk tujuan kebaikan. Pernahkah kita betul-betukl mengenali diri kita sendiri sebelum kita menghukum orang lain?...

Dalam hidup ini, cabaran yang paling besar adalah bersabar....hanya insan yang berjiwa besar akan mampu mengenepikan semua rasa yang tak baik di dalam hatinya...hanya insan yang berhati besar yang sanggup melalui jambatan ujian ini dengan sebaik-baik perjalanan..maka bila ditimpakan kepadamu sesuatu halangan, rintangan, kesusahan....besarkan lah hatimu..besarkan jiwamu untuk menempuhinya...