.

Thursday, April 30, 2009

PuiSi ..PerJuangaN..

Jauh..
Kembara menyusur jalan halangan
Menjejak busur perjalanan
adakala termuntah pada paksi cabaran..
Hidup masih terus dibuktikan
biar payah dalam gelombang resah
biar pedih dalam jiwa yang basah..

Jauh..
Hitung panjang kehidupan
Menentang arus melawan pertaruhan
Di hujung menara
sebagai persinggahan
Sebenarnya hidup satu perjuangan
yang masih jauh untuk diabadikan...............

hasil nukilan:luvbieyuk


PuiSi ..^RaPuH^..

Seluruh cinta yang ada
ternoktah kata satu bicara
di ranting hati tersisip rahsia
selautan kasih tugu petanda
janji di hati dimeterai senjadi selekoh..

bersimpang satu jiwa
mati rasa pada seluruh erti duka
kecewa terpukul tersisih terluka
degil hati pada seluruh makna cintahati....

Rapuh
berbisik rasa terharu kata
terbuai rasa syahdu berbicarahati...

Rapuh
tercalar pedih rasa menyiksa
berbekam darah beku nyatahati..

Rapuh
berbisa menikam belati jiwa
terharu menyentak menyesak dada
Seluruh cinta yang adatak terhenti
menoktah pilunya

di dahan berpaut kota rasa
selangit terbentang mendung bicara...
--------------
hasil nukilan : luvbieyuk..

Monday, April 27, 2009

...MeNgeNaLi DiRi daN MeLakukaN PerUBaHaN...

Nama-nama seperti Imam al-Ghazali, Ibnu Khaldun, Imam Shafie, Shakespeare, Einstein, Ford dan juga tokoh-tokoh lain yang telah banyak meninggalkan jasa dan sumbangan sehingga mereka terus terpahat di ingatan. Apakah sebabnya idea dan pemikiran mereka masih diguna pakai sehingga ke hari ini?, bahkan dikaji juga..adakah kerana mereka itu dilahirkan dengan keistimewaan yang luar biasa yang tidak ada pada kita?..

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran menunjukkan kejadian setiap manusia itu adalah sama. Setiap manusia sudah tentu mempunyai bakat atau kebolehan semula jadi yang istimewa pada diri masing-masing dalam pelbagai bidang. 

Oleh yang demikian, semua tokoh yang telah dinyatakan adalah mempunyai tahap kecerdasan yang sama namun, yang mungkin membezakan mereka daripada orang lain ialah mempunyai bakat atau kebolehan semula jadi yang istimewa dalam bidang-bidang tertentu. Menurut Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, persoalan bakat ini adalah sifat semula jadi individu, tapi perlu disedari bahawa setiap kemahiran itu boleh dipelajari bagi mengimbangi bakat-bakat itu. Terdapat pepatah mengatakan 'kepimpinan itu boleh dipelajari dan bukannya dilahirkan'...
Nobody is nobody, everybody is somebody...kita adalah apa yang kita selalu fikirkan..jika kita boleh mengenalpasti tahap kebolehan dan keistimewaan yang ada pada diri kita, kita juga boleh mencetuskan satu perubahan yang sangat besar dalam diri iaitu bersedia menjadi orang yang hebat..

i will never 4get every precious moment wit u guyz

wat's a b'daY surPrise dat really unforgetable..huh
WeLL celebratiOn planning from u guyz..tQ!

LuV wit daR daR..

LuV wit Sha...

LuV wit Ucu..


LuV wit ATuL..

LuV wit Ct HoT..

LuV wit Mc Na..

LuV wit RoSe..

LuV wiT Mar..

LuV wit YaD..

LuV wiT aNgah...

LuV wiT MarShid..

LuV wiT Mc Da...


so..unpredictable guYzz

LoOk so Tired but becoz of de Frendship..wat so amazing!!

waT a biG H.E.A.R.T gifted..thanks everybody

Sumtym i dun no hoW 2 Thanks dis precious momeNt..

heY guyZ wat's loVeLy freNs gifTed to Me..4suRe i will NeveR 4get every precious Moment wit aLL of u...thanks GoD!

Sunday, April 26, 2009

MeNcaBar KemamPuaN daN KeboLeHan DiRi


Pernahkah anda berasa puas hati atau seronok dengan apa yang anda lakukan pada setiap hari? Atau...anda berasa selalu ada kekurangan dan tidak lengkap walaupun anda telah mencuba sedaya upaya untuk membuat anda seronok dengan apa yang anda lakukan? Persoalan ini hanya anda sahaja yang boleh menjawabnya. Sama ada anda berpuashati dengan diri anda atau sebaliknya hati anda lebih tahu. Tahukah anda apa yang dikatakan kepuasan diri? Orang yang mencari kepuasan diri meletakkan kecemerlangan sebagai satu usaha dalaman yang menolak kendirinya bermotivasi tinggi untuk mencapai sesuatu. Apapun yang membuat kita sukses ialah bila kita mampu mengotakan apa yang di kata. Untuk berjaya..rintangannya adalah cabaran untuk 'melaksanakannya'..Setiap orang boleh bercakap, memberi pandangan, mengkritik dan memprotes. Sedar atau tidak sedar kita jarang menegaskan bagaimana percakapan seseorang direalitikan?..mengapa pandangan seseorang perlu diterima secara terbuka dan membina?..Adakah kritikan seseorang boleh mengubah keegoan kita dan lebih optimis? atau betulkah orang yang selalu memprotes itu lebih banyak mengancam keupayaan kita melakukan sesuatu yang kita perlu laksanakan? Persoalan-persoalan inilah yang selalunya diketepikan oleh orang-orang yang sangat kurang bertindak sebagai pelaksana. Jika kita rasa lemah dengan persekitaran yang banyak menghalang...kita perlu sesekali mencabar diri sendiri. Kemampuan kita tidak akan dapat dilihat jika kita tidak berusaha melakukan apa yang kita inginkan. Dengan melihat kebolehan dan keistimewaan yang ada pada diri sendiri berdasarkan penilaian yang dibuat oleh orang lain terhadap kita, kita patut kongsikan dengan melihat keupayaan diri melakukan apa yang kita rancangkan. Setiap perancangan yang teliti dan berobjektif sudah tentu akan sukses jika pelaksanaannya juga teliti dan bersistematik. Anda akan berjaya bila anda sudah bersedia untuk melakukan kejayaan itu. Percayalah, kejayaan tidak akan terjadi dengan sendiri sehingga anda membentuk kejayaan dengan harapan yang ada dalam diri anda. Cabarlah diri anda menjadi orang yang sentiasa ingin berjaya..:)

Wednesday, April 22, 2009

..JaDiLaH Diri Sendiri...

Kenapa perlu berpura-pura menjadi seseorang dan bukan menjadi diri sendiri? Mengapa perlu meniru gaya orang lain daripada memiliki gaya tersendiri?...Tiapkali kita berusaha mengubah menjadi orang lain tiapkali itulah kita gagal mengenali diri kita sendiri..Ramai dalam kalangan kita suka mencipta personaliti orang lain dalam diri kita..cuba menjadi glamor kerana orang yang glamor..cuba menarik perhatian..tahukah anda personaliti yang ditiru itu cuma bayang-bayang yang tak pasti yang wujudnya cuma sementara. 

Malah kita langsung tidak mempunyai identiti diri yang jelas tentang diri kita sebenar. Cuba anda fikirkan dan renungkan dari pengalaman lalu anda..peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku dalam kehidupan anda, jika tidak ada orang lain yang mempengaruhi anda kecuali anda sendiri, anda akan tahu keputusan yang diambil baik atau buruk adalah datangnya dari diri anda sendiri. Impian anda dengan orang lain tidak sama..jika anda meminati Ziana Zain, tak perlulah jadi seperti Ziana Zain, memiliki apa yang Ziana Zain ada..sedangkan anda tidak pernah tahu apakah impian hidup Ziana Zain..

Anda adalah lebih unik bila anda menjadi diri sendiri, mempunyai karakter tersendiri tanpa meniru apa yang ada pada orang lain. Mungkin Ziana Zain dikenali kerana dia seorang penyanyi yang hebat, karakternya sebagai seorang penyanyi membuat kita rasa minat, namun pernahkah anda tahu bahawa jika anda membina karakter ada sendiri tanpa anda sedari anda juga boleh diminati..adakalanya anda sendiri tidak pernah tahu betapa ada orang yang menyanjungi anda kerana anda adalah diri anda. Oleh itu berhentilah berpura-pura dan mulalah menjadi diri sendiri..

..BelaJarLah KetAWA..


Hati yang kecewa adakala dapat diubati apabila kita ketawa ..barangkali penelitian paling terkenal mengenai pengaruh ketawa pada kehidupan dan kesihatan kita adalah hasil tulisan oleh Norma Cousins dalam bukunya Anatomy of an Illness

Cousins pernah menderita..gagal sembuh dari penyakitnya malah untuk mendapatkan ubat untuk meringankan penyakitnya juga adalah amat sukar baginya. Namun, suatu hari dia menyelesaikan masalahnya tanpa memikirkan hal-hal yang boleh merunsingkannya tentang penyakit yang dialami...dia ketawa

Setiap masa dia pasti akan melihat sesuatu yang melucukan yang boleh membuat dia ketawa...adakala di sendiri tertawa dengan aksi-aksi lucu yang sangat menghiburkannya. Sedar atau tidak sedar ketawa sebenarnya satu aktiviti terapi yang mengubati dan menjadi penawar pada rasa yang kita tidak selesa.

 Setiap pagi dan sebelum tidur juga dia pasti akan menonton filem-filem yang lucu..atau mendengar cerita-cerita yang lucu supaya dia dapat ketawa. Ternyata ketawa merupakan satu proses penyembuhan yang luarbiasa terhadap penyakit yang dialami..kita ketawa..maka kita akan rasa gembira. Kita merancang untuk gembira maka kita merancang untuk sihat dari segi fizikal dan mentaliti. 

Anda di luar sana, ada banyak masalah yang kita bakal hadapi tetapi masih tetap ada jalan penyelesaian sekalipun kita mengidap penyakit yang berisiko tinggi..anda janganlah berputus asa..belajarlah ketawa untuk menjadikan ia sesuatu yang manis dalam hidup anda..:)

Tuesday, April 21, 2009

MeNghaRGAI PeLuaNg Yang ADA...

Pemikiran yang cetek dan tidak jelas tentang masa depan yang bakal dihadapi adalah faktor penyebab mengapa ramai dalam kalangan pelajar era ini menjadi orang yang sia-sia..malah ada juga yang sanggup mempertaruhkan maruah sebagai satu perjudian yang amat sia-sia. 

Adakah ia bermula dari keruntuhan moral yang tidak dapat diatasi dan ditangani dengan baik? atau adakah kurangnya perhatian daripada golongan ahli keluarga, ibu bapa khususnya menjerumuskan pelajar-pelajar katogeri ini tercari-cari haluannya? Bagaimanakah menggambarkan satu perasaan dan luahan terhadap anak didik yang ingin dibangunkan dari segi modal insan tetapi tidak mendapat sokongan daripada individu yang dibantu malah dikecam hebat oleh pihak yang sebenarnya turut membantu.. 

Sebagai pelajar dan orang yang selalu ingin belajar...kita harus bijak mencari peluang dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Dengan merancang untuk berjaya, kita perlu tahu di manakah peluang yang menyokong usaha untuk berjaya itu. Dari aspek pelajar itu sendiri...peluang adalah bila kita berada di bangku sekolah..di sinilah kita mempunyai banyak peluang untuk memperolehi pengalaman mempelajari dan seterusnya menentukan masa depan yang lebih sempurna. 

Alam persekolahan adalah peluang yang sangat bermakna bagi orang yang melalui proses pembelajaran yang betul. Siapapun kita...di sekolah kita dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan jika kita bersedia untuk belajar. Sayangnya...pelajar-pelajar dewasa ini, jarang menghargai peluang yang ada..

Sunday, April 19, 2009

Warkah Buat TeMan BicaRa...


Slam muhibah,
Semoga mendapat keberkatan Ilahi dan disejahtera kehidupan dunia dan jua akhirat, InsyaAllah!

Sekian lama warkah bicara melalui hati ini sepi tanpa cerita juga berita. Namun perkhabarannya masih sama seperti dulu. Warkah ini setia, lantas ditinta kata-kata agar rindu pada masa lalu terbias dan kembali berbunga..

Tiada seindah bahasa, perasaan yang lembut hanya mudah tersentuh dengan bicara. Biar diluka pedih kekecewaan yang telah lama, masa baru yang ditempuhi adalah rawatan yang meringankan hati yang pernah tercedera.

Syukur, perasaan ini dikawal dan menjadi jiwa yang telah terdidik. Sesekali, angin akan menyapa menghembus dan mengetuk pintu hati yang sudah pasti teruja. Masa telah banyak merawat, walau parut terkesan, masa berupaya menenangkan. Terima kasih kepada masa yang mengajar bagaimana pengorbanan memberi makna dalam kehidupan yang lebih berharga. Mungkin, bicara ini tidak mampu memberi ketenangan pada isi hati lain yang punyai rasa yang berbeza namun meluahkan sudah cukup lega untuk kita membuka nafas baru yang seterusnya. Tidak mungkin ada penyelesaian pada sesuatu yang lain sedangkan jalannya di atas hati kita. Buat teman bicara,Kesetiaan hati mendengar dan memahami, didahulukan dengan rasa penghargaan yang tidak dapat dinilai melalui terjemahan bahasa.

Sekali lagi masa adalah teman yang tidak akan pernah melupakan, sentiasa bersama walau dalam apa bentuk keadaan pun. Nilai kehidupan adalah satu Anugerah. Di mana jua diri ini berada, masa akan menjelaskan hidup ini perlu terus berjalan selagi belum ada waktu yang menoktahkan ia.Akhir sekali, masa akan merentasi kehidupan yang seterusnya. Semoga kita dipertemukan semula, InsyaAllah! Wassalam....

Sedikit ReNungan 'Sudah TerLalu Lama'

SUDAH TERLALU LAMA.. 
 Ada yang terdorong untuk aku berkarya sekali lagi di ruangan ini. Ruangan yang kuanggap cukup selesa untuk aku meluahkan rasa bersendirian, mengetuk pintu hati sendiri yang kurang diberi perhatian sejak 3 tahun yang lalu. Perjalanan hidupku sudah melangkah jauh dari jadual kehidupan aku sebelum ini... Tak sangka masa terlalu cepat meninggalkan diri ini, kenangan dan catatan hidup yang dipenuhi nostalgia dan harapan yang sering sahaja tidak terkota. Semakin lama aku makin belajar hidup yang panjang ini terlalu banyak persinggahan yang memberi cerita demi cerita. 

Sehingga aku terlalu rindu pada luahan hati ini. Sedar atau pun tidak diriku sudah terlalu jauh mengembara dan menangguk pengalaman...aku bersyukur di bumi Tuhan ini. Tiada yang terindah melainkan mengabdikan kehidupan ini dengan segala yang telah dicatur baik mahupun sebaliknya.Entah mengapa..tiba-tiba saat ini hatiku menjadi sayu, ruangan ini mengingatkan aku sewaktu aku sudah putus harapan meneruskan perjuangan untuk hidup..detik itu aku membawa hati yang begitu kecewa, mana kuduga aku masih melangkah mencorak hidup seterusnya. 

Bila kumenoleh kebelakang, yang kulihat cerita lamaku..sesekali aku tersenyum memandang kembali kehadapan, rupanya perjalananku sungguh jauh. Kecewa, sedih, marah dan rasa duka memohon aku berjalan jauh meninggalkan sepi perasaan hati yang aku singkirkan. Aku sudah berubah dari kehidupan yang lalu namun jauh ke dalam diri, aku masih aku yang begitu degil untuk melupakan masa lalu.Aku belajar banyak perkara, aku berdiri atas kekuatan yang aku sendiri bina. 

Aku menangis setiapkali melepasi halangan yang aku tempuh. Jiwa yang halus ini telah kudidik menjadi keras berdepan dengan hakikat hidup..aku temui diriku yang baru dalam keadaan yang masih lama. Aku tidak akan lupa masa laluku yang membawa diri ini menempuh masa yang seterusnya. 

Aku berjuang untuk hidup...,masa yang amat panjang hingga aku sudah tidak percaya bahawa aku hari ini masih tegap berdiri di bumi indah ciptaaNnya.Aku rindukan zaman remajaku yang penuh cerita, setiapkali aku melihat yang terindah itu aku selalu ingin mendapatkannya. Aku yang dalam kekurangan punyai banyak kelemahan tidak pernah mengakui aku tidak mungkin dan aku selalu fikir aku akan boleh melakukan. Sudah terlalu banyak yang aku lalui itu berduri...kupijak berdarah...aku tidak mengalah. 

Aku mencatat setiap yang kucapai dalam diari hatiku yang akan kuingat sampai bila-bila. Aku percaya setiap yang aku lakukan adalah satu usaha yang menjadi rezeki pemberianNya. Aku tidak akan penat untuk jatuh lagi bila aku menyedari setiapkali jatuh kesakitan yang aku terima memberi peluang untuk aku menjadi satu lagi aku yang kuciptakan dalam diriku. Hidup harus terus berjuang....
1.00pm(4 Mac 2008, Selasa)

.PuiSi 'HamPa'

TUHAN..
aku hilang akal dalam mengejar impian
aku dihempas arus kealpaan
ketika mengejar dunia batilmu..
aku tersungkur di bumi pasrah ini
dengan hati kosong berdebu
dengan rasa angkuh tipu daya dunia
jiwa ini hilang bersama kesepian..

TUHAN..
andai aku tahu masa depan
yang kulalui berliku
andai aku sedar di hadapanku
ada jalan yg bersimpang bahaya
andai aku membuka mata hati
melihat di sana di depan itu
penuh dengan hati-hati
mungkin tidak sukar kuberjalan

TUHAN..
aku diuji seberat ini
bukan merintih menolak KEHENDAKMU
tapi kuatkah aku untuk terus melangkah
gagahkah aku menunggu waktu tiba
sedang aku sering gagal berdepan dengannya
apakah dosa ini..tiada henti..

TUHAN..
hampa yang aku rasakan
tak terluah yang berbuku menjadi perasaan
terduduk di hati yang kaku dan membeku
apa daya aku seorang insan..hambamu..
tiada tempat kulayarkan segala hasrat
percaturan dunia yang hilang timbang rasa
aku kalah dan tewas lagi di sejadahmu..
TUHAN..
aku terlalu rindukan ketenangan
tak pernah aku perolehi di sepanjang kehidupan
hingga suatu waktu aku bersujud
setiapkali rasa kehampaan, kecewa tertekan
hanya padamu kubermohon
biar berkali aku melupaiMu...

TUHAN..
hambamu ini tersesat jalan
memungkiri segala janji yang pernah dilafazkan
dalam doanya yang tak pernah Kau abaikan..
hambamu ini sangat hina dan sombong
suatu ketika pernah meminta dariMu
namun pemberianMu tidak disyukuri
hambamu ini terus hanyut dalam dunianya yang lupa..

TUHAN..
aku tahu tiada tempat terbaik untuk kutuju
aku hanya ada Engkau yang maha pengasih
mendengar semua keluhan hati ini
melihat segala kesengsaraan ini
hanya Engkau yang dapat memberi
ketenteraman hati...
mendengar permintaan hambanya..
biarpun hambanya selalu lupa,
memaling dari bersujud padaNYa

TUHAN..
aku terima hukumanMu
jika itu telah memberi rasa keinsafan
dengan rasa kekesalan yang menyedarkan aku
terimalah aku ke sisiMu
kerna aku tidak punya sesiapapun
dan hanya kepadaMu kubermohon
ampunilah semua dosa yang pernah kulakukan
kerna aku manusia berdosa..

TUHAN..
Yang Maha Mengasihani
tangisan hambaMu ini..
jeritan hati ini
sangat mendukakan
teramat melukakan
sungguh mengecewakan
Kau bantulah aku ke jalan yang tenang

TUHAN..
Yang Maha Pengampun
aku cuma memiliki sekeping hati yang rapuh
ampunkan segala kesalahan, kesilapan, kelemahan
dan kekuranganku
yang tak terkira..
tak terhitung olehMu..
aku hambaMu berteleku dan bersujud
andai mati kau letaklah aku di perhimpunanMu..

TUHANKU..
jika Engkau terus menguji
jika Engkau mengizinkan
biarlah di hadapan nanti
aku memiliki rasa cinta sejati
rasa cinta yang kekal
berilah ruang..
peluang yang akhir
di penghujung penghidupanku
berikanlah aku sedikit rasa mencintaiMu
walau tak layak...
aku ingin mencintaiMu
aku ingin disayangiMu, dikasihiMu dicintaiMu..
mungkin mustahil bagiku mencapai cinta agung
di sepanjang hidup ini aku ingin sekali
merasai cinta sejatiMu..TUHAN...

hasil nukilan: luvbieyuk

Thursday, April 16, 2009

MeMiLiki MinDa YanG SihaT..


Berdepan dengan situasi yang stres dan konflik adalah amat sukar. Setiap orang pasti menghadapi ketegangan terutama apabila berada di puncak kegelisahan yang tinggi. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk meluahkan apa yang pernah terpendam di hati lebih-lebih lagi bila kita merupakan orang yang tidak suka berkongsi apa yang kita rasa dengan orang lain.
Namun..perkara yang kita tidak pernah lakukan adakalanya dapat membantu..contohnya, jika kita tidak pernah memiliki seorang kawan yang betul-betul rapat dengan kita..kita akan ada tempat mengadu dan meluahkan rasa tidak puas hati bila kita memberi ruang untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan yang paling rapat dengan kita. Paling tidak pun..kita ada tempat untuk berbicara walaupun tidak mahu berkongsi masalah dengannya. Percayalah..mempunyai minda yang sihat akan melahirkan pemikiran yang positif dan seterusnya membolehkan kita bertindak secara rasional dan optimis.

Kita tidak akan jumpa persekitaran yang selesa, positif dan memenuhi citarasa kita seandainya kita hanya mengharapkannya tanpa melakukan apa-apa pun. Dalam dunia ini, setiap sesuatu yang kita cita-citakan perlu diwujudkan dengan usaha yang tanpa henti. Bila kita berasa sedih kita tak boleh mengharapkan rasa sedih itu akan bertukar dengan sendiri menjadi gembira..kita yang perlu merancang bagaimana untuk hidup gembira. 

Kita tak akan pernah mampu menangani stres jika terus berada dalam lingkungan stres itu sendiri. Minda kita perlu digerak aktifkan, berfikir bagaimana situasi yang menekan itu dapat dineutralkan semula. Hanya melalui minda, tindakan kita dapat digeneralisasikan..maka mempunyai minda yang sihat akan menghasilkan tindakan yang berunsur sihat...




Ramai orang tidak pernah mengambil tahu bahawa jika kita memiliki mindayang tidak sihat, kita akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang lebih menjerumus ke arah yang negatif. Oleh kerana itu lah, adalah sangat penting bagi kita mempunyai pemikiran rasional dan mempunyai pertimbangan yang wajar. Bayangkan orang yang sentiasa berfikiran negatif..hanya penuh dengan rasa was-was dan syak wasangka. Kita akan selalu mencari kelemahan dan kekurangan orang lain. Kita menjadi tidak senang bila melihat orang lain lebih gembira dan bahagia berbanding kita sedangkan jika kita berfikir dengan positif dan sihat kita akan rasa bagaimana untuk mencontohi mereka yang gembira dan bahagia itu...

Sebenarnya apa yang membebani fikiran kita ialah bila kita tidak dapat berfikir secara waras, rasional dan positif. Minda kita menjadi tidak sihat dengan pemikiran-pemikiran kosong yang lebih berunsurkan negatif. Kenapa kita perlu saratkan pemikiran kita dengan perkara-perkara yang remeh temeh. Keterbukaan minda berfikir secara efisien apabila pemikiran yang kita ada lebih berunsurkan pengetahuan. Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan kita suka mendengar tentang kisah atau hal orang lain berbanding memikirkan tentang kebenaran dan fakta yang diterima. Sesungguhnya Allah SWT memberi kurnia akal supaya ia dapat berfungsi dan digunakan sebaiknya.. maka gunakanlah dengan jiwa yang tulus.



Minda yang sihat mencerminkan pemikiran yang berkualiti, yang mampu mewujudkan suasana kehidupan yang lebih gembira, ceria, bermakna, lebih berharga walaupun hakikat kehidupan ini dipenuhi situasi stres dan konflik. Hadapilah stres dengan tenang dengan fikiran yang terbuka...hadapilah konflik dengan sabar..dengan pemikiran yang mampu meleraikan segala persoalan yang tidak terus membebani fikiran anda..

Wednesday, April 15, 2009

Hidup ini penuh dengan cerita dan tersimpan kenangan yang adakalanya indah bila diimbas, rindu bila terkenang, sedih bila difikirkan, gembira bila terpaut ikatan kasih..tiap yang datang akan pergi, yang bersama akan berpisah, yang hidup akan mati...hargailah tiap sesuatu yang kita pernah ada..


Kita tak akan terduga dapat mengenali seseorang dalam masa terdekat. Mungkin kita tak dapat mengenali hati budi seseorang itu selagi kita tidak mengenali kekurangan diri kita sendiri. 

Orang kata bila kita pernah bersama kita akan lebih mengenali antara satu sama lain apatah lagi bila kita pernah bersama suka mahupun duka, sedih mahupun gembira, rajuk, membawa diri, berjauh hati, sakit hati kadangkala perasaan sebeginilah yang menjadi penghubung yang erat di hujung pertemuan..maka hargailah sebuah persahabatan yang diberi peluang dalam tempoh yang kita tidak pernah tahu sehingga bila...pabila tiba masanya..kita akan berpisah menuju destinasi hidup masing-masing..


Percaturan hidup sangat menarik, kita punyai waktu untuk mengenali orang di sekeliling dan memahami kewujudan orang yang berkongsi menjalani hidup bersama. Bukan mudah untuk mengambil hati setiap orang yang kita dampingi mahupun yang mendampingi kita. Masing-masing mempunyai karakter tersendiri yang unik tetapi alangkah hebatnya satu ikatan itu apabila kita tahu apa maknanya bersatu hati...tiap perkara di dunia ini ada sebab mengapa sesuatu itu terjadi...mengapa sesuatu itu dipertemukan..

Jika kita belajar memahami setiap perkara yang berlaku itu dengan positif..hidup yang positif akan lebih membuat kita rasa bermakna dan gembira. Namun semua yang ada di sini (dunia) adalah tidak kekal..maka kita seharusnya belajar mensyukuri segala nikmat pemberian, anugerah sebagai tanda terima kasih..:)

Tuesday, April 7, 2009

..MeRanCang Untuk Hidup SempuRna..

Saya suka mengambil petikan siri motivasi dari Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah mengenai hal-hal kehidupan, bagaimana untuk menghadapi kehidupan yang lebih bermakna. Suatu ketika dahulu saya pernah hampir berputus asa dan tercari-cari arah hidup yang tak pasti. Saya menangis setiap kali mengenang rasa sedih bersendirian. Saya merasakan semua orang di sekeliling saya tidak sayangkan saya dan juga tidak memerlukan saya. Ada ketika saya rasa kehadiran saya di dunia ini tidak punyai makna...saya juga pernah terfikir untuk memilih untuk tidak hidup lagi di alam yang sangat mencabar ini. Tiapkali saya bersedih saya selalu meluahkan rasa kecewa saya kepada 'Nya'..saya luah..luah...luah dengan bersungguh-sungguh sehingga air mata saya tak pernah kering membasahi pipi.. hinggalah saya akhirnya terbuka hati (dengan kehendakNya) melawan semua kesedihan dengan melakukan sesuatu yang boleh membantu untuk saya terus berjalan perlahan-lahan. Siri motivasi Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah banyak mendidik saya menjadi orang yang positif...Saya mula belajar tentang kekurangan dan kelemahan saya..dan mengakuinya. Saya melakukan transformasi dalam diri saya dengan belajar menerima hakikat kekurangan dan mengatasinya dengan jiwa yang terbuka...Alhamdulillah, doa dan harapan saya telah diperkenankan..Saya bersyukur kerana tidak terus membiarkan kehidupan saya menjadi sia-sia...saya sentiasa merancang untuk hidup sempurna dengan merancang untuk berjaya..
Saya ingin merumuskan apa yang saya baca melalui tulisan Dato' Dr Fadzilah Kamsah;
Sesungguhnya merancang untuk hidup sempurna adalah salah satu bagaimana kita meransang kejayaan dalam kehidupan kita. Jika kita ingin berjaya kita perlu merancang masa depan kita dengan bijak. Begitulah dengan cara kita belajar perlu 'study smart' bukan 'study hard'. Yang dikatakan 'study smart' itu ialah bagaimana kita menggunakan pendekatan ataupun strategi yang memudahkan kita memahami dan mengingat apa yang kita pelajari dalam masa yang singkat. Setiap apa yang kita lakukan perlu ada matlamat. Matlamat yang dirancang adalah sama dengan konsep 'study smart'. Gunakan akal ada bagi mendapatkan jalan yang paling cepat bagi mencapai matlamat. Dalam dunia ini tidak ada sesiapapun yang merancang untuk tidak menginginkan kehidupan sempurna kecuali orang-orang yang tidak merancang untuk berjaya kerana orang-orang tidak merancang untuk berjaya itu adalah orang-orang yang telah merancang untuk gagal tanpa dia menyedari.



Kebahagiaan, kasih sayang dan perhatian adalah fitrah manusia..so? apa perkaitannya dengan matlamat dan merancang untuk hidup lebih sempurna? Jawapannya..pendidikan dan ilmu..Pendidikan dan ilmu inilah sebagai satu jalan di mana kita mendapat kebahagiaan hidup dan merancang untuk hidup lebih sempurna. Jika hari ini kita tidak memainkan peranan belajar dengan bersungguh-sungguh mungkin pada masa yang mendatang hidup kita hanya sebagai satu penyesalan. Jika hari ini, kita tidak menggunakan peluang belajar ini dengan sebaik-baiknya..hari esok..lusa..mungkin hidup kita akan cuma menjadi kelam kabut, keluh kesah, gusar tidak terurus..tercari-cari jalan manakah yang perlu dituju kerana dunia hari ini..wang ringgit adalah segala-galanya..Lihatlah..kebanyakan kita mati disebabkan tidak dapat membayar hutang, tidak mempunyai kehidupan yang sempurna. Jika kita benar kita merancang kehidupan menjadi lebih sempurna..pendidikanadalah jalan perantara. Hidup yang sempurna perlu dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Apabila hari ini kita hidup dengan keadaan yang susah..berusahalah, agar kita tidak mewarisi keadaan yang susah itu. Setiap insan dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Paling rendah pun memimpin diri sendiri apabila tidak boleh memimpin orang lain. Oleh itu, mulakan dengan hari ini, belajarlah bersungguh-sungguh, dengan semangat dan azam bergabung padu, menjadikan halangan sebagai cabaran yang akhirnya menjanjikan sesuatu yang kita inginkan sebagai orang yang sempurna. Semuanya haruslah dirancang...

Sunday, April 5, 2009

^ JaNGaN MeNGaKU KaLAH ^

Salah satu ciri orang yang cemerlang ialah bila dia tak pernah kenal erti kekalahan dalam hidupnya walaupun dia selalu menerima kekalahan..

orang seperti ini sentiasa ada kemahuan dan sering mencuba selagi dia mahu. Jangan mengaku kalah biarpun jauh di lubuk hati kita tersimpan rasa luka yang amat dalam dan kecewa yang sangat mencengkam perasaan akibat kekalahan. 

Mungkin...kita kalah di mata orang lain, namun hanya kita saja yang tahu betapa besar jiwa yang kita miliki apabila tak pernah berserah pada kekalahan yang ada. Bukan mudah untuk mengharungi kekalahan dengan hati yang pasrah..rela. 

Namun andai kita telah membuka hati kita memberi laluan pada kekalahan itu sebagai renungan..lama kelamaan kita juga dapat menewaskan kekalahan-kekalahan yang lalu. Jika ada orang di sekeliling kita menjadi pendorong pada kekalahan itu...berdepanlah dengan jiwa yang besar..jiwa yang gagah mengharungi..jiwa yang kental..jiwa yang tak boleh diperkecil-kecilkan. 

Kita perlu terus mendaki untuk berada di atas tempat yang tinggi. Kita tak boleh mengharapkan ada orang lain yang akan membawa kita ke tempat yang tinggi itu..kerana destinasi dan perjalanan kita dengan orang lain itu tak sama.
Kenapa mahu mengalah??..kenapa mesti ada rasa kalah??..Pecahkan tembok kekurangan yang ada dalam diri kita agar kita dapat melihat dengan lebih luas di sebalik tembok kekalahan yang menghantui perasaan. 

Binalah tangga-tangga yang membawa kita menuju ke puncak kegemilangan. Hidup ini tak panjang..juga tak pasti penghujungnya bila..selagi kita bernafas, berilah ruang dan peluang untuk kita merasai kemenangan bertarung dengan pengalaman-pengalaman yang pernah menggagalkan kita. Walau emosi kita bagai dituntun runtuh..himpunkan segala kekuatan yang anda ada...teruslah berjalan selagi terdaya, jangan rebah..jatuh tersungkur menyerah takdir. 

Selagi kita berusaha selagi itulah kita mampu mencapai apa yang kita mahu....
Usahlah kalah dengan keadaan dan situasi yang selalu menduga dan menguji kita. Dugaan mahupun ujian adalah satu kekuatan yang mesti kita tempuhi kerana rahsianya tersimpan resepi-resepi kejayaan yang belum kita adun menjadi sebati.

Detik waktu yang berlalu..biarlah tersembunyi segala harapan, yang pasti kita tidak menyerah kalah..kita tidak membiarkan kekalahan terus bermukim di ruang kekurangan yang kita ada kerana kita punyai semangat yang membakar keyakinan. 

Hidup ni satu cabaran, cabaran yang menampar rasa kesabaran yang sesekali tersentuh rasa pedih terluka..kecewa..dan jangan mudah berputus asa.. Sejauh mana kita melawan emosi..begitulah tanda kita tidak mengaku kalah untuk merancang menjadi orang yang berjaya...

..MeNangaNi EmOsi deNgaN Baik..

Apa itu emosi!? Menurut Megat, Emosi adalah satu keadaan dimana rohani dan fisiologikal bersekutu dengan pelbagai perasaan, pemikiran dan juga kelakuan. 

Ia juga menjadi penentu utama dalam permainan perasaan semulajadi manusia dan kelihatan sentiasa memainkan peranan terhadap aktiviti-aktiviti kemanusian. 

Oleh kerana ianya terlalu subjektif, maka agak kontroversi untuk kita mendefinisikan maksud sebenar dan bagaimana emosi boleh berlaku.

Untuk pengetahuan kita bersama, sebenarnya emosi bersangkut paut dengan perasaan kita sendiri. Emosi boleh terjadi tanpa kita sedari, seringkali terjadi mengikut rentak perasaan yang wujud ketika itu. Emosi adalah satu fenomena dimana kadang-kadang ia terkeluar dari kawalan pemikiran kita.

Siapa yang tidak pernah beremosi!? Jika benar anda tidak pernah beremosi bermakna anda dicipta tanpa hati yang mengeluarkan pelbagai bentuk perasaan. Sebenarnya ia lebih kepada bagaimana anda mengawal emosi anda dalam keadaan anda punyai kewarasan dan logikal fikiran yang mampu mengatasi emosi.

Emosi yang tidak stabil menghasilkan pelbagai rasa yang tidak menentu dan ia bergantung sejauh mana anda melayani emosi anda. Jika anda terlalu melayani emosi anda maka anda menjadi lemah, fikiran anda tidak menentu dan sentiasa tertekan.

Jadi apa yang anda harus lakukan ialah sentiasa berfikiran positif dan cuba mencari jalan atau punca setiap masalah yang menyebabkan emosi anda terganggu. Mungkin anda perlukan teman untuk meluahkan atau membicarakan tentangnya. Mungkin juga anda perlu mencari suasana yang lebih tenteram dan damai untuk anda seperti bercuti atau keluar beriadah bersama-sama teman atau keluarga.

Jika anda berjaya menangani emosi anda..maka anda merupakan orang yang berjaya mengeluarkan diri anda dari kotak pemikiran yang negatif..dan orang yang membangkitkan emosi seseorang itu adalah orang yang amat memahami emosi orang lain. 
Kita akan berasa puas apabila dapat melepaskan emosi yang betul pada situasi yang betul dan dalam keadaan yang betul sebaliknya kita akan rasa ralat dan terkilan apabila terlalu bermain dengan emosi menjadi punca kemurungan hidup dan tersalah langkah menjalani kehidupan yang bermakna...

Adakala emosi akan memberi kesan yang positif, bergantung pada keadaan..Sebagai contoh, pada hari ini semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam kelas, saya telah membangkitkan pelbagai emosi dalam kalangan pelajar. 

Saya telah menghukum pelajar-pelajar yang tidak menyiapkan latihan, tidak membawa buku nota dan latihan..dengan mengarahkan pelajar-pelajar itu melakukan tekan tubi 3o kali, ketuk ketampi 3o kali dan lari ulang alik 30 kali. Seperti yang diramalkan..ada di antara pelajar-pelajar yang didenda itu menunjukkan reaksi muka yang dangkal..emosi pelajar-pelajar dalam kelas terganggu..ada emosinya yang takut, resah, gelisah, bimbang, marah, bengang, sedih, dan berbagai rasa berkemungkinan...

Walaupun menyedari emosi mereka, saya tetap meneruskan kerana saya sangat percaya bahawa emosi manusia boleh berubah-ubah..dan kita yang mengawalnya. Sungguhpun saya telah mendenda mereka namun hakikatnya saya percaya 'denda' atau hukuman yang dijatuhkan bukan menjadi persoalannya..tetapi soal mendidik adakala memerlukan ketegasan dan kesenian tersendiri. 

Seorang guru yang berjaya mengajar, mendidik dan membimbing adalah seorang guru yang berjaya menumpahkan konteks pembelajaran yang sempurna di jiwa anak didiknya. Apakah kepuasan bila orang yang pada mulanya membenci kita sedikit demi sedikit mula menghargai dan menyedari bahawa kita sangat penting baginya. Emosi benci boleh bertukar menjadi sayang..emosi boleh bertukar bentuk..boleh dipositifkan...

Bukan semua keadaan membolehkan kita menangani emosi dengan baik..sesekali tercetus rasa pemberontakan dalam jiwa bercampur amarah menggila...nama pun emosi bukan...namun percayalah anda di luar sana apabila anda dalam keadaan beremosi cara yang paling perlahan ialah luahkan emosi anda dalam bentuk karya dan penulisan.. 

Kita belum pasti mendapat seseorang yang boleh memahami emosi kita..seseorang yang dapat mendengar luahan emosi yang kita alami...tapi bila emosi kita dapat diterjemahkan dalam bentuk karya dan penulisan ia adalah satu kesenian jiwa yang terdalam yang bila dibaca semula..merupakan satu keikhlasan perasaan yang terbit dari dalam sanubari penuh bermakna. 

Adakala emosi mampu membentuk diri kita menjadi orang yang berjiwa kental..InsyaAllah. Siramlah emosi marah dengan air hujan kesabaran yang boleh menyejukkan perasaan...Hanya orang yang berjaya menangani emosinya dengan baik dapat merancang kejayaan yang diimpikan dalam kehidupan..Belajarlah perlahan-lahan...:)

Friday, April 3, 2009

..PoSiTiF daLaM DiRi...







Bila kita tersenyum..kita meluahkan apa yang terpendam di hati..hati tak akan menipu..segala kegembiraan terzahir bila keikhlasan yang diwujudkan penuh dengan makna yang tersirat. Kehidupan yang sempurna memang memerlukan perancangan...





Bukan mudah untuk mencipta kejayaan tanpa perancangan yang teliti dan bermatlamat. Semuanya memerlukan kecekalan dan kesungguhan hati yang jitu..keyakinan diri yang berpadu...kita perlu bersatu membakar semangat agar terus maju..








Adakalanya apa yang kita rancangkan tidak semestinya seperti yang kita harapkan..kita mudah tidak berpuas hati..mudah tersinggung..mudah mempamerkan rasa yang bimbang sedangkan semua yang kita rasa perlu dengan bimbingan diri yang positif. Jika kita percaya sentiasa berfikiran positif akan menenangkan keadaan kita tidak akan ada persepsi yang negatif dan itulah ciri orang yang berjaya..





...PeRminTaaN HaTi...


Terbuai aku hilang
Terjatuh aku dalam
Keindahan penantian
terucap keraguan hati

yang bimbang
yang terhalang
kepastian cinta..
aku...hilang....
aku....hilang....

Tersabut kabut malam
Terbiasnya harapan
yang tersimpan
sejuta petua
terasa kerinduan hati

yang bimbang
yang terhempas...
kepastian cinta
dengarkanlah permintaan hati

yang teraniaya sunyi
dan berikanlah erti
pada hidupku
yang terhempas..

yang terlepas..pelukanmu
bersamamu dan tanpamu..
aku hilang..selalu
aku.....hilang.....
aku....hilang.....
(lagu buat insan tercinta yang tersemadi di sanubari..untukmu ibu..Al-Fatihah)